Rabu, Oktober 22, 2008

sikitnya

“sikitnye umat islam di kolej ni,” kate sorang senior ni.
“sebab pe pulak?” soal saya yang musykil tentang rungutan tersebut.
“ye lah, tengok berapa kerat je yang turun surau,” jawabnye.
“dia ni nak perli aku ke?” hatiku berbisik(ewah macam buat cerita pulak, memang cerita pon). Aku pun lihat lah sekeliling aku. Ada sorang yang baca quran kat penjuru sana tu, yang sorang ni pulak kwn aku, sentiasa dengan buku study walaupun ke surau berada di belakang sekali. Tekun sekali nampaknya.
“mungkin belum sampai waktu lagi kut,” kata saya untuk menyedapkan hati. Selepas waktu isyak, lebih kurang 5 orang je yang turun ke surau ditambah 4 orang kami, jadi 9 orang. Lepas menunaikan fardhu isyak, aku pun mencuit senior tadi, “tu ramai abang”. “ cuba tengok time bulan ramadhan terawih.”

Bulan ramadhan yang penuh terawih menjelma. Sememangnya, ramadhan amat ditunggu disebabkan banyaknya pahala yang akan dapat apbila munculnya bulan ramadhan yang cukup mulia dan juga digunakan oleh semua umat islam untuk membaiki hati yang rosak 11 bulan tanpa dibaiki.
Aku mula teringat dialog sebelum ini, rupa2 betul jugak senior tu cakap. Time terawih ni ramai pulak umat islam yang turun ke surau. Sebab pe sebelum ramadhan sikit je yang turun ke surau?
Habis je ramadhan, mulalah jemaah di surau surut. Daripada 6 hingga 7 baris, kepada 1 hingga setengah baris je. Ish2. pe nak jadilah jemaah kat kolej kediaman. Ni mesti terjadi kat kolej aku je kot.

Pada minggu berikutnya, saya kebetulan berkesempatan berjemaah kat kolej ala2 flat gitu kat UM ni. Alangkah gombironye hati pabila ramainya jemaah kat kolej ni time maghrib dan isyak. Tapi, pesal ramai budak foundation yang turun ke surau. Mane bdk degree yang aku kenal kat sini. Musykil betullah?

Kemudian, aku berkesempatan bertamu di kolej kawan aku. Sampai je, azan mula berkemundang menandakan waktu maghrib sudah masuk. Saya brjemaah disurau tersebut dan dapat lihat hanya 4 orang sahaja yang berada dalam surau tersebut. Kebetulan, pada hari itu terdapat sorang ustaz akan bagi tazkirah kepada ahli jamaah kat surau tersebut. Habis je solat maghrib, sume cabut lari. Tinggallah sorang bersama ustaz tu dan saya & sahabat saya. Oh macam ni rupanya, keadaan dikolej kediaman di Um ni. Berat ni kok. Cukup berbeza dengan surau di kampong saya.

Apalah nak jadi kat surau kita ni. Pasal pe orang payah sangat nk turun untuk ke surau. Saya pernah mendengar, orang yang turun ke surau ni adalah pembangkang. Masyaallah, pe nak jadi manusia umat islam melayu zaman sekarang. Takut pada manusia lebih kepada Allah yang mencipta manusia dan seluruhnya.

Sorang tokoh agma kristian pernah berkata, tanda umat islam kuat adalah masjid dipenuhi oleh orang islam untuk berjemaah seramai orang yang bersolat jumaat. Apabila melihat kat surau pun sikit, macam mane kita nak bentuk gelombang kebangkitan untuk menentang kafir laknatullah yang sangat mencemburui kita.? Samalah kita fikirkan.

Tiada ulasan: