Isnin, Disember 01, 2008
YOGA DAN SILAT
Assalamualaikum. Jawab jangan tak jawab. Hehehe.
Beberapa hari yang lepas, saya terbaca di akhbar, yoga itu haram. Terkejut pulak saya yg yoga ni haram. Mungkin tak pernah ambik tahu kot tentang hal-hal berkaitan dengan yoga2 ni. Bagi aku, yoga ni baik je. Tulah anggapan ku........
Hari ni, aku terbaca ruangan pendapat dlm harian metro. Kondem pasal yoga ni. Sume kate yoga ni buruk dan sepatutnya haram. Byk sangat benda yg karut marut yg ada dalm amalan yoga ni. Pulak!!! Mereka kate tahap dua dan tiga je yg haram dan tahap satu boleh ‘diislamkan’ dengan cara mengamalkan zikir ketika senaman tu. Pulak2!!!!!
Aku tak tahu ape yoga ni sebenarnya termasuklah amalan2 nye. Tapi yg aku tahu, yoga ni sejenis senaman yg baik untuk kesihatan. Bagi aku, amalan yg tidak berlandaskan syariat dan hukum Allah itu mesti dihapuskan dan ditolak serta merta oleh orang islam. Kita kene sedarlah perkara yg syirik mirik ni. Kalu tak sedar lagi, pedalamkan lagi agama islam itu sendiri. Agama islam adalah agama yg selamat untuk sume orang. Kalu tak rse, hahaha muhasabah diri. Mesti ada yg something wrong about yr iman and islam.
Bile berfikir(sama dengan tema blog ni) tentang yoga, teringat tentang mak yg menentang aku masuk silat tempoh hari. Lantas aku bertanya, kenapa umi tak bagi masuk. Lantas umiku menjawab, umi takut silat terdapat unsur syirik didalamnya yg kita tidak tahu. Sebagai anak yg baik, aku akur dengan ketidakbagian umi tuk masuk silat. Kemudian, aku berborak2 dengan bdk2 yg belajar silat nilah.
“silat ni terbahagi kepada dua.”kata mereka.
“Apenye?” soalku.
“pertama bahagian fizikal dan keduanya bagian yg batin.” Jawab mereka.
“yg bahagian fizikal tu macam mane dan batin mcm mane lah pulak gayenye?” soalku balik.
“fizikal ni melibatkan buah dan pukulan. Manakala batinnya pulak adalah ajaran sama ada perkara tu sesat atau tidak.” Jawab merka.
“sama ada sesat atau tidak????”
“yelah. Ada setengah silat dia ajar perkara yg puja syaitan dan ilmu tertentu yg x valid sama sekali. Tapi ada setengah silat yg aku masuk ni ajor selawat dan zikir bg memberi pelindungan dari makhluk ghaib seperti jin dan sebgainya.”
Itu saje dialog yg teringat dikepala mase ni. Dialog diatas menyebabkan aku terfikir tentang persamaan antara yoga dan silat. Yelah mane tidaknye, dua2 ada persamaan iaitu yoga dan silat adalah sjenis senaman dan amalan yg sihat. Tapi yg bezanya adalah yoga dah diharamkan tetapi silat belum. Tidak gitu?
Aku sebenarnya amat takut untuk membri pandangan tentang bab ini, tapi apabila memikirkan memberikan ijtihad salah juga mendapat pahala, maka aku nyatakan pandangan ku.
Tidak salah sebenarnya yoga itu jika ritual yg salah itu dibuangkan. Gantikan dengan zikir dan betulkan pergantungan kepada Allah. Dalam perlakuan kita, pastikan kita semakin dekat kepada diri kepada Allah swt.
ALTERNATIF
Setiap yg haram mesti ada penggantinya. Penganti ini Allah pastikan adalah yg trbaik untuk hambanya yg soleh dan sentiasa sujud kepadaNYA. Contohnya, Allah melarang zina, tetapi Allah menghalalkan perkahwinan untuk mengembangkan zuriat. Allah mengharamkan memakan arak dan khinzir tetapi membenarkan makanan daging yg lain dan sebgainya.
Begitu juga dengan perkara yg Allah larang iaitu yoga. Jika ada larangan maka solatlah penggantinya. Solat mempunyai elemen2 yg juga diterapkan dalam amalan yoga. Amalan menenangkan diri menunjukkan solat lebih kedepan dlam soal ni kerana yoga merasai nature tetapi solat merasai kewujudan Allah. Dalam solat juga terkandung amalan yg jika dilakukan dengan betul dan penuh tertib maka orang bersujud akan sentiasa berada dlm rahmat Allah.
Ini disebabkan, solat yg dilakukan dengan betul akan menyebabkan komposisi dan kestabilan posisi badan dikekalkan dan berada dalam keadaan seimbang. Ini membolehkan peredaran darah mengalir begitu lancar dan cmerlang kesulurh badan.ini akan menambahkan kadar oksigen kepada tubuh badan.
Mungkin post kali ini, sahabat2 mungkin tak puas hati dan sebgainya. Perlu diingatkan bahawa manusia ini tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Ini hanya respon aku semata2 dalam hal berkaitan dengan pengharaman yoga ini.
Ingatan lagi, bergeraklah kerana orang yg hidup sahaja akan bergerak. Budayakanlah yg hak itu adalah betul. Fikirkanlah dan cermatilah hidup ini agar dekat dengan Allah swt. Adios.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan