Isnin, Disember 22, 2008

TAKBIR SEDIH VS TAKBIR SEMANGAT


Semasa cuti baru baru ni, aku berpeluang mendengar ceramah agama mingguan di surau kampung aku. Wah........ bersemangat sekali penceramah ni. Orang masih muda lagi. Tapi lantang mengajar kepada khairiah dikampung sempena hari raya korban.

Dimulakan dengan takbir yg disahut orang jemaah surau, beliau memulakan dengan tahmid dan selawat kepada junjugan besar baginda Rasulullah saw yg membawa risalah kegembiraan kepada seluruh umat manusia khususnya dan segala makhluk ciptaan Allah amnya.

Memulakan ceramah beliau dengan menegur umat islam yg tidak menghayati maknawi takbir hari raya. Andai kata semua umat islam menghayati dengan bersungguh2 makna takbir tersebut, tak payah memperkenalkan islam hadhari pun. Umat islam boleh maju dengan sendiri kerana penghayatan terhadap makna takbir.

Kemudian, beliau membacakan satu persatu maksud takbir dengan ulasan yg ku kira menaikkan semangat. Aku makin bersemangat mendengar setiap tutur kata dan perkataan yg terpacul di mulut beliau. Nah kurasakn seolah2 brada dlm cramah pengisian tashji’ pulak. Ya allah, semoga MU sentiasa membuka pintu hatiku dan shabat seperjuangan dlm perjalanan yg diredhai dlm menegakkan agamaMU. Amin.

Selepas ulasan tentang makna takbir, beliau menyatakn tidak mustahil yg kita akan bangkit dan membuka kota2 utama dunia dengan takbir dan tahmid. Dengan syarat, umat islam keseluruhan menghayati sepenuhnya takbir hari raya.

Sambil berceramah, beliau menempelak cerita2 dan lagu2 melayu yg menonjolkan pandangan negetif tentang takbir.

“ asal takbir raya je, menangis. Asal takbir raya je, teringat orang tu dan orang ni tak dpt beraya dengan kita.”
“kemudian tunjuk tangisan dipagi raya diselang seli pulak dengan takbir raya, seolah2 kerana seorang dua tidak dpt beraya, seolah2 hari raya tidak berguna dan bermakna. Ini bertentangan dengan sambutan hari raya yg dilakukan oleh Nabi saw dan para sahabat. Malam hari raya, bergema takbir dipasar dan tempat berkumpul orang ramai dengan suara yg lantang dan bersemangat. Kita tengok orang kita takbir, sedih dan hilang roh perang badar yg berlaku pada bulan ramadhan.”

Inilah sebahagian daripada yg dikuliahkan oleh ustaz pada malam itu. Berbanding kita, para shabat bertakbir dengan semangat walaupun malm sebelum ni mereka menangis dihadapan Allah swt.

Ayuhlah sahabat sekalian sekalian, kita dengan generasi Quran sangat jauh perbezaan dari segi penghayatan agama. Mereka menganggap agama adalah nyawa mereka, tapi umat sekarang menganggap agama adlah tempelan saje. Jika jatuh seolah tidak merasa apa malah setengah keadaan umat islam, berseronok dengan kejatuhan itu. Nauzubillah.

Ini sebagai peringatan dan renungan kita bersama.

Tiada ulasan: