Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya tengah marah dengan seseorang ( ni pun nak cerita kan
^^, ). Ceritanya bermula apabila terjumpa poster di KPS UM. Poster tu
menawarkan kerja sambilan. Dan dikawasan “sila
hubungi” tu diletak satu nama, no tefon, dan juga pekerjaan orang itu
iaitu motivator dan perunding motivasi.
Saya menghantar mesej kepada no telefon tersebut atas dasar
hendak mencari peluang dan ruang untuk bekerjasama dalam dunia motivasi dan
training. Hendak tahu juga bagaimana syarikat perunding motivasi berfungsi. Dan
atas niat itulah saya menghantar mesej kepada no telefon tersebut.
Tapi malangnya, saya sekali lagi terperangkap dengan bisnes
preview score A. Aduh, memang tak boleh blah macam ni. Secara jujurnya, saya
tidak ada masalah dengan MLM ( bukan maharaja lawak mega). Sebab itu saya masih
boleh menerima keterangan mereka separuh. Tetapi saya tidak boleh menerima
Score A. Kalau produk kesihatan ke atau apa-apa sahajalah, saya boleh terima.
Tetapi saya tidak boleh menerima Score A. Adalah tu sebabnya.
Setelah terasa sedikit tertipu dan menghapus semua persepsi
awal, saya cuba untuk berbuat “cool” dengan mereka. Membuat analysis bagaimana
mereka menarik perhatian macam aku. Waktu tu aku berada di dalam pejabat mereka.
Waktu tu, tak boleh nak kata apa-apa lah. Cara selamat, jawab tak tahu je. Hehehe..
Saya mohon diri nak pulang ke rumah. Selepas bersalaman
dengan semua orang yang ada kat situ, saya turun ke kereta yang saya pinjam (
motor orang lain pinjam). Salah seorang daripada mereka nak berjumpa dengan
saya pada keesokan paginya. Ok lah. Saya sudi meluangkan masa untuk bertemu
dengan mereka sebelum saya bersiap-siap pulang ke rumah ( waktu tu cuti
semesta). Pada ketika itu, saya menawarkan bertemu di tempat yang senang dia
boleh sampai dengan cepat sebab dia
tinggal di Gombak. Tetapi, mungkin dia nak tunjukkan, dia lagi hero daripada
saya, dia nak jumpa saya di Kafe KPS UM. Di tempat saya.
Saya tekankan disini bahawa, 1) dia nak berjumpa dengan
saya. 2) dia berjanji kepada saya pukul 10 pagi. 3) di tempat yang saya senang
untuk sampai tapi mungkin susah untuk dia sampai. Tetapi dia nak juga berjumpa
saya di tempat itu. Saya balas ok untuk ketiga-tiga perjanjian tersebut.
Pada hari berikutnya, dia tak datang. TAK DATANG!!! Kemudian,
dalam pukul 11 pagi, upline dia tefon untuk berjumpa saya pukul 12 tghri di
pejabatnya di Bandar Tasik Selatan. How dare u are. Pastu pulak, Upline dia
teka-teka yang SAYA nak jumpa dengan dia. Pada hakikatnya, DIA yang nak jumpa
saya. Saya cakap, saya tak nak pergi ke situ dah. Sorry. Saya ada banyak hal
lagi nak buat dalam hari tu. Sorry.
Satu lagi yang tersirap darah saya, dah lah dia tak datang, then
saya call dia tak dapat sampai masuk voicemail. Dah telan duit saya walaupun
sikit. Sakit hati betul.
Kemudian, lepas tu dia call saya banyak kali. Saya jenis
yang boleh cool down. Kalau orang buat salah pun tak pe. Boleh dimaafkan. Manusia.
Sesiapa pun boleh buat salah. Saya pun akan buat salah.
Sampai last sekali dia call saya. Saya angkat. Kemudian,
berborak sikit dengan dia. Dia ajak berjumpa lagi macam hari tu. Kemudian, yang
saya terbungkam adalah dia mintak saya belanja dia. Dia buat salah saya belanja
dia makan. Ironinya, orang buat salah dia akan belanja orang lain sebagai tanda
mintak maaf. Ni tak, orang lain yang belanja dia. Owh no.
En Hanif ( bukan nama sebenar, kalau nama sebenar pun korang
bukan tahu pun). Kalau anda membaca artikel saya, saya tolong senaraikan your
mistake bukan untuk awak seorang sahaja tetapi untuk muhasabah saya juga.
1) Bagi no telefon saya dekat orang lain. Nombor telefon
adalah privasi bagi sesetengah orang. Email boleh report spam atau filter. Tapi
telefon mana boleh.
2) mungkir janji. Kalau anda orang biasa tak apa. Tapi anda
mengaku anda adalah perunding motivasi atau motivator. Anda mengaku pulak, anda
personaliti lah. Apa benda lagi yang anda mengaku. Anda telah melanggar prinsip
seorang motivator. Mungkir janji. Bagaimana orang lain nak terima motivasi
daripada seorang motivator jikalau orang macam anda merosakkan reputasi anda.
3) anda menasihati orang lain untuk menghargai waktu, tapi
anda melanggar nasihat anda kepada orang lain. Anda motivator anda patut lebih
tahu daripada saya. Sorry
4) kalau anda tak nak menghargai masa anda sekalipun, tolong
hormati masa orang lain. Bukan semua lapang macam anda.
5) tolong jangan burukkan nama pengedar. Anda sedang
convince seorang new customer. But for first time lagi, anda dah buat hal. Kalau
customer tu pukul rata bahawa pengedar product ini memang tak boleh percaya,
syarikat anda kerugian seorang customer. Ish3.
Sejak hari tu, saya tak angkat call dan balas mesej orang
tu. Malah saya dah tak balas mesej daripada orang yang tak dikenali atau nombor
telefon yang tak dikenali. Sorry.
Kalau nak ikut sakit hati, memang tak nak maafkan. Tapi nak
buat macam mana, manusia. Saya pun manusia juga. Kalau dia buat kesalahan, saya
pun pernah dan akan buat kesalahan juga. No body perfect. Saya maafkan dia
kerana dia manusia. Tapi saya tak boleh maafkan dia sebagai seorang motivator. Saya
tak nak panggil anda untuk joinventure kalau saya ada projek. Nama anda
diblacklist. Sorry. Hahaha...
Abanglong.net
“ I’m Believe”
********* IKLAN ******************* ****************************************************
1 ulasan:
Catat Ulasan