Jumaat, Oktober 31, 2008

KERANA CINTA


Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
disitu rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala2
Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa
merawat luka damai dijiwa
Terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih saying
begitu cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana brcinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan

Begitulah lirik lagu Kerana Cinta di dendangkan oleh kumpulan Mestika dan Inteam.

Seringkali semua manusia manggambarkan bahawa cinta itu indah. Dan buku yang layak untuk memberikan tafsiran tentang cinta adalah novel cinta semata2.

Dan seringkali manusia mengutamakan cinta sesama manusia berbanding cinta kepada Allah SWT. Berpandu kepada lirik diatas, cinta yang sejati adalah cintakan ilahi. Dan cinta sesama saudara adalah cinta sementara yang masanya juga sementara. Walaubagaimanapun cinta manusia mestilah berlandaskan agama islam yang syumul dan mestilah tidak melekakan sesiapa.

FENOMENA CINTA TAK BERSALAH

Kuasa cinta adalah sangat hebat seperti mana yang digambarkan oleh cerita Hindustan dan cerita Hollywood. Kerana cinta, hero sanggup menggadaikan nyawa semata-mata menyelamatkan heroin dari tangan penjahat. Penjahat ini sering digambarkan sebagai penghalang cinta mereka walaupun penjahat yang digambarkan oleh cerita tersbut adalah ayah atau bonda sendiri atau keluarga dan kaum kerabatkan sendiri. Dan akhir sekali si penjahat akan kalah dan kuasa cinta selalu menang. Penjahat mulalah insaf bahwa menghalang cinta manusia adalah salah, menghalang cinta manusia adalah salah, cinta manusia betul, cinta manusia betul.

Dikhabarkan filem bollywood yang dihasilkan oleh industri India adalah lebih kurang 1000 buah setahun. Cuba bayangkan seorang menonton filem seumpama diatas sebanyak satu filem seminggu dan dalam masa setahun, dia akan menonton sebanyak 52 filem setahun. Cuba kira pulak berapa filem ditonton dalam setahun jika dia menonton 2 cerita seperti ini seminggu. Minda bawah sedar manusia akan diransang tanpa kita sedar apabila seringkali melihat perkara yang sama. Dan tidak hairanlah jika melihat pasangan muda mudi yang berduaan ditempat sunyi tidak dipedulikan oleh masyarakat kerna minda telah mentafsirkan perkara itu adalah tidak salah.

Perkahwinan adalah tempat yang sepatutnya cinta suci bertapak. Dan sepatutnya lah apabila semakin mencintai pasangan masing2, semakin tinggi cintanya kepada Allah swt.

Saya pernah membaca tentang buku tentang cinta. Dalam buku itu menyebut tentang cinta kepada Allah hendak mengatasi segala2nya. Apbila semakin kita mencintai Allah, semakin tinggi cinta manusia disekelilingmu mencintaimu.

Di harap dapat menjadi panduan kepada sahabat sekalian tentang cinta sejati. Belajar yang baik daripada lagu diatas dan redhalah cinta sejati yang sepatutnya lebih layak kepda hamba ciptaaan Allah swt.

Tiada ulasan: