Selasa, April 10, 2012

Kasih Cinta Sayang



Sebelum menulis entri ini,  aku sudah berfikir berkali-kali untuk bercerita tentang tajuk ini atau tidak. Tetapi teringat kata-kata Ust Hasrizal, “ Menulis bukan sekadar berkongsi, tetapi untuk membetulkan fikiran dan memandu maklumat supaya bermanfaat untuk orang yang membaca tulisan tersebut” maka saya perlu menulis. Tujuannya adalah menegakkan pendirian dan mengingatkan diri bahawa tidak terpesong daripada pendirian ini.


Teringat akan sebuah buku yang ku baca beberapa tahun kebelakangan ini. Buku yang simple tetapi penuh makna. Buku tersebut mengenai kehidupan dan wang. Apa yang saya ingin fokuskan adalah tahap remaja. Tahap remaja adalah tahap dimana perasaan semakin menjadi fokus. Pada zaman ini, segala cinta akan terkeluar. Contohnya, cinta monyet, cinta labu-labi, 7 petala langit, ayat-ayat cinta dan sebagainya. Pendek kata, cinta dengan remaja seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Ada percaya tak?

Cerita tentang cinta menyebabkan manusia kadang-kadang jadi buta. Kadang-kadang jadi pelik. Kalau tak percaya, baca harian metro hari-hari. Mesti ada yang terpampang kat surat khabar pasal benda alah ni.

Zaman sekarang, sudah ramai yang bercouple cukup lama, tetapi apabila datang orang ketiga, maka couple itu bubar. Kalau belum luak tak pe, kalau dah luak ni yang kes berat ni. Bertunang dan berkahwin memerlukan komitmen yang tinggi. Untuk menyatakan hasrat berkahwin bagi sang lelaki sebenar amat sukar kerana berkahwin datang dengan pakej tanggungjawab. Berbanding dengan couple, aku boleh buat hal aku, kau boleh buat hal kau. No comitment. Sedih.

Bagi aku, aku segan untuk berhubungan dengan perempuan. Takut sebenarnya. Takut ianya membawa harapan yang tidak dapat dilaksanakan. Maka terseret sekali perasaan duka lara yang tiada kesudahan. Manusia akan menjadi seperti singa jika harapannya kecundang. Aku pernah melihat seorang peserta ujibakat mentor melenting kerana panel pemilih tidak memiilih dia. Harapan yang tidak tercapai.

Kawanku disekeliling sudah mampu untuk berkata, aku nak berkahwin dengan polan binti si polan. Mereka sudah mula bercakap tentang tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak, dan memilih jalan yang terbaik, harta yang terbaik untuk generasi mereka. Sudah berkursus tentang perkahwinan sana sini dan mula bercakap dihadapanku seolah-olah mereka pakar perkahwinan. Aku syukur sebab banyak belajar daripada celoteh mereka.

Aku? Aku berpegang kata-kata yang diucap kepada ummi ^^.  “ Abang Stable, abang akan carikan calon terbaik sebagai menantu ummi”. Well said. [isyarat kepada gadis diluar sana, kalau nak, tunggulah. Kalau tak nak tunggu, pilihlah orang terbaik untukmu] peace no war...........

3 ulasan:

~ MutiaRa IshraQ ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~ MutiaRa IshraQ ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
moja mojako berkata...

uuuuuuuuu.. sarangburungheyo~