Assalamualaikum wbt……
Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan
rahmat dan pertolongan-NYA, dapat menunaikan solat terawikh pada malam ke 19.
Saya nak bercerita sikit tentang apa yang telah saya alami sepanjang bulan
puasa ni. Insya allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan berpuasa
penuh satu bulan.
Secara ringkasnya, pada bulan puasa kali
ini, saya dengan bersungguh-sungguhnya mengadakan program percuma kepada
penduduk Malaysia bagi mengisi bulan Ramadhan yang mulia dengan ilmu yang bermanafaat.
Alhamdulilah, setelah empat siri, jumlah peserta keseluruhan adalah berjumlah
sekitar 40 orang keseluruhan.
PENULISAN PERSUASIF
Penulisan berpengaruh. Persuasive bermaksud
berpengaruh, memujuk dan sebagainya. Saya merasakan seronok apabila melihat
ramai yang hadir walaupun yang daftarnya ramai, tapi yang hadir alhamdulilah
sekitar 13 orang. Lega kerana melepasi target yang ditetapkan iaitu 10 orang.
Walaupun tak sampai 10 orang, program tetap akan dijalankan.
Jangkaan para audiens adalah untuk belajar
menulis untuk buku, artikel dan sebagainya. Trainer Akademi Sinergi telah
memperkenalkan teknik carta Alir dimana teknik ini berupaya mengatasi mental
block dengan menumpukan kata kunci yang spesifik bagi membentuk ‘aliran
penulisan’ yang terbaik.
Komen peserta? Ramai mengatakan teknik ini
sangat membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka
yang baru menulis hatta yang sudah lama menulis pun menghadapi masalah yang
sama dengan yang baru. Teknik ini sudah lama sebenarnya tetapi diperbaharui
kandungannya agar menjadi suatu yang segar dan menyeronokkan untuk dipelajari.
Semoga mereka yang menyertai penulisan persuasive tersebut dapat menghantar
link blog masing-masing untuk saya baca.
Mesti seronok kan?
PENGUCAPAN AWAM
Program ini yang men’down’kan saya. Peserta
tak sampai 5 orang. Tetapi siapa yang pergi akan tahu betapa seronoknya program
ini. Berinteraksi dengan pelajar asasi UIA, berucap dan memberi penerangan
kepada mereka dalam slot LDK menjadikan saya sungguh happy je. Kalau anda semua
melihat saya disana, mesti tersenyum tengok gelagat saya J.
Keesokkannya, dengan kehadiaran 3 orang,
teori pengucapan awam telah disampaikan secara ‘usrah’ dan santai habis. Memang
sekali imbas memang biasa sahaja, tapi setelah difikir balik, ada juga betulnya
apa yang disampaikan. Contohnya, penggunaan skrip ketika berucap. Ramai orang
mengabaikannya termasuklah saya.
Praktikalnya, ketika bersama anak yatim di
subang pada petangnya. Masya Allah, moga ilmu yang kami diperolehi dibulan yang
mulia ini menjadi penyuluh ke syurga insya allah.
PEMBINAAN MODUL
Program ini banyak orang lama daripada
orang muda. Hehehe. Terbaik. Kebanyakan daripada mereka mempunyai keinginan
untuk menyampaikan apa yang mereka tahu kepada masyarakat. Tetapi mereka tidak
tahu HOW?
Mereka sangat bermotivasi dan positif
walaupun mereka lagi tua berbanding trainer. Teknik 3C yang ditunjukkan dalam
program pembinaan modul ini sangat memberi manafaat kepada mereka yang ingin
membuat modul latihan sendiri. Saya melihat
mereka sangat ceria dan bersemangat. Cuba bayangkan, suasana bilik di Akademi
sinergi riuh-rendah dengan celoteh mereka.
Hari pertama memang agak berat sikit dan
agak memeningkan kepala disebabkan perbincangannya mengenai isi penyampaian
suatu modul. Kami diajar tentang menggunakan surah, dan hadis untuk digunakan
bagi menjadi isi utama dalam pembinaan karakter seseorang. Apa sumber paling
power @ berkuasa untuk mengubah seseorang selain daripada Al-Quran dan Hadis?
Komen mereka kebanyakan mereka sangat
terkejut disebabkan melebihi anggapan mereka. Mereka menganggap bahawa program
percuma akan diperkenalkan pengenalan sahaja, tetapi yang diajar sehingga
mereka dapat membina modul sendiri. Terbaik……
A+ ENTREPRENEURSHIP
Yang sebenarnya, program ini masih lagi
dalam pembinaan. Pada hari tersebut, sekadar melaksanakan apa yang telah disiapkan.
Jika orang pakar yang pergi ke kelas ini, mungkin mereka mengatakan
pengisiannya agak longgar. Itu tidak penting, yang paling penting adalah ketika
praktikalnya.
Kami berniaga tanpa modal. Bagaimana? Ambil
barang secara kredit dan jual. Itu sahaja. Mula-mula ingat susah juga, rupanya
memang susah. Bab berniagalah susah. Memerah idea agar barangan laku keras
ditempat kami berniaga. Barang pun buku-buku dan program-program akademi
sinergi. Walaupun tak dapat apa-apa ( baca: tak laku), tapi kami dapat
pengalaman bermakna. Memang terbaik.
Dalam program free saya ni, bukanlah free. Sebab
elektrik, air dan tempat perlu juga disewa. Minyak kenderaan perlu di tambah
untuk menggerakkan kereta. Cuma sekarang, menyebarkan network dan intelektual
lagi penting daripada duit. Sebab network dan ilmu sahaja yang akan memberi
pulangan duit selain daripada kekuatan dalaman kita. Memang terbaik.
Saya tidak ada duit untuk menyumbang majlis
berbuka puasa. Tapi saya ada tenaga dan masa untuk mengadakan program percuma.
Hari ni, keutamaan saya adalah work without paycheck. Whosshhhh!!!
3 ulasan:
teknik penulisan persuasif memang betul-betul memberi impak kepada saya,dapat menulis dengan baik mengunakan kaedah yang telah diajar oleh encik fazrul.. Alhamdulilah
Alhamdulilah. Saya sebgai penganjur berbangga. Kalau cik dapat jd co-author untuk en fazrul, saya lagi suka. :)
en fazrul ada hasrat menulis satu buku bersama semua ahli di CASIC Writing.tentang Teknik kepentingan menulis jomla menyumbang sedikit idea
Catat Ulasan