Selasa, November 22, 2011

Go Go Go Harimau Muda

Assalamualaikum wbt...


Sebelum meneruskan kata-kata, saya ingin meminta maaf kepada pembaca semu disebabkan kekangan masa, saya jarang untuk menghupdatekan blog saya ini. Biasanya, orang akan kata, sudah bersarang sudah blog aku ni. Tu orang lain kata lah. Saya tak kata macam tu. J

Alhamdulilah, semalam baru mendengar berita baik iaitu kemenangan Malaysia dalam perebutan pingat emas sukan SEA 2011. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dengan sepakan penalty. Bermakna, kali kedua dalam tempoh 30 tahun, Malaysia menang dengan Indonesia dengan sepakan penalty.


Saya cuba untuk mengomen sikit permainan Malaysia. Saya bukan orang yang pakar dalam permainan bola sepak, tetapi sedikit sebanyak daripada pembacaan saya dalam arena bola sepak, saya sudah boleh menganalisis sedikit sebanyak permainan Malaysia melawan Indonesia.

Secara keseluruhan, saya tidak berpuas hati dengan tahap tumpuan dan juga tahap tenaga yang ada didalam pasukan Malaysia. Nampaknya, latihan dan pertapaan di bumi Slovakia telah menjana suatu impak yang agak besar terhadap pasukan muda Malaysia secara kesuruhan. Walaubagaimanapun, tahap pemain muda Malaysia sehingga 70 minit perlawanan. Selepas itu, Malaysia banyak menyimpan tenaga dengan cara bertahan.

Saya menghormati kelibat pemain seperti Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Zubir dan Mahali dibenteng pertahanan Malaysia. Mereka keep focus on the ball dan berjaya mengawal pergerakan pemain lawan dengan baik. Untuk pertahanan mereka terbaik. Teknik mengekang lawan mereka juga sangat baik dengan tackle bersih dan juga teknik clearance. Yang paling penting adalah tahap persefahaman antara barisan banteng pertahanan perlu ditingkatkan lagi disebabkan beberapa kesalahfahaman antara mereka boleh menyebabkan Malaysia hamper kalah.

Kalau kira 5 bintang untuk markah penuh, saya bagi 4 bintang. Hehehe...

Untuk bahagian tengah, sangat jelas, kita kekurangan orang yang boleh bergerak pantas dibahagian tengah. Kebanyakan daripada pemain tengah Malaysia, adalah defend midfielder. Kerana cirri-ciri yang penting untuk bahagian tengah adalah mampu merancang arah bola dan mampu menyimpan bola dikaki. Itu sangat jelas terdapat dalam Badrul Bakhtiar. Kalau dia tak waste time dengan jatuh ditengah padang, mungkin impact dia lebih lagi.

Defend midfielder akan membentuk layer sebelum benteng pertahanan dimana kalau dalam keadaan biasa, pemain lawan akan berhadapan dengan DM dulu barulah defender. Kelebihan Malaysia dalam barisan tengah adalah kecepatan membaca arah bola dan  memotong hantaran lawan jika mereka focus. Selepas mendapat bola, mereka akan buat counter attack yang cukup berbahaya melalui pemain sayap terutama shahrul, wan zack dan izaq.

Itulah permaianan Malaysia yang sangat jelas dilihat. Kebanyakan gol penting Malaysia terhasil daripada counter attack. Gol melawan Indonesia, Myammar, dan Indonesia. Cuma kena pastikan pemain Malaysia tenang ketika mendapat bola. Kalau itu berjaya diatasi, impact serangan Malaysia lebih baik.

Sayap Malaysia, saya kira ok disebabkan ada jaringan Malaysia berasal daripada serangan disebelah sayap. Sayap Malaysia laju dan mampu menjana serangan yang baik dari tepi.

Tahap hantaran di barisan tengah baik jika mereka bertenaga, tetapi agak mengecewakan jika mereka letih. Persefahaman mereka agak longgar, sehingga tidak tahu kemana hantaran tersebut dilakukan terutama di 20 minit terakhir. Tidak seperti mana hantaran bertenaga di awal babak permainan. Mungkin selepas ini, mengharapkan akan ada corak latihan yang boleh meningkatkan stamina pemain kita.

Barisan penyerang jelas tumpul, kurang kreatif dan seolah-olah teragak-agak bila ingin melancarkan serangan. Kemungkinan kekurangan pengalaman dalam menghadapi tekanan ketika berada di dalam kotak penalty lawan. Andaikata, pengalaman ditingkattkan, mungkin sense untuk menjaringkan gol dan mencari peluang dan ruang untuk menjaringkan gol mungkin meningkat. Kadang-kadang, skill menjadi penentu peluang setiap penyerang. Mungkin saya ingin tekankan pasal individual skill pada setiap penyerang Malaysia.

Secara keseluruhan saya terhibur dengan persembahan Malaysia. Saya cukup kagum dengan peningkatan Malaysia dalam beberapa siri sebelum ini. Tingkatkan penguasaan bola dan corak hantaran. Belajar bagaimana untuk menyimpan bola di kaki. Berani untuk mengawal bola. Ini adalah proses pembelajaran pemain yang perlu ada pada anda sebagai pemain.

Peminat bola seperti saya, adalah orang ingin melihat peningkatan yang berterusan daripada pemain Malaysia. Saya menyokong anda, sehinggalah anda menyalahi peraturan seperti doping atau rasuah. Kalau itu berlaku, anda akan saya kutuk habis-habisan. Sori. Ini adalah amaran saya untuk kebaikan bola sepak Malaysia. Adios Harimau Malaya melawan Syria nanti. Go go harimau muda......

Abanglong.net.
Gogogo harimau muda... [nyanyi macam lagu power rangers]

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: