Khamis, Disember 04, 2008

BUNUH DIRI DAN MENTAL


Assalamualaikum warahmatullah.

Di kesempatan ini aku mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ KORBAN”.

Pada tahun ini, aku merayakan hari raya korban di kampung aku di separa bandar Almuktafi Billah Shah (AMBS). Tak sperti taun lepas, terpaksa beraya di KL kerana memikirkan tentang masalah teknikal yg belum selesai pada ketika itu.

Kejap ye nak fikir jap pe nak tulis pada post kali ini ...................................................... ......................satu...........................................................................dua.........................................................................tiga.................ah ha!!!!
Dah daaaapaaaat.....!!!!

Heboh sekarang orang berkorban dan mengorbankan diri dengan jalan salah dan tidak diredhai oleh Allah dan seklian makhluk di alam semesta....

Ape ni????? Minda orang sekarang berada di kelas ekonomi ke????? Minda kelas ketiga??? Mana pergi minda kelas pertama yg hendak ditanam kedalam diri setiap orang rakyat malaysia?????? Jangan kate tak jadi pulak. Dah banyak sgt terdengar benda yg tak jadi ni.....

Bunuh diri ni elok ke tak elok??? Tu lah pengaruh TV kuat sangat kat dlm diri masing2 rakyat malaysia ni.. tengok plak rancangan hindustan, bunuh diri demi cinta dikatakan mulia. Ape kehe ni???

Mungkin dorang tak tau kot??
Meh nak beritahu ni. Orang bunuh dri ni kesudahannya adlah di neraka paling bwh. Aku ulang sekali lagi, paling bawah neraka.. jangan main dengan bunuh diri ni. Semua orang akan membenci kta. Bukan orang je, seluruh makhluk termasuk burung merpati yg aku tengok kat jalan masjid India tu pun akan kutuk sepuas hatinya. Macam mane dorang kutuk jangan tanye aku. Yg penting bumi dan langit tak terima langsung roh orang yg bunuh diri...

Ape maslah sekarang? Dengar kate kat jepun pun sama. Risau jugak kat sahabat2 nak pergi ke jepun, takut terkena badi tersebut. Nauzubillah.

Kalau sains kate, mesti ada kaitan dengan mental. Kalau orang islam kate, msti iman ketika itu tidak ada. Sebab itu buat perkara yg tak ingat akhirat. kita tengok sikit ape yg aku dapat dari internet.

Kadar membunuh diri berbeza mengikut negara bangsa dan budaya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih kurang satu juta manusia mati akibat membunuh diri dalam setahun. Kebiasaannya kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.
Kadar membunuh diri juga lebih tinggi di kalangan warga emas sahaja. Penyakit mental yang serius seperti kemurungan, skizofrenia, bipolar juga menyumbang kepada berlakunya bunuh diri. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada perbuatan bunuh diri di kalangan warga emas termasuklah mempunyai penyakit fizikal (barah arthritis), tiada sokongan keluarga, kemurungan, kematian mereka yang disayangi dan kesepian.
Oh beegiituuu... rupanya kerendahan dan ketidakmutuan mental mrupakan rumusan yg dapat dilakukan oleh para pengkaji kes2 bunuh diri ketika ini. Tapi aku hairan, kenpa zaman sekarang yg begitu byk bunuh diri berbanding zaman dulu. Ade pulak zaman dulu, dah kene seksa bertahun2 tapi kuar je terus berjuang. Mentaliti ok je tengok. Tak de kerosakan serius pun. Sedangkan bertahun2 meringkuk dalam penjara dan dibelasah di dlam penjara.

Pandangan agama pulak myebut tentang ujian dan dugaan yg didatang spesial dari Allah swt kepada kita. Dan Allah tidak menguji hambanya sekadar ujian yg mampu ditanggung oleh hambanya dan Allah tidak melakukan kezaliman dengan mengenakan ujian yg melebihi had ketahanan seorang hambaNYA. Maha suci Allah yg mengenali hambaMU yg beriman.

Sebelum membunuh diri, kene dulu menjawab persoalan hidup tentang tujuan hidup diatas muka bumi ini. Adakah setel ke belum? Kalu belum, berbaloikah menempuh kesakitan selepas kematian yg maha dahsyat dan seksa yg teruk diakhirat kelak.

Adakah matlamat dunia mengatsi matlamat menuju Allah yg esa? Adakah cinta manusia melebihi cinta kepada Allah? Itu yg kita kene check balik jika hendak membunuh diri? Kadang2 ‘mangsa’ bunuh diri ini berharap akn ada orang yg akan membantu diri merka. Tetapi masyarakat sekarang kurang peka terhadap perasaan orang disekeliling mungkin terlalu mengejar kekayaan dunia sehingga melupakan ukhuwah fillah sesama manusia.

Itulah perkara yg masyarakat perlu fikir sekarang. Sebenarnya tulisan ini hanyalah untuk kesedaran bahawa kepekaan terhadap suasana sekeliling dan ukhuwah sesama manusia perlu ada dalam masyarakat kita pada hari ini. Kita bukan hidup nafsi nafsi. Tapi kita hidup saling membantu sesama kita. Jadi tidak terjadi masalah jika kita kembali kepada ajaran agama islam yg suci agar kes bunuh diri dapat dibendung.

Mungkin ini sahaja yg dapat ditulis. SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA SAHABAT.

Tiada ulasan: