Jumaat, Disember 12, 2008

CINTA RUPA


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Semoga sihat walafiat.

Sebenarnya, aku terkenang peristiwa dan kenangan lucu bersama kawan2 dulu. Dalam banyak cerita yg agak lucu, terdapat sebuah cite yg aku boleh ambil pengajaran disini. Minta sahabat membca dengan sabar.

Minta sahabat tutup mata. Selepas itu, sahabat semua kene bayangkan artis kesukaan masing2 yg paling cantik atau paling hencem. Bayangkan muka merka yg kita bayangkan itu. Apa yg dia buat ketika itu. Apa perbandingan kecantikan atau kehenseman artis itu. Tapi jangan beritahu orang lain apa yg korang bayangkan. Bayangkan, bayangkan, bayangkan..

Ok. Selepas itu, cuba bayangkan muka yg hensem atau lawa atau cantik itu ketika sembelit. Apa reaksi muka itu ketika itu. Adakah masih lagi cantik atau hensem seperti tadi ataupun dah makin kurang. Ataupun makin bertambah hensem atau cantik.

Semesti muka orang itu semakin huduh dan tak lawa kan. Betul tak?
Aku nk bagi tau korang semua bahwa ada orang yg berkawan kerana rupa paras seseorang itu. Kerana kecantikan sorang perempuan, rumahtangga yg terbina menjadi belah. Kerana hensem, ramai orang memuja bagaikan dewa dewi. Kerana rupa paras, tahap persahabatan dapat ditentukan. Ada setengah orang, hanya berkawan dengan orang yg mempunyai wajah cantik dan elok semata2.

Apa yg diceritakn ialah, dalam sekelip mata sahaja, Allah boleh menarik wajah yg cantik seperti apa yg kita bayangkan ketika dorang tengah sembelit. Wajah begitu huduh bukan? Begitulah.

Apa yg dibangga dengan wajah. Semua orang ada wajah yg tersendiri. Tapi wajah yg cantik tapi tidak melambangkan peribadi yg mulia ialah useless. Ramai orang rumahtangga mereka bergolak seperti sempadan thai. Disebabkan terpesona dengan kecantikan, tapi belum tentu peribadi yg baik. Selepas kahwin baru mengatahui peribadi pasangan masing2. pulak. Dulu bukan main syok bercinta tapi sekarang tak tau nak cakap ape.

Ukhuwah islamiah ini adalah cinta sesama manusia yg berlandaskan cinta kepada Allah swt. Seperti mana kisah yg digarap dlm novel Habiburrahman. Itulah yg patut diterapkan dlam hubungan kita dengan manusia. Berlandaskan cinta kepada Allah dan berteraskan islam yg syumul.

Hadis rasulullah, 4 kriteria memilih bakal isteri (suami), pertama kerana kecantikan, kerana harta, kerana keturunan, dan beragama. Pilih yg beragama, nescaya kamu akan berbahgia.

Sperti lagu nasyid, harta akan musnah, rupa akan mati tapi agama akan hidup buat selama lamanya.

Sahabat sekalian, nasihat aku kepada diri aku dan korang, kita mesti jgn memilih rupa paras dlm bersahabat. Kita pandangan sudut positif yg berada dlam batang tubuh sahabat kita. Jika tidak cantik dan tidak hensem tapi akhlak yg ditonjolkan cukup mendamaikan jiwa orang yg menatapkan, maka go ahead. Insyaallah akan kekal persahabatan dan sifat ukhuwah itu sendiri.

Maskan lidah kan tergigit, apatah lagi sesama manusia. Bergaduh biarlah berpada. Iman menjadi panduan untuk bergaduh. Bergaduh kerana perasaan adalah bodoh. Tapi bergaduh kerana keimanan dan kewarasan akal yg tinggi itulah yg mengekalkannya. Kerana apa? Orang yg bergaduh kerana marah, nafsu dan syaitan akan mengawal diri bukan lagi akal yg sihat dan berlandaskan iman. Sebab itu, ramai orang bercerai berai kerana perasaan yg tidak terkawal.

Itulah sahabat2, sedikit sebanyak yg aku hendak kongsi disini. Kita sama berdoa, agar apabila bergaduh, akan bergaduh secara berhikmah. Hikmah disini adalah kembali kepada ajaran Al Quran dan Assunah. Supaya apa yg kita gaduhkan akan memberi manfaat kepada umat manusia.

Sebenarnya, tulisan ini hnya lah respon kepada kes cerai artis yg terlalu banyak sekarang. Moga sahabat mengambil iktibar dari apa yg aku sampaikan ini. Jika tidak maka beritahu. Jika ya, maka fikir-fikirkanlah. Inilah yg aku harapkan dari semua orang. Menjadi manusia yg berfikir. Insyaallah.

Tiada ulasan: