Rabu, Oktober 22, 2008

bila sudah kelam

KEJADIAN 1

Pada suatu hari, saya telah menaiki sebuah bas untuk kembali ke kampus induk Universiti Malaya. Saya menaiki bas dalam pukul 11 mlm dari kampong saya. Bas itu adalah bas baru yang baru dibeli bagi menampung keperluan bas dari kampong saya yang semakin bertambah. Seramai 30 orang penumpang sahaja pada malam itu. Mengikut kebiasaan, bas akan sampai dalam pukul 5 pagi keesokannya.

Hendak dijadikan cerita, tiba2 bas itu telah rosak dipertengahan jalan. Pada ketika itu, jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dua pemandu bas telah cuba membaiki sebaik mungkin tetapi apbila nak start je enjin, enjin tidak hidup. Sehinggalah pukul 3 pagi. Apbila pemandu bas telah berputus asa, pemandu bas telah menelefon syarikat bas untuk menghantar bas baru untuk meneruskan perjalanan yang masih tergendala.

Kami cubalah tidur dalam bas yang begitu panas kerana pemandu bas tidak mau menghidupkan aircond bas terbabit. Tidurlah kami kepanasan pada malam itu. Gelagat penumpang juga kadang2 agak melucukan dan kadang2 merimaskan. Keadaan ini berlaku sehingga masuk waktu subuh.

Kemudian saya telah meminta para penumpang bersolat menghormati waktu( istilah orang melayu) bagi melaksanakan solat subuh pada ketika itu. Ketika saya meminta para penumpang tersebut, mereka hanya senyap sahaja. Sehingga bas ganti sampai dalam pukul 6.30 pagi.

Kami meneruskan perjalanan ke kuala Lumpur, dan singgah sekejap dalam pukul 7 pagi di R&R di Gambang Barat. Saya bergegas turun dari bas untuk segera menunaikan solat subuh tadi. Tapi saya dapati sedikit sahaja orang yang bersembahyang ketika itu dan sebahagian besar yang lain pergi menjamu sarapan pagi termasuklah pemandu bas!!!!

KEJADIAN 2

Ketika cuti semesta yang lepas, saya telah menaiki sebuah bas untuk pulang ke kampong saya di terengganu. Sepeti biasa, bas bertolak dalam pukul 10.30 malam. Tetapi menjadi masalah adalah pemandu bas terlalu berhemah dalm memandu bas tersebut dan sangat perlahan.

Masalah yang lain pula adalah bas itu selalu berhenti untuk berehat sambil mengambil angin malam yang sejuk. Pergerakan bas itu sememangnya sangat lambat sehingga mengambil masa yang lama untuk sampai kenegeri kami ketika itu.

Point saya disini apabila ketika masuknya waktu subuh. Mula2 saya telah meminta pemandu bas untuk berhenti dimana2 surau atau masjid bagi menunaikan fardhu subuh yang semakin luput ini. Selepas setengah jam, dating seorang kakak yang menyuruh pemandu bas berhenti di mana surau atau masjid. Pemandu bas menjawab “ saya hendak berhentilah ini, sebab hendak BUANG AIR,” BUKAN UNTUK BERSEMBAHYANG!!!!! Masyaallah!!!!! Pemandu bas tidak pulak berniat untuk berhenti untuk solat tapi boleh pulak berhenti untuk bersahur. Dan juga adalah mamak seorang ini, brkata kepada saya ketika saya meminta pemandu bas untuk berhenti solat. Dia cakap “kan solat subuh boleh jamak dan Qasar,”. Lagi teruk daripada pemandu bas ini.


INI LAH REALITI PEMIKIRAN MASYARAKAT KITA TERHADAP AGAMA YANG KITA SANGAT CINTAI INI. JIKA KITA CINTAKAN ALLAH DAN RASULULLAH LEBIH DARIPADA DIRI SENDIRI, MAKA SAYA MENYERU KEPADA SAHABAT YANG MEMBACA BLOG INI, UNTUK MEMBAIKI MASALAH MASYARKAT YANG JAHIL TENTANG PERKARA YANG BASIC SEPERTI INI.

Tiada ulasan: