Sabtu, Disember 31, 2011

Warna Warni 2011


Sudah lama sebenarnya tidak meng”update” blog. Walaupun artikel terakhir adalah pada bulan ini, tetapi sebenarnya sudah lebih daripada sebulan saya tidak menulis artikel. Biasalah, saya guna application dalam blogger untuk mengupdate blog dengan menetapkan tarikh bulan ini untuk menerbitkan artikel.

Artikel kali ini, saya ingin menyingkap warna-warna kehidupan saya pada tahun 2011. Memandangkan esok adalah tahun baru 2012, maka buku pada tahun 2011 akan saya tutup. Sepanjang tahun ini, banyak perkara yang berlaku kepada saya. Bagi saya, semuanya best walaupun ada yang sedih. Tetapi saya cuba untuk menyusun tetapi, baik saya imbau secara rawak.



1)      Pada tahun 2011 ini, saya telah meletakkan semua jawatan saya dalam persatuan sama ada PMIUM, PERMATA, KOLEJ dan sebagainya. Pada kesempatan ini, saya ingin meminta maaf jika berlaku sebarang kesalahan sehingga ada yang tergores dari sudut batin, fizikal, rohani dan sebagainya.     

2) Kemudian, saya berpindah ke rumah baru daripada seksyen 17 PJ, ke Pantai Indah dan kemudian ke Pantai Murni. Ada kisah yang menyebabkan saya berpindah randah sebegini, dan kisah ini akan saya kenang sampai ke anak cucu. Hehehe.


3)      Akhirnya, saya sempat menyiapkan thesis saya pada tahun ketiga pengajian. Thesis yang bertajuk, “Kesan Nitrogen di dalam tanah kepada tumbuhan pokok hutan” ini telah berlaku banyak perubahan tajuk sehingga saya sendiri hampir putus asa. Eksperimen walaupun gagal, tetapi hasil data dan juga persembahan berposter mendapat pujian daripada orang industri yang meninjau hasil kajian saya. Huhuhu, terharunya.
nak jumpa orang ni kalau boleh


4)      Berjumpa orang-orang besar dan ulamak-ulamak yang hanya boleh ditengok didalam TV. Apabila berkenalan dengan Bro Shah, Xifu Nasser, Kapten Hafiz, Bilal Philip, Ust Zamihan, Bro Lim dan sebagainya banyak input yang saya terima daripada mereka. Malah saya berjumpa group Akademi Synergi, STC Ustaz Hasrizal, Total Succes dan Infitah Training menyebabkan berlaku banyak perkara menarik dalam hidup saya.


5)      Mengungkap dan membentuk sistem usrah yang baru. Terasa hebat juga bila berada di dalam team tersebut. Melihat proggression adik-adik menyebabkan hati saya terasa tenang dan menyeronokkan.


6)      Motor baru. TBC1670 Modenas CT100 warna purple. Thanx kepada family disebabkan motor ini. Akanku guna sampai 10 tahun. Huhuhu.

7)      Terjun ke dunia pekerjaan. Teringat pesan Naqib, kalau hendak extend, pastikan keluar dengan pengalaman kerja yang lebih daripada orang yang grad pada masanya. Bermula dengan pekerjaan sebagai office boy di sebuah syarikat trading barang teknikal untuk fiber optik (power firedility Sdn Bhd), Rasamas dan Famous Amos menambahkan pengalaman aku. Ketika bekerja di Power Firedility Sdn Bhd, berkawan dengan ramai usahawan melayu yang rata-rata berpendapatan sebanyak lebih 1 juta setahun.

8)      Berkenalan dengan dunia MLM. VEMMA memang di hatiku mungkin sampai bila-bila. Cuma menunggu untuk aktif betul-betul sahaja disitu.

9)      Konvokesyen kawan-kawan memang menggembirakan dan menyedihkan. Gembira kerana dapat berjumpa kembali coursemate tetapi sedih sebab tak grad lagi huwaaa.....

Tu saje kot paparan tahun ini. Sebenarnya ada lagi, contoh pakcik yang belajar sama dengan saya dah berkahwin dengan awek dia yang dah lama kenal, dan sebagainya. Banyak yang tak ingat sebenarnya.

Yang paling gembira adalah apa yang saya buat untuk blog ini. Abanglong.net. Saya mempunyai perancangan untuk blog saya ini. Tak pernah saya melihat blog saya menerima pengunjung seramai itu sebelum ini. Harap selepas ini dapat support blog ini. Hohohoho.

Yang terakhir, saya ingin mengucapkan meminta maaf kepada semua sekali kepada pembaca sekalian jika saya tertulis sesuatu yang tidak jelas dan menyakitkan hati. Teguran anda akan saya jadikan iktibar untuk kita semua.

Dan saya juga ingin berterima kasih kepada semua. Peace Y’all.. huhuhu....

Abanglong.net thanx for all...


********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: