Ahad, September 19, 2010

7HABIT-PREHABIT (1)


Kali ini kita berbincang tentang pre habit of highly effective people. Tentu tuan-tuan pelik bukan bila membaca pre-habit of highly effective people. Kebiasaannya, kita mendengar 7habit kan? Tapi kali ini kita berbincang dengan pre-habit. Kalau yang biasa membaca buku 7habit, mungkin tidak pelik mendengar perkataan ini, tapi jika tidak pernah langsung mendengar, meh sini ambe nok kabo sini. Hahahaha......

Pre-habit itu adalah paradigm. Kenapa kita berbincang tentang perkara ini? kenapa tidak masuk terus 7 habit? Kan senang kalau kita terus bincang tentang content 7hbt, betul tak? Ini aku teka je soalan yang bermain2 dalam kepala korang. Betulkan? Kalau tak betul buat2 lah betul. Ambik hati katakan.

Apa itu paradigm?
Haaa. Lebih kurang macam persepsi lah. Korang kalau jumpa orang yang tak pernah jumpa sebelum ini, apa yang korang pandang? Berapa darjah kejulingan anda terhadap orang tersebut? Dan berapa sudut cakah kesombongan ketika melihat kerendahan orang tersebut (ayat tersurat, moga dijauhi Allah)? Kalau itu semua terjadi kepada korang, itulah persepsi. Haaaa. Dah faham belum apa itu paradigm?

Aku teringat satu kisah. Satu kisah dimana berlaku di negara luar. Seorang kanak-kanak lelaki baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dimana mengorbankan tangan kirinya. Setiap hari, dia berasa sedih kerana kehilangan tangan yang cukup berharga. Dia merintih bagaimana untuk dia menghadapi hari-hari yang mendatang jika dia sudah kehilangan tangan kiri. Dia tidak dapat lagi menunggang BMX dengan baik. Malah disebabkan dia kidal, banyak perkara yang dia terpaksa belajar balik umpamanya belajar menulis dengan tangan kanan, memegang sudu dengan tangan kanan, dan sebagainya.

Hari demi hari, hidupnya semakin lama semakin malap. Keadaan ini merisaukan ibubapanya. Suatu hari, dia berjalan-jalan disekeliling kampungnya. Sambil berjalan, dia masih lagi memikirkan nasib yang akan berlaku selepas ini tanpa tangan kiri. Sehinggalah dia berjumpa dengan sesuatu yang mengubah hidupnya selama-lamanya. Dia terjumpa pusat latihan karate. Apabila terpandang pusat latihan tersebut, dengan tiba-tiba dia berminat lantas melangkah kedalam pusat latihan tersebut.

Selepas bertanya pelbagai perkara kepada sensei (guru dalam bahasa jepun), dia mengkhabarkan keinginannya kepada ibubapnya. Pada mulanya, ibubapanya bimbang jika dia tidak mampu untuk betahan dalam aktiviti lasak tersebut. Tetapi akhirnya membenarkannya akibat terpandang wajah yang cukup bersinar daripada anak mereka. Dia kemudian berjumpa dengan sensei dan memulakan latihan pada keesokkannya.

Dia berlatih dengan penuh tekun dan gigih. Tetapi dia semakin hairan disebabkan sensei hanya mengajarnya satu baris teknik sahaja untuk dia kuasai. Semakin lama semakin dia ragu dengan sensei. Perasaan rendah diri mula menjalar dalam dirinya. Sensei memerhatikan tindakannya yang semakin tidak bersemangat. Lantas sensei menegurnya
“ wahai budak, kenapa semakin hari semakin tidak bersemangat kamu?”
“ wahai sensei, kenapa kamu tidak mengajar aku teknik lain kepadaku. Adakah hanya teknik sahaja yang perlu aku kuasai?”
“ wahai budak, kamu masih lagi belum menguasai seratus-peratus lagi teknik ini. Berusahalah kamu agar lebih menguasai teknik ini.” Sensei mula memberi semangat kepada budak tersebut.
Walaupun tidak dapat menerima dengan seratus-peratus apa yang diucapkan oleh senseinya, dia menyambung latihan dengan lebih gigih lagi. Hari demi hari, tekniknya makin bagus sehinggalah dia terpilih mewakili tempatnya untuk pertandingan.

Melihat lawannya yang ‘sempurna’ hatinya menjadi kecut tetapi, senseinya dapat menghidu keadaan tersebut lalu mengingatkan latihan yang telah dibuat sebelum itu. Dengan semangat untuk menang, dia melangkah kepusingan pertama. Dia berlawan sehingga dapat menumbang lawannya dengan masa yang pantas. Hatinya begitu gembira. Begitu juga dengan pusingan kedua dan ketiga. Semuanya menang dengan cukup cepat.

Apabila melangkah ke suku akhir, lawannya kali adalah sedikit berpengalaman. Mulanya, dia diasak kemudiannya, dia dapat satu peluang untuk menjatuhkan lawannya. Lantas dengan pantas dia menjatuhkan lawannya itu. Diperingkat separuh akhir, dia juga mendapat satu peluang selepas diasak. Akhirnya dia hadir ke peringkat akhir.

Kali ini lawannya adalah orang yang sangat berpengalaman. Yang sudah memenangi beberapa kejohanan sebelum ini. Digasak dengan cukup hebat sehingga hampir terjatuh. Oleh kerana kasihan melihat keadaan dirinya, pengadil cuba untuk menghentikan perlawanan tetapi ditegah oleh sensei. “biarlah dia”.

Selepas diasak dengan hebat, akhirnya dia dapat membalas dan menepis segala serangan oleh pihak lawan. Selepas agak lama bertempur, lawannya hilang keseimbangan lantas digunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk menjatuhkan lawannya. Akhirnya dia diisytiharkan oleh juara pada kejohanan tersebut.

Dalam perjalanan balik, dia bertanya kepada senseinya berkaitan dengan teknik yang menyebabkan dia menjadi juara pada edisi kali ini.
“ anakku, sesungguhnya kamu telah mahir menggunakan teknik yang paling hebat dan paling sukar untuk dipelajari. Dan keduannya, teknik ini mempunyai satu-satunya kelemahan iaitu tangan kiri.”
Maka fahamlah dia kenapa sensei menyuruhnya mempelajari teknik tersebut dengan tekun. Dengan memegang sebelah kirinya,dan buat pertama kali, dia bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia melihat kearah ‘kelemahan’ kepada teknik yang dia pelajari yang sejak mulanya sudah tiada.

.......................... bersambung.............................................................................................................

Lateral maksima................. mengarang untuk bab yang seterusnya.....................................

Tiada ulasan: