Isnin, Jun 06, 2011

Jangan Hina Babi


Assalamualaikum wbt......

Mesti kamu terkejut dengan tajuk post kali ini. Ye lah, macam ragu-ragu je dengan tajuknya. Bukan apa, saya terfikir, orang mengaitkan babi untuk segala jenis kutukan. Macam “ babi kau” dan sebagainya. Kesian kat babi. Malah ada sesetengah orang melayu pulak, tak boleh sebut ‘babi’. Pantang nenek moyang dia sebut babi. Tetapi sebut khinzir boleh pulak. Khinzir terasa sopan sikit berbanding babi. Geleng kepala mendengar jawapan mereka-mereka ini.

Ada juga antara mereka mencarut menggunakan babi. Contohnya, “ babi ko M****!”. Rupanya dah macam babi dah sebab orang lain duk tengking dia dengan mem “babi”kan dia. Aduyai, kesian tengok mamat tu sorang. Tak pasal-pasal orang doakan dia macam babi. Maka berhentilah menggunakan babi untuk dinisbahkan kepada orang lain apatah lagi untuk menghina, mencarut, mengkeji dan sebagainya. Dalam Al-Quran, tiadapun seorang manusia pun yang Allah swt menukarkan mereka kepada babi. Jadi beruk adalah.

Kenapa saya tidak bersetuju babi dihina. Pertama, Allah tak suruh pun. Allah menyuruh kita menyayangi semua binatang di atas muka bumi ini termasuklah babi dan anjing. Cuma jika tersentuh @ disentuh, maka kena basuh dengan air tanah. Tu sahaja. Tengok, Allah tak suruh pun benci atau menghina apatah lagi menisbahkan orang lain kepada babi dan anjing. Maka sayanglah binatang termasuklah babi dan anjing. Comelkan mereka ^_^.

Lagipun, babi dan anjing adalah indicator atau petunjuk kepada kita bahawa mereka adalah binatang yang haram untuk dimakan. Tanpa mereka, adakah kita tahu manakah binatang yang halal lagi suci untuk dimakan. Itu sebabnya makhluk Allah menciptakan babi. Allah telah mencipta makhluk-NYA dengan petunjuk yang jelas supaya mereka berfikir. Contoh, baik lawannya jahat. Maka pembalasan adalah syurga lawan neraka. Begitu juga dengan halal dimakan vs haram dimakan. Ayam vs babi. U and I See( unic).

Sebab kedua adalah saya sekarang menumpukan kepada BaBI. Jangan terkejut. Sebenarnya itu adalah singkatan untuk Become A Businessman Instantly. Hahaha. Sekarang adik saya pun dah pandai peril-perli abang dia. Pasal post saya pasal OKB. Teruk betul lah. Tapi tidak menghalang niat yang suci lagi bersih dari lubuk hati untuk menjadi OKB.

Berbalik cerita businessman instantly ni, saya sekarang sudah mempunyai dua perniagaan internet yang saya gerakkan secara perlahan-lahan. Pertama yang semua orang sudah maklum iaitu Pekan Ebook  ( http://tapakebook.blogspot.com ) dimana saya menjual ebook orang lain. Cuma saya promosikan ebook mereka dalam bentuk kedai. Walaupun sekarang ini masih lagi kurang mendapat income daripada kedai itu, tetapi sekarang saya perlahan-perlahan belajar dan terus belajar bagaimana untuk mempromosi pekan ebook saya secara besar-besaran. Insya allah, akan membawa hasil kelak.

Yang kedua, saya menjual produk vemma. Apa itu vemma? Vemma ini adalah Jus campuran buah-buahan yang diproses dan diformulakan menjadi jus yang memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Maklumat lanjut boleh kunjungi website ini. http://fahmiL89.vemma.com. Disitu diterangkan berkenaan produk kesihatan ini dan khasiat yang terkandung di dalam Jus Vemma ini. Singkatan vemma dalah merujuk kepada Vitamin Essential Mineral Mangostean and Aloe Vera.  Tugas saya adalah promosikan kepada anda dan orang lain yang memerlukan kesihatan yang berpanjangan. Kes-kes biasa yang ditangani adalah pesakit kanser yang sembuh selepas mengamalkan pemakanan Jus Vemma ini.



Untuk artikel seterusnya, saya akan kongsikan beberapa tips permulaan yang dikonsikan oleh mentor saya kepada saya. So, saya cuba untuk kongsikan kepada pembaca di blog saya ini. Diharapkan anda gembira untuk meneruskan pembacaan anda diblog ini untuk masa akan datang. Insya allah. Move forward to become OKB ( orang kaya bertakwa).

Lateral maksima....... memang best beberapa minggu ini.......................



2 ulasan:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu berkata...

setuju... akak pun tak suka bila orang mem"babi"kan orang lain.... sungguh kurang sopan...

wah meriahnya bisnes.... semoga maju jaya.....

AHMAD FAHMI berkata...

tq akak sbb setuju.. and business tu masih "malu2" lg lah kak..