Sabtu, November 15, 2008

HIKMAH TAKDIR


Seringkali kita akan menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu yg buruk berlaku. “kalaulah aku balik cepat”, “kalaulah aku belajar lebih tekun lagi”, “kalaulah aku tak menyahut ajakn kawan tadi, tak berlaku seperti ini” dan sebagainya seringkali diucapkan oleh kebanyakan kita di dunia yg penuh pancaroba ini.

Seringkali kita tdk pernah berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri kita. Dan seringkali kita lupa bahawa Allah swt maha pemurah lagi maha penyayang keatas hamba2nya yg sering berfikir tentang hikmah kejadian ciptaannya.

Seringkali kita lupa bahawa, takdir telah dibentang dan ditetapkan diatas perjalanan hidup kita dalam mencari bekaln didunia ini untuk kita menuju destinasi syurga Allah swt. Dan seringkali kita(ditunjukkan dalam tv) menyalahkan tuhan atas perkara yg buruk berlaku seperti kematian insan tersayang dan sebagainya. Seringkali kita lupa bahawa perasaan menyesal dan menyalahkan takdir ini akan berlaku sampai diakhirat seperti dirakamkan dalam al quran dimana manusia meminta kepada Allah untuk turun balik kedunia ini agar terlepas dari seksaan api neraka.

Setiap kejadian yg melanda kita setiap hari mempunyai hikmah yg perlu kita fikirkan. Aku dulu seringkali menyesal tak sudah pabila ujian peperiksaan yg besar asyik kecundang. Tapi walhal Allah telah set untuk aku ke fakulti sains Universiti perdana Universiti Malaya. Walhal Allah telah menetapkan aku akan menjadi orang yg hebat pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Tapi kini aku boleh berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri aku. Seperti yg aku dengar dari mulut seorang ustaz di kampung aku bahawa apbila kita berdoa untuk meminta sesuatu seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan, yakinlah Allah akan memakbulkan setiap doa orang islam. Dan jika kita tidak mencapai apa impian kita pada waktu itu, ketahuilah bahawa Allah akan memberi kapda mu perkara yg lebih baik daripada yg kamu impikan pada mase sekarang ini. Dan bergembira wahai sahbat ku sekalian bahawa Allah akn memakbulkan doa dan permintaan setiap hamba yg taat kepada suruhanNYA dan sering meninggalkan setiap laranganNYA.

Perkara yg lebih baik datang dalam keadaan kita tidak menyedari akan perkara itu sehingga lah kita sendiri kita memuhasabah diri kita sendiri. Oh barulah kita menyedari akan hikmah kejadian yg brlaku. Aku bercita2 untuk melanjutkan pengajian di bidang bioperubatan dibawah fakulti perubatan, tapi dengan result yg seberapa ini, alhamdulillah aku dapat msuk ke fakulti sains UM. Dalam masa yg sama, aku mendengar kisah seorang senior yg kebetulan mengambil kos yg aku cita2 kan selama ini. Selepas mendengar kisah dirinya, aku terfikir syukur alhamdulillah akn tidak dpt kos tersebut kerana kelayakan dan sistem diri aku tidak mungkin untuk aku mengambil jurusan tersebut. Dengan subjek yg begitu padat dan note yg banyak untuk dibaca dan dihafal menyebabkan aku berfikir tentang diri aku tidak mungkin sampai ketahap mcam tu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan keupayaan setiap makhluk yg diciptakanNYA.

Sesuatu yg kita minta tapi tidak dapat itu mungkin Allah ingin mengajar kita erti bersedia untuk menerima apa yang kita minta. Mungkin sudah sampai masa kita bersedia dan mampu menghadapinya dengan tabah, maka sudah tentu Allah akn kurniakan juga apa yg kita hajati itu. Jika kita hendakkan kemenangan, tapi kita masih belum bersedia dari segi sistem kita sendiri, tidak mustahil suatu hajat tidak termakbul oleh Allah swt.

Ayuhlah wahai sahabt2 kita muhasabah diri kita dalam menghadapi perjuangan kita. Tidak slah untuk kita pandang kebelakang sekejap kerana sejarah mungkin berulang. Tapi masa dan ketikanya dalam perancangan Allah swt yg maha kuasa. Kepada NYA kita menyembah dan kepada NYA kita memohon pertolongan.

Ayuhlah kita sentiasa berfikir dengan lebih panjang kehadapan dan hadapan lagi dalam mencari hikmah kejadian kita yg kita sendiri yg mencarinya. Moga sahabat jelas dengan apa yang aku cuba bawa dalam post kali ini, dan kata tegasan terakhir adalh MUHASABAH AKAN SEGALANYA.

Wassalam.

Tiada ulasan: