Khamis, September 02, 2010
SEMBANG AKIDAH
Masihkah kita ada masa? Persoalan ini menjengah ku untuk berfikir dengan lebih lanjut. Ketika ditanya tentang persoalan, apakah akidah pmium? Hati terasa dan bermonolog samada diri ini mempunyai masa atau tidak.
Menyelusuri masalah akidah umat islam dibumi UM, menyebabkan hati menjadi gundah akan masalah yang timbul. Meletakkan diri serasional mungkin bagi menawarkan hadiah jawapan yang terbaik terhadap orang yang bertanya dan orang lain yang ingin tahu. Bagi mengelak pelbagai kemarahan daripada pihak. Mungkin jawapan ini tidak sehebat penduduk akademi pengajian islam. Tetapi aku cuba menjawab mengikut acuan aku sebagai budak sains.
Sebelum itu, aku ingin bercerita. Bercerita tentang siapa diri ini dalam menjawab soalan ini. Aku pada awalnya adalah orang yang tidak berminat pada agama. Walaupun tidak berminat tentang agama, tidak berminat dalam mendalami agama, aku masih lagi mengikut abahku ke mana majlis ilmu ketika itu. Mungkin minat ku terhadap mata pelajaran sains lebih mengatasi minat terhadap bidang agama.
Sejak dahulu, aku mempelajari bidang sains untuk melihat alam dengan lebih luas. Mengalami pengalaman yang menarik untuk aku kagumi alam ini. Aku seolah-olah menjadi secular ketika itu. Memisahkan antara agama dan hal dunia. Malah, aku tidak berminat untuk lebih memandang subjek agama selain daripada untuk mendapat ‘A’ dalam mana-mana exam. Tetapi kurnia Allah menjaga hambanya daripada terus menjadi secular. Gelaran ustaz yang diberikan oleh sahabat-sahabat ketika aku remaja cukup untuk mengawal diri agar tidak terbabas dengan lebih jauh. Malu dengan gelaran ustaz. Hahaha...
Bermula asasi sains dan seterusnya, aku mula sedikit demi sedikit mempelajari agama dan mengadunkan dengan sains. Aku mula bertatih dalam mencari ilmu agama yang lengkap. Mengambil peluang daripada perbincangan dalam usrah dan discussion biasa dengan sahabat-sahabat, aku mula mengambil pendekatan yang tertentu dalam menangani masalah akidah yang mendatang. Setiap hari, aku dicabar dengan permasalahan yang pelik dan of course menyebabkan aku semakin lega dengan peganganku kini. Dan aku juga semakin terbuka menerima pelbagai pendapat yang setiap satunya akan dicerna dengan baik oleh kepala otak aku sendiri berdasarkan pandangan-pandangan dari pelbagai pihak. Pendek kata, aku bukan lahir dari background pendidikan agama.
Tetapi aku memahami bahawa Allah itu maha. Orang macam aku, memahami Allah sebagai pencipta. Malah, ketika aku belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk menarik orang yang tidak beragama atau athies terhadap islam, apa yang perlu adalah membuktikan ada pencipta or the creator. Daripada situ maka beralih kepada siapa itu tuhan. Bila kenal siapa tuhan yang maha sempurna itu, maka barulah boleh dijawab Allah adalah tuhan. Itu proses untuk orang bukan islam kenal islam dan kenal Allah.
Tetapi, berlainan dengan orang melayu di Malaysia, kita mengenal Allah daripada pasakan atau dotrinisasi. Dari kecil, kita diajar bahawa Allah itu tuhan, dan kita mesti sembah Allah. Kita tidak kenal siapa yang kita sembah tetapi kita ‘disuruh’ dengan paksaan untuk menyembah Allah. Hati dan ruh mungkin mengenal Allah, tetapi tidak tubuh badan yang lain yang tidak merasai Allah. Pendidikan kita hanya memaksa tetapi tidak membantu memahami akan Allah itu sendiri.
Entah kenapa, konsep duality terfikir di dalam minda aku sejak kebelakangan ini. konsep ini pada kefahamanku, setiap perkara mesti ada pertentangan. Contohnya, baik dan jahat, gelap dan cerah, dan sebagainya. Apa kaitan konsep ini dengan masalah yang kita bincang? Mungkin semua orang tidak terfikir bahawa konsep ini kadang-kadang sahaja tepat. Contoh, gelap terhasil disebabkan tiadanya cahaya atau kekurangan cahaya. Maka gelap terhasil.
Aku terfikir, masalah dan perbalahan sifat 20 ke atau 3 tauhid sebenarnya boleh di atasi. Cuba fikir, kononnya aku nak mengorat seorang awek lah. Kemudian, aku mesti hendak mengenali awek ini supaya aku boleh tackle awek ni kaw-kaw. Supaya menimbulkan minat dia kat aku. Semestinya aku akan buat apa sahaja untuk kenal awek itu. Melalui kawan ke? Guna keluarga dia directly ke? Chating kat facebook or YM ke? Pendek kata banyak sangat cara untuk aku kenal awek itu. Itu cara aku untuk kenal awek itu. Mungkin korang lebih ‘cool’ dr sudut cara time nak kenal awek korang.
Bagaimana kita mengenal Allah? Bagaimana kita hendak tackle Allah? Bagaimana kita hendak mengorat Allah? Entah sama tak macam mana kita nak kenal atau nak berkenalan dengan Allah? Of course sama. (entah lah kalau orang lain tak setuju). Nak mengorat Allah ni, mesti kenal dahulu Allah dahulu. Nantikan, salah cara mengorat tiba2 dia murka pulak. Dia merajuk hingga campak kita dalam neraka pulak macam mane?
Begitulah kita hendak bercinta dengan Allah. Kita mungkin tidak sehebat Rasul Allah dalam bercinta dengan Allah. Tapi hendaklah kita meningkatkan cinta kita kepada Allah. Bagaimana kita hendak tackle awek yang kita tak kenal langsung? Kan?
Sebenarnya, tak kisah lah apa cara korang nak kenal Allah, 3 tauhid ke, asma’ wassifat ke, atau sifat 20 ke. Yang penting korang tanya diri korang sendiri, sampai takat mana dah aku kenal tuhan aku? So apa lagi yang korang akan pertikaikan jika orang lain tidak kenal Allah dengan cara korang. Semoga korang berlapang dada dalam ketika menghadapi masalah cam gini. Ada orang yang akan mencapai redha Allah lebih dari korang jika korang lebih2 dalam berbalah dlm bab akidah.
Pertanyaan terakhir. 3 tauhid ke sifat 20?
lataral Maksima......... aku dua-dua.......................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kesian sgt awak ni.. dah la tak pandai agama, pndai2 nak buat perbandingan sifat 20 n tauhid 3... awak ni ngaji fardhu ain ke tak? ikut suka hati awak je nak hurai guna akal tanpa ada dalil al-quran n hadith tlebih dahulu.... ngaji dlu la, tauhid 3 tu tak betul mgenai pembahaian tauhid rububiyyah n tauhid uluhiyyah.... ia perkara yg satu, bukan dua! sudah2 la nak bawa fahaman ibnu taimiyyah, syed qutb, dll yg sesat lagi myesatkan tu... pegi mengaji BERTALAQQI bdasarkan kitab2 ulama muktabar; dgn ulama2 aswj seperti ulama2 pondok yg dari sana lahirnya para wali nusantara ini... belajar elok2 knp tauhid 3 tkeluar dr akidah aswj... klu stakat nak respon komen ni tanpa nak mngaji sungguh, baik tokseh la demo komen ttg isu agama klu demo bukan ahlinya! Klu demo benar nak cari kebenaran, pergilah ngaji d pondok2 d malaysia ni khususnya d kelantan... bab akidah bukan furu', akidah xble khilaf sperti feqah... tak sah akidah, tak ibadah! -Imam al-ghazali-. Klu tak lepas fardhu ain, baik jgn join politik!
[jgn pndang pada akhlak kawe tegur demo, kawe buat gtu sbb nak btegas dlm isu yg sgt penting dlm agama islam, tapi tengok pada isi yg kawe oyak demo tu... cari tok guru pondok (bukan TG nik aziz) n btalaqqi mgunakan kitab2 pondok; kitab risalah tauhid spti y dgunakan oleh wali2 nusantara sperti tok kenali, beliau takkan menjadi wali klu yg beliau tuntut adalah salah... n tauhid 3 tu adalah salah dan myesatkan! rujuk smula ulama2 nusantara ok!]
Catat Ulasan