Sebelum menulis entri ini,
aku sudah berfikir berkali-kali untuk bercerita tentang tajuk ini atau
tidak. Tetapi teringat kata-kata Ust Hasrizal, “ Menulis bukan sekadar
berkongsi, tetapi untuk membetulkan fikiran dan memandu maklumat supaya
bermanfaat untuk orang yang membaca tulisan tersebut” maka saya perlu menulis.
Tujuannya adalah menegakkan pendirian dan mengingatkan diri bahawa tidak
terpesong daripada pendirian ini.
Teringat akan sebuah buku yang ku baca beberapa tahun
kebelakangan ini. Buku yang simple tetapi penuh makna. Buku tersebut mengenai
kehidupan dan wang. Apa yang saya ingin fokuskan adalah tahap remaja. Tahap
remaja adalah tahap dimana perasaan semakin menjadi fokus. Pada zaman ini,
segala cinta akan terkeluar. Contohnya, cinta monyet, cinta labu-labi, 7 petala
langit, ayat-ayat cinta dan sebagainya. Pendek kata, cinta dengan remaja
seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Ada percaya tak?
Cerita tentang cinta menyebabkan manusia kadang-kadang jadi
buta. Kadang-kadang jadi pelik. Kalau tak percaya, baca harian metro hari-hari.
Mesti ada yang terpampang kat surat khabar pasal benda alah ni.
Zaman sekarang, sudah ramai yang bercouple cukup lama,
tetapi apabila datang orang ketiga, maka couple itu bubar. Kalau belum luak tak
pe, kalau dah luak ni yang kes berat ni. Bertunang dan berkahwin memerlukan
komitmen yang tinggi. Untuk menyatakan hasrat berkahwin bagi sang lelaki
sebenar amat sukar kerana berkahwin datang dengan pakej tanggungjawab. Berbanding
dengan couple, aku boleh buat hal aku, kau boleh buat hal kau. No comitment. Sedih.
Bagi aku, aku segan untuk berhubungan dengan perempuan. Takut
sebenarnya. Takut ianya membawa harapan yang tidak dapat dilaksanakan. Maka terseret
sekali perasaan duka lara yang tiada kesudahan. Manusia akan menjadi seperti
singa jika harapannya kecundang. Aku pernah melihat seorang peserta ujibakat
mentor melenting kerana panel pemilih tidak memiilih dia. Harapan yang tidak
tercapai.
Kawanku disekeliling sudah mampu untuk berkata, aku nak berkahwin
dengan polan binti si polan. Mereka sudah mula bercakap tentang tanggungjawab
kepada isteri dan anak-anak, dan memilih jalan yang terbaik, harta yang terbaik
untuk generasi mereka. Sudah berkursus tentang perkahwinan sana sini dan mula
bercakap dihadapanku seolah-olah mereka pakar perkahwinan. Aku syukur sebab
banyak belajar daripada celoteh mereka.
Aku? Aku berpegang kata-kata yang diucap kepada ummi
^^. “ Abang Stable, abang akan carikan
calon terbaik sebagai menantu ummi”. Well said. [isyarat kepada gadis diluar
sana, kalau nak, tunggulah. Kalau tak nak tunggu, pilihlah orang terbaik
untukmu] peace no war...........
3 ulasan:
uuuuuuuuu.. sarangburungheyo~
Catat Ulasan