Selasa, Disember 13, 2011

Kisah Aku Nak Marah


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tengah marah dengan seseorang ( ni pun nak cerita kan ^^, ). Ceritanya bermula apabila terjumpa poster di KPS UM. Poster tu menawarkan kerja sambilan. Dan dikawasan “sila  hubungi” tu diletak satu nama, no tefon, dan juga pekerjaan orang itu iaitu motivator dan perunding motivasi.


Saya menghantar mesej kepada no telefon tersebut atas dasar hendak mencari peluang dan ruang untuk bekerjasama dalam dunia motivasi dan training. Hendak tahu juga bagaimana syarikat perunding motivasi berfungsi. Dan atas niat itulah saya menghantar mesej kepada no telefon tersebut.

Tapi malangnya, saya sekali lagi terperangkap dengan bisnes preview score A. Aduh, memang tak boleh blah macam ni. Secara jujurnya, saya tidak ada masalah dengan MLM ( bukan maharaja lawak mega). Sebab itu saya masih boleh menerima keterangan mereka separuh. Tetapi saya tidak boleh menerima Score A. Kalau produk kesihatan ke atau apa-apa sahajalah, saya boleh terima. Tetapi saya tidak boleh menerima Score A. Adalah tu sebabnya.

Setelah terasa sedikit tertipu dan menghapus semua persepsi awal, saya cuba untuk berbuat “cool” dengan mereka. Membuat analysis bagaimana mereka menarik perhatian macam aku. Waktu tu aku berada di dalam pejabat mereka. Waktu tu, tak boleh nak kata apa-apa lah. Cara selamat, jawab tak tahu je. Hehehe..

Saya mohon diri nak pulang ke rumah. Selepas bersalaman dengan semua orang yang ada kat situ, saya turun ke kereta yang saya pinjam ( motor orang lain pinjam). Salah seorang daripada mereka nak berjumpa dengan saya pada keesokan paginya. Ok lah. Saya sudi meluangkan masa untuk bertemu dengan mereka sebelum saya bersiap-siap pulang ke rumah ( waktu tu cuti semesta). Pada ketika itu, saya menawarkan bertemu di tempat yang senang dia boleh sampai  dengan cepat sebab dia tinggal di Gombak. Tetapi, mungkin dia nak tunjukkan, dia lagi hero daripada saya, dia nak jumpa saya di Kafe KPS UM. Di tempat saya.

Saya tekankan disini bahawa, 1) dia nak berjumpa dengan saya. 2) dia berjanji kepada saya pukul 10 pagi. 3) di tempat yang saya senang untuk sampai tapi mungkin susah untuk dia sampai. Tetapi dia nak juga berjumpa saya di tempat itu. Saya balas ok untuk ketiga-tiga perjanjian tersebut.

Pada hari berikutnya, dia tak datang. TAK DATANG!!! Kemudian, dalam pukul 11 pagi, upline dia tefon untuk berjumpa saya pukul 12 tghri di pejabatnya di Bandar Tasik Selatan. How dare u are. Pastu pulak, Upline dia teka-teka yang SAYA nak jumpa dengan dia. Pada hakikatnya, DIA yang nak jumpa saya. Saya cakap, saya tak nak pergi ke situ dah. Sorry. Saya ada banyak hal lagi nak buat dalam hari tu. Sorry.

Satu lagi yang tersirap darah saya, dah lah dia tak datang, then saya call dia tak dapat sampai masuk voicemail. Dah telan duit saya walaupun sikit. Sakit hati betul.

Kemudian, lepas tu dia call saya banyak kali. Saya jenis yang boleh cool down. Kalau orang buat salah pun tak pe. Boleh dimaafkan. Manusia. Sesiapa pun boleh buat salah. Saya pun akan buat salah.

Sampai last sekali dia call saya. Saya angkat. Kemudian, berborak sikit dengan dia. Dia ajak berjumpa lagi macam hari tu. Kemudian, yang saya terbungkam adalah dia mintak saya belanja dia. Dia buat salah saya belanja dia makan. Ironinya, orang buat salah dia akan belanja orang lain sebagai tanda mintak maaf. Ni tak, orang lain yang belanja dia. Owh no.

En Hanif ( bukan nama sebenar, kalau nama sebenar pun korang bukan tahu pun). Kalau anda membaca artikel saya, saya tolong senaraikan your mistake bukan untuk awak seorang sahaja tetapi untuk muhasabah saya juga.

1) Bagi no telefon saya dekat orang lain. Nombor telefon adalah privasi bagi sesetengah orang. Email boleh report spam atau filter. Tapi telefon mana boleh.
2) mungkir janji. Kalau anda orang biasa tak apa. Tapi anda mengaku anda adalah perunding motivasi atau motivator. Anda mengaku pulak, anda personaliti lah. Apa benda lagi yang anda mengaku. Anda telah melanggar prinsip seorang motivator. Mungkir janji. Bagaimana orang lain nak terima motivasi daripada seorang motivator jikalau orang macam anda merosakkan reputasi anda.
3) anda menasihati orang lain untuk menghargai waktu, tapi anda melanggar nasihat anda kepada orang lain. Anda motivator anda patut lebih tahu daripada saya. Sorry
4) kalau anda tak nak menghargai masa anda sekalipun, tolong hormati masa orang lain. Bukan semua lapang macam anda.
5) tolong jangan burukkan nama pengedar. Anda sedang convince seorang new customer. But for first time lagi, anda dah buat hal. Kalau customer tu pukul rata bahawa pengedar product ini memang tak boleh percaya, syarikat anda kerugian seorang customer. Ish3.

Sejak hari tu, saya tak angkat call dan balas mesej orang tu. Malah saya dah tak balas mesej daripada orang yang tak dikenali atau nombor telefon yang tak dikenali. Sorry.

Kalau nak ikut sakit hati, memang tak nak maafkan. Tapi nak buat macam mana, manusia. Saya pun manusia juga. Kalau dia buat kesalahan, saya pun pernah dan akan buat kesalahan juga. No body perfect. Saya maafkan dia kerana dia manusia. Tapi saya tak boleh maafkan dia sebagai seorang motivator. Saya tak nak panggil anda untuk joinventure kalau saya ada projek. Nama anda diblacklist. Sorry. Hahaha...

Abanglong.net
“ I’m Believe”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

1 ulasan:

~ MutiaRa IshraQ ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.