Baru2 ini, aku menghadiri jamuan union batch kami dari kolej sains pendidikan islam negeri terengganu bagi batch spm06. Pabila saya menerima mesej tentang perkara ni, hati berbunga gembira sbb dpat berjumpa balik rakan2 yg entah dh terbang kemana masing2.
Mulalah saya berkira2 untuk merancang ke tempat perjumpaan iaitu di kampong serada kuala terengganu. Tempat itu agak jauh dari tempat saya tinggal sekarang, so saya perlu bertolak lebih awal bg sampai ketempat tersebut kemudian hendak menghadiri kenduri sepupu yang berkahwin.
Sampai ke tempat union, aku bersalam dengan semua yg hadir. Sambil memanggang ayam, kami bertanya khabar masing2. Ada yg hbs DQ dan skrang berada di kampus Asasi Uia PJ. Ada yang mengambil diploma di UITM, UTM di seluruh Malaysia. Kiranya batch kami sekarng berada diseluruh Malaysia. Alhamdulillah. Ada sekarg berhempas pulas untuk menghabis foundation ke luar Negara. Wah seronoknya belajar ditempat orang. Tapi bagi aku, belajar di UM, sudah lebih dari cukup dan aku lebih prefer belajar di dalm negeri kerana memandang penguasaan BI aku bukan berada ditahp untuk layak berada diluar Negara. Tapi dapat bergaul dgn foreigner di UM ni sudah memenuhi impian ke luar negeri. Senyum.
Dipendekkan cerita, aku melihat mereka ni, masih berperangai lama, tidak matang dan sentiasa berfikiran negetif. Ada tanpa segan silu bercakap lucah dan ada menyimpan benda benda yang pelik-pelik yang aku sendiri tak sanggup nak tengokdan lihat. Perkembangan teknologi juga menyenangkan penyebarkan tentang budaya ni.
Aku geleng je kepala tengok seronok bercakap tentang perkara tersebut. Mane tak nye, aku sndiri pun malu. Mcm mane melayu nk maju macam ni? Nampaknye agenda penghapusan yg dirancang musuh islam sekarng semakin berjaya dengan penyebaran dengan sebegitu byk bahan melemah iman di media massa.
Malah satu artikel menyebut, terdapat beribu ribu laman web yg menyediakan bahan seumpama ini secara sah dari segi undang2. laman web ni sudah dilawati beribu pengunjung sehari. Kesannya dirasai oleh remaja sekarang dengan bertambah jenayah seksual saban hari.
Berbalik kepada sahabat aku td, mreka bkn sahaja hebat dlm study malah hebat dlm memikat lawan gender. Aku merasa perkara ini tidak melanda sahabat aku saje, tapi melanda sume remaja dan kmungkinan akan berlaku keatas diri aku. Mintak dijauhi Allah.
Kemudian, aku diperkenalkan dengan kelesuan mahasiswa. Mungkin ini menjadi faktor kelesuan mahasiswa di Negara ni. Mahasiswa tidak mengambil kisah tentang perkara yang nasional dan setempat tetapi menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah yang sangt merugikan diri sndiri malah Negara dan bangsa serta Agama khususnya.
Oh tidak. Aku mahu melihat sahabat siswa aku sekalian kembali kepada pemikiran islam itu sendiri. Bgaimana budaya sentiasa mengkaji menyebabkan islam berjaya menjadi tamadun yang hebat pada ketika dulu. Bila islam mampu bangkit sehebat itu sekarang.
Wahai mahasiswa mahasiswi sekalian, aku mahu korang mengamalkan budaya fikir dan memikir serta membudayakan membaca. Kerana mahasiswa sekarang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan, maka aku mengesyorkan korang mendalami apa yang korang belajar sekarang dan amalkan ilmu itu pada masa hadapan. Jadi kan korang siswa yang sentiasa merancang dan mempunyai system yang baik terhadap apa jua keadaan terutama dari segi masa. Orang yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yg akan menempah tiket kejayaan pada masa hadapan. insyaallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan