Jumaat, Jun 22, 2012

Bermula


Alhamdulilah. Selesai peperiksaan yang terakhir insya allah. Bagaimana dengan exam? Hurmmm, oklah. Boleh lah kalau nak lulus. Nak ‘A’ bagi saya jauh panggang dari api lah kot. Doakan sahaja.

Persoalan yang dihadapi sekarang adalah, apa nak buat selepas ni. Dengan hutang UM masih lagi ada RM350 dan hutang PTPTN 21k. Apa yang akan dibuat oleh abanglong.net lepas ni. Selepas peperiksaan, bermain dengan counter strike hampir 5 jam. Seolah-olah melepaskan geram bermain selepas exam.

Khamis, Jun 21, 2012

Krisis Identiti


Krisis identity?



Bercakap dan bertutur kadang-kadang menggunakan otak sedar dan juga otak bawah sedar.  Kadang-kadang berjaya untuk bercakap fluently dalam KL speaking dan kadang-kadang fluent dlm Terengganu speaking. Hahaha…..

Yang paling menghairankan ialah masuk saje sempadan Terengganu, terus loghat Terengganu menjadi fluent. Kadang-kadang tersasul terkeluar KLnye. Bila berada di KL, kadang-kadang terkeluar Trengganunya. Hahahaha….

Khamis, Jun 07, 2012

Dia yang Terbaik?



“ Dia sepatutnya mendapat perempuan yang lebih baik”. Terkejut aku mendengar lontaran pendapat oleh senior aku berkenaan perkahwinan abang Halim (bukan nama sebenar) yang lebih senior.

“ Kenapa begitu?” soalku.

“ kami mengenali bakal isteri abang Halim itu. Sekali sekolah dengan abang dulu” jawab seniorku dengan bersahaja.

Aku merenung kata-kata tersebut. Pada anggapanku, itu adalah pandangannya. Pandangannya yang berbentuk masa hadapan yang belum kita tahu.

Beberapa persoalan timbul dalam benak fikiranku.

Siapa tahu perempuan tersebut adalah tidak terbaik untuknya?
Bagaimana untuk tahu ‘dia’ adalah yang terbaik untuk aku?
Apa position aku untuk mengatakan bahawa dia bukan yang terbaik untukku?