Sabtu, Ogos 07, 2010

AKU INGIN SUPERHERO


“ tolong tolong” terdengar seorang menjerit meminta tolong.

“ Wah ni kena pergi tolong ni.”

Lalu superhero dengan secepat mungkin bergerak mendekati peminta tolong ( bukan peminta sedekah) itu. Dengan lagak heronya, superhero Berjaya menyelesaikan masalah si peminta tolong tadi. Rupanya seorang perempuan tua yang telah diragut oleh dua orang lelaki. Superhero mengejar dan menewaskan peragut tersebut. Diikat peragut itu dihantar kebalai polis dan kembali kepada perempuan tua tersebut.

Begitulah sebahagian cerita yang biasa kita lihat dan tonton sewaktu kecik dahulu. Sewaktu kecik, wah itulah superhero yang aku minati. Setiap kali tayangan, mesti menghadap televisyen dan menonton dengan khusyuk. Anak kecil sepertiku Berjaya dimainkan perasaan oleh cerita superhero tersebut. Apabila kalah buat kali pertama, perasaan menjadi kecewa. Ketika part hampir kalah, perasaan khuatir dan mendebarkan timbul dalam diri. Ketika superhero menang, perasaan gembira menyubur didalam diri.

Power Ranger mempunyai banyak siri. Sangat banyak. Tetapi mereka mengekalkan pattern yang sama setiap masa. Kerjasama. Tiada power ranger yang akan menang melawan raksasa dengan tidak bekerjasama. Dalam saat genting, pasti ada seorang yang mampu untuk memecahkan kebuntuan dan menjadi hero untuk episode itu. Dia yang menyelesaikan masalah seolah-olah menjadi leader sekejap dengan mengetuai rakan-rakan yang lain menghapuskan raksasa. Dengan senjata gabungan dan zord yang bergabung, mereka mampu menewaskan raksasa terbabit. Dan menang. Aku suka hati. Hahaha......

Ultraman watak superhero jepun yang famous. Berada didunia fantasi gergasi, dia Berjaya menewaskan raksasa besar dengan kuasa cahaya yang berada didalam dirinya. Tetapi, perkara yang aku paling suka tengok adalah sewaktu butang didada ultraman menyala. Maka itulah buah penamat yang paling aku suka. Dan menang melawan raksasa. Kadang-kadang, ultraman memerlukan manusia untuk bertarung dengan raksasa. Dan akhir sekali mesti menang punya. Hahahaha.........

Superman. Manusia paling kuat pernah aku tengok. Penuh dengan skill. Skill terbang, gagah, berlari dengan cepat, mata yang mampu menembak cahaya ultrared, dan sebagainya. Pendek kata, macam perfectlah. Tapi last sekali, kalah dengan permata hijau yang entah apa bendalah namanya. Aku pun dah lama tak layan cerita superman ni. Yang maklum, kita semua tahu yang superman bukan sahaja menyelesaikan masalah berdasarkan kekuatan yang dia ada sahaja, tapi berdasarkan otak yang dia ada. Boleh caya tak?

Batman tidak sama dengan superhero yang lain. Tidak mempunyai kekuatan yang sehebat superman. Tidak mempunyai kuasa sama macam X-Man. Tidak mempunyai skill khas seperti power ranger. Tetapi, dia mempunyai jati diri yang mulia iaitu otak yang cerdik. Batman adalah contoh superhero yang menggunakan teknikal untuk menyelamatkan orang. Bom asap dan banyak lagi peralatan ketika menyelamatkan orang memukau kanak-kanak macam aku. Especially kereta batman yang macho giler...hahahaha.....

Banyak lagi superhero yang lain yang ingin aku cerita kat sini. Spiderman si lelabah yang menjadi orang yang luar biasa disebabkan campuran genetic labah-labah kedalam DNA miliknya peter paker. Tidak lagi X-Man, Hulk, Robin, Ben10, dan bermacam-macam lagi watak hero keluaran luar Negara.

Kemudian, Malaysia mengorak langkah baru untuk membina superhero yang tersendiri. Superhero yang dimaksudkan adalah CicakMan dan PapayaMan. Superhero yang aku kira agak tidak matang dari sudut konflik dan mutu superhero itu. Mungkin kekurangan teknologi yang canggih menyebabkan Malaysia ketinggalan. Tetapi, superhero ini semakin senyap selepas fenomena mereka berakhir. Superhero bermusim.... (hehehe).
Kenapa aku suka tengok cerita superhero ini? Setengah berpendapat, ia akan menyebabkan kita lemah dalam berfikir. Betulkah seperti itu? Adakah itu hanya sebahagian pendapat sahaja. Bagaimana jika pandangan itu salah??

Aku suka akan superhero kerana nilai positif yang ada dalam diri dorang. Dorang memang cool beb. Mencari penyelesaian kepada setiap masalah orang lain dengan tidak memandang kepada masalah diri sendiri. Mereka sentiasa focus kepada masalah orang lain. Dan mereka gembira jika dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Memang cool beb!!

Kenapa aku suka watak superhero? Sebab lainnya, mereka tetap dengan identiti mereka yang kuat berahsia. Tidak siapa pun tahu akan personality sebenar watak2 superhero tersebut. Ini bermakna, mereka tidak menghiraukan pujian orang ramai terhadap diri sendiri, tetapi mereka hanya orang lain menghargai usaha mereka dengan hidup dengan tenang. Ya, mereka hendak orang ramai hidup dalam keadaan yang harmonis lagi tentaram. Tidak perlu berbalah dan bersengketa antara satu sama lain.
Aku berkehendakkan superhero. Aku hendak ada orang yang berwatak seperti superhero dimataku. Walaupun wajah tidak kacak, walaupun kurang duit tetapi perwatakan adalah perwatakan superhero. Aku mengharapkan orang disekeliling aku adalah hero yang membantu orang lain untuk hidup dengan harmoni didunia dan diakhirat khasnya.

Aku juga ingin menjadi mentor kepada superhero itu (kalau boleh, wahai superhero boleh jadikan aku mentor mu). Supaya, aku dapat sedikit saham diatas perbuatan superhero tersebut. Manakan tidak, superhero mesti orang yang menghargai orang disekeliling mereka terutamanya mentor mereka.

Dan aku juga kalau boleh, ingin menjadi seorang superhero. Superhero yang gah seantero dunia. Mampu menyelematkan orang lain dan mementingkan orang lain. Aku ingin dihargai akan segala bantuanku kepada mereka. Aku mahu mereka dapat menerima akan bantuan dengan hati yang cukup gembira. Aku juga hendak mereka turut membantu superhero (akulah tu) untuk membantu orang lain pulak.

Wahai sahabatku, marilah sama-sama menjadi seorang superhero. Aku tahu, tidak siapa yang sekuat superman. Aku tahu, tiada siapa setangkas spiderman. Dan aku tahu, tiada siapa mempunyai duit untuk membina peralatan yang canggih. Ya aku tahu semua itu. Tapi aku tahu suatu yang penting. Aku tahu umat islam sekarang sangat lemah. Ekonomi lemah, akhlak lemah, dan hubungan dengan tuhan pun lemah. Tolonglah wahai superheroku. Tolonglah sedaya upaya kamu untuk mengharmoniskan yang lemah itu. Jadi superhero yang diterima oleh semua lapisan masyarakat. Aku tahu sahabat-sahabat semua adalah superhero kepada masyarakat.

Ayuh lekas sahabat-sahabat. Muhasabah diri masing-masing sahabat2. Orang lain tidak mahu akan kegagalan kita, tapi mereka mahu akan kejayaan kita. Kejayaan kita adalah kejayaan mereka semua. Apa kejayaan itu. Kejayaan itu adalah menurut perspektif orang lain sahabat2. Mungkin Orang lain melihat kita Berjaya, tapi hakikatnya kita belum Berjaya. Masih banyak lagi cita-cita yang perlu kita habiskan untuk kemaslahatan umat islam. Ayuh!!!!!!

Bisikkan dalam hati masing-masing “ sesungguhnya aku adalah superhero”

Lateral maksima.................memikirkan tentang nama untuk superhero baru........

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Page ni lambat sangat load.. x sabar nak tunggu lagi. Kenapa page jd berat agaknya ya?