Sabtu, September 11, 2010
PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA
Perutusan hari raya daripada aku untuk umat islam kat Malaysia dan mesir.
Bila aku bukak harakah semalam, banyak gilerrr perutusan. Aku tengok tv, haik, PM pun ada perutusan hari raya yang tersendiri. Kejelesan aku semakin membuak-buak. Lalu dalam laman sesawang (yang tak berapa bersawang lagi), aku terpingin nak letak perutusan hari raya aku sendiri. Mula-mula tak hendak juga tulis benda-benda alah ini. Tapi mengenangkan untuk hari raya ini aku tak buat apa-apa pun untuk blog aku ni, aku fikir elok lah diletakkan something yang special untuk orang lain. Kan kan????
Orang lain mulakan dengan takbir dalam setiap perutusan. Aku pun nak mulakan dengan takbir jugak lah. Allahuakbar 7x........................................
Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah swt, kerana dengan limpah izin dan rezeki yang diberikan oleh NYA, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. herm, macam mana dengan puasa anda-anda semua tahun ini. Mesti solat malam tiap-tiap malam kan? Ataupun semakin teruk berbanding tahun lepas. Kalau makin teruk, istighfar lah banyak-banyak. Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah tahun ini lebih buruk dari tahun lepas. Walaubagaimanapun, muhasabah adalah perkara yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa muhasabah, bagaimana kita hendak maju. Maka bermuhasabah lah kita sementara umur masih ada. Mana lah tahu, kau dan aku tidak dapat berjumpa lagi pada tahun-tahun yang akan datang.
Puasa mengajar kita banyak definisi baru tentang hidup. Definisi makanan, definisi kenyang, definisi lapar, definisi sabar dan tenang, definisi mengawal nafsu dan banyak lagi definisi yang mengubah hidup kita pada bulan Ramadhan ini. Alhamdulilah, jika berlaku dalam hidup kita, maka ucaplah syukur kepada Allah terhadap silibus Ramadhan yang anda lalui. Silibus yang bukan calang-calang penggubal. Moga-moga dipanjangkan umur agar berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang.
Jangan dikenang orang yang sudah meninggal dunia. Terkejut dengan kematian sahabat-sahabat yang dengan tiba-tiba dikhabarkan meninggal dunia. Doakan mereka agar tenang berhadapan dengan Allah swt. Mereka yang telah pergi biarlah dibiarkan pergi. Yang masih hidup ini teruskan berjuang mencari bekalan yang terbaik. Semoga bekalan yang dipersembahkan dihadapan Allah nanti adalah bekalan yang diredhai oleh Allah swt. Ya hidup perlu diteruskan.
Para saintis telah mengemukan bukti-bukti yang menunjukkan kelebihan berpuasa selama sebulan. Banyak kajian yang dikemukan sangat bersesuaian denga fitrah kejadian manusia. Sistem penghadaman memerlukan ‘rehat’ melalui puasa selama sebulan dan banyak lagi khaifiat atau kelebihan yang ditunjukkan dengan kepada orang berpuasa. Janganlah hendaknya kita ‘mengorbankan’ apa yang kita telah usahakan sepanjang sebulan berpuasa dengan membebankan sistem penghadaman dengan melahap apa sahaja yang terhidang sewaktu hari raya nanti. Kononnya, penat berpuasa menahan lapar dan dahaga digunakan sebagai alasan untuk melebihkan kapasiti muatan perut. Maka rosak lah ‘diet’ yang telah diamalkan selama ini. Pesanku kepada semua, jaga makan, jaga badan, jaga minda dan anda sihat. (pesanan daripada penaja).
Ketika ini , jangan lupa kepada orang yang memerlukan. Ada orang yang tidak mampu untuk beraya pun seperti mangsa banjir yang berlaku di Pakistan. Mungkin kita tidak merasa apa-apa kerana kita berada di Malaysia. Tetapi ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk beraya di pagi raya. Maka ingatlah bahawa zakat fitrah adalah untuk saudara islam yang tidak mampu untuk beraya. Maka tunaikan lah kewajipan anda sebaik mungkin.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog saya yang berharga ini. Maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah selama ini. Dan kepada semua sahabat-sahabat, maaf jika ada silap dan salah selama kita bertugas dan bersahabat.
Lateral Maksima.................. selamat hari raya aidilfitri........................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan