Rabu, November 30, 2011

Kenapa Berblog?


Salam sejahtera.

Blog memang hebat. Kita boleh tulis apa sahaja yang dirasakan boleh tulis oleh penulis yang reti tulis (ayat memang tak boleh blah). Sudah hampir 5 tahun berblog, naik turun dalam dunia penulisan ini memang biasa bagi saya.

Sekadar mengimbas kembali kenapa saya berblog? Pada asalnya adalah saya ingin menulis. Tu je. Tak lebih dan tak kurang. Pada ketika itu, terdetik untuk memiliki blog pabila di ‘inspire’ kan oleh dua orang yang agak rapat time tu. Orang tu adalah Ust Dzulkhairi ( seorang naqib) dan Fahmi Saufi ( sahabat yang sama nama lain bapak). Sememangnya kedua orang ni menggalakkan saya untuk memiliki blog. Memang saya suka menulis.


Sebab kedua adalah, saya suka berkongsi. Berkongsi ilmu, berkongsi kegembiraan dan kesedihan, dan juga berkongsi pandangan yang hebat yang dimiliki oleh saya sendiri ( masuk bakul angkat sendiri). Terdetik untuk menjadi journalist tak rasmi yang menerbitkan semula berita-berita daripada surat khabat malaysia, tetapi itu bukan gaya seorang bernama Fahmi Latif @ abanglong.

Hasil dalam blog ini adalah hasil buah fikiran sendiri. Sama ada orang baca atau tidak, itu lain kira. Mereka berminat atau tidak, itu lain kira. Saya tidak peduli sama ada orang baca atau tidak. Saya suka menulis dan selamanya saya akan buat apa yang saya suka. Buah fikiran dan hasil pembaca itu adalah modal saya untuk menulis. I love writing.

Saya terpingin untuk menjadi seperti JK Rowling. Mencipta kemisterian dalam novel sehingga diterima umum. Mursyid Awang Ramlee seorang yang berjaya dengan minat menulis. Hopefully, saya dapat mencipta ruang kemanisan tinta menulis itu dalam hati setiap pembaca saya sekalian.

Saya ingin anda bijak dengan penulisan saya. Jarang saya menulis dengan ilmu yang mendalam. Tidak pula saya gambarkan saya adalah penulis yang pakar dalam semua bidang. Tidak pula bahasa yang saya guna melambangkan kepuitisan saya ini. Tidak pula tulisan dalam blog ini mewajahkan saya adalah romantika pendamba kasih. Anda boleh kenal diri saya berdasarkan cara saya berfikir.

Saya menulis dengan belajar gaya penulisan orang lain. Pernah menulis bergayakan saifulislam.com (research seminggu). Pernah bergayakan kepuitisan gaya dinsman ( tapi teruk nampak penulisan tersebut, cancel publish) dan pernah juga meniru gaya blogger yang sedang mencapai pengikut 1000 followers. Ya, meniru juga kelebihan saya. Mungkin lepas ini, perlu berfikir gimik untuk blog. ( abanglong tu dah ok kot. Tapi tengok lah).

“ 5 tahun berblog? Dah berapa dapat income?” pertanyaan seorang kawan yang baru memasuki dunia blogger. Saya faham apa yang dimaksudkan oleh beliau dan kawan-kawan yang lain. Dan seringkali saya mengelakkan untuk menjawab soalan mereka. Tetapi sering tak dapat mengelak, terpaksa menjawab “ kosong”. Kehairanan bin keajaiban bagi mereka. Seorang yang berada dalam dunia blog selama hampir 5 tahun, tapi tak mampu menjana sebarang income.

Oh, saya tidak aggresif. Ya betul, kurang aggresif sebenarnya. Dan kalau diikutkan pun, keyword yang berada dalam blog ini pun adalah soal pendidikan, idealistik dan juga berkenaan al quran. Ini saya keyword rich yang ada dalam blog ini. Tapi peduli apa. Asal saya boleh menulis. Sudah cukup puas.

Mungkin untuk penambahbaikan blog, saya kena beli kamera. Supaya gambar adalah original daripada diri sendiri. Bukan copy paste daripada gambar web orang lain. So, tujuan saya berblog adalah untuk menulis. Terima kasih...

Abanglong.net
“ bahagia dengan menulis”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

2 ulasan:

Naz genetik berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Naz genetik berkata...

i love writhing too n i dunt care if people read or not my entry=)..tp entry saya x de la sehebat dan sevalue entry anda =)..i just wrote what i think=