Khamis, Ogos 26, 2010

AKRAM 10


Sepanjang bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti yang perlu aku hadiri. Semakin ramai orang pelbagai latarbelakang yang aku jumpa sepanjang aku menyertai aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Ketika roadshow pimpinan PMIUM turun ke kolej, sambutan yang hangat ditunjukkan oleh penduduk kolej kediaman. Alhamdulilah, mereka sebenarnya dahagakan perhatian dari PMIUM sebenarnya. Aku memerhatikan setiap orang daripada mereka gembira menyambut huluran juadah kurma kami. Mungkin orang sinis mengatakan, memang orang makanan tak akan ada orang yang menolak. Tetapi itulah permulaan bagi seorang mahasiswa mengenali jalan dakwahnya.

Jalan dakwah itu sangat panjang. Kita tidak mungkin menjangkakan apa effect orang terhadap apa yang kita lakukan. Aku cuba untuk turun kebawah mencari minat orang terhadap islam. Dimana kecenderungan orang terhadap islam. Malah, aku cuba untuk mengembleng tenaga seluruh pimpinan pmium untuk turun ke kolej yang ditentukan. Semoga dengan usaha sekecil ini, dapat mendekatkan diri mahasiswa kepada PMIUM. Dan semoga PMIUM adalah wadah yang terbaik untuk membina kepercayaan mahasiswa kepada islam.

Hebat itu bukanlah terbaik. Itulah pesan someone terhadap aku didalam FB. Kadang-kadang kita gah membina link dalam bidang politik. Berhubung dengan YB itu dan ini tanpa memikirkan manfaat kepada masyarakat kampus. Apa guna kita mendekati orang terhormat di dalam masyarakat tetapi menjauhi golongan yang dipandang rendah dalam masyarakat. Kata seorang ustaz, jika sudah dicop politik oleh orang lain, maka kepayah dalam memberi untung kepada masyarakat dalam jalan dakwah lapangan semakin terhakis. (sape tak setuju boleh bincang).

Aku mengambil pendekatan yang sama ketika memberi makanan kepada orang yang merempat di jalanan di KL baru-baru ini. Aku mengambil peluang dengan ramadhan kali ini, dengan memberi orang ramai makanan yang mereka hargai. Semoga makanan yang diberikan oleh kami ada barakah dan menyebabkan diri mereka semakin baik. Bukankah untuk menawan orang, kena dengan perutnya. Atleast kami belanja orang lain makan.

Dikesempatan ramadhan ini juga, kami berpeluang untuk menjamu dan berkenalan dengan mahasiswa istimewa. Kalau boleh, aku ingin korang sume kurangkan menggunakan perkataan OKU dan banyakkan menggunakan perkataan istimewa. Kerana apa, kita raikan kelebihan mereka. Mahasiswa istimewa ini sengaja kami cuba untuk bersama mereka. Sengaja kami mengaturkan perkara ini agar keluarga PMIUM dapat menyebarkan rahmat kasih sayang tuhan kepada golongan ini. Moga ikatan ukhuwah tetap terjalin antara pmium dan permium.

Enjoy tetapi terselit tazkirah yang terpanah dihati. Itulah simpulan yang dapat diberikan oleh ceramah dr jamnul azhar. Telatah yang ditunjukkan oleh dr jamnul melayan kerenah pendengar ceramahnya ini menyebabkan tiada siapa pun yang tidak ketawa. Namun setiap kata-katanya mempunyai makna dan pengajaran yang ingin dikongsi. Model yang ditunjukkan dan cara penyampaian amat berkesan dalam memenuhi tuntutan pelbagai jenis golongan di Malaysia. Cukup kagum aku dengan manusia bernama dr jamnul ini.

Semalam, baru saja habis mendengar ceramah perdana oleh dr zuhdi Marzuki bertajuk antara dua jalan. Mengungkap peranan Al Quran dalam menentukan betul salah pemikiran manusia. Garisan yang ditentukan oleh Al Quran dalam memandu akal manusia sepatutnya menjadikan manusia semakin hebat dalam menegakkan agama islam. Malah kandungan Al-Quran jugak menuntut ummah menjadi hebat sesuai dengan tuntutan agama itu sendiri.

Akan datang? Tunggu Imam Muda Asyraf dan Naib Cancelor merasmikan penutupan Akademi Ramadhan kali ini. Haaaaaa..... tunggu tau (>_~)...

Lateral Maksima............... tak sabar menunggu penutup akan datang..........................

Tiada ulasan: