Ahad, Oktober 16, 2011

RM2000 sebulan ke RM2000 Setahun


“ Jika kamu mempunyai RM2000, berapa lama boleh habis duit itu?” tanya seorang penceramah.

“ RM2000? Errrmmm, 4 – 5 bulan....” Jawapan dengan nada yang teruja.

Riuh satu dewan dengan bunyi hilai ketawa orang yang menghadiri sesi ceramah tersebut.

“ Erkkk..... Saya salah sebut ke?”

“ Kalau kamu nak tahu, RM2000 tu orang lain akan habiskan dalam masa sekejap sahaja.”


Bermula pada hari itu, saya sudah mengatakan tidak pada bisnes yang memerlukan modal harga RM2000. Saya perlukan membuktikan, modal sekadar RM50- RM342 pun boleh berjaya seperti bisnes yang lain. Saya perlu buktikan, bisnes tanpa premis kedai pun boleh berjaya. Itulah pembuktian yang perlu saya capai.

Apabila saya bercerita tentang kisah ini kepada seseorang tersebut. Jawapannya mudah, “ jangan membanding kehidupan student dengan kehidupan seorang exclusive yang berjawatan tetap”. Kami tergelak sama-sama.

Sesiapa yang ingin belajar berjimat, belajarlah daripada pelajar yang hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN atau yayasan negeri. Itulah mereka yang anda perlu cari.

Frasa diatas mungkin kena buat pada masa ini. Mereka berfikir bagaimana untuk menggunakan duit sebanyak RM2000 di dalam kota metropolitan selama 4 – 5 bulan. Bayangkan anda melalui perkara yang sama.

Saya selalu menekankan penggunaan log keluar masuk duit. Darimana anda mendapat duit dan sebagainya. Antara sebabnya adalah, anda akan tahu dimana duit anda mengalir keluar dan masuk. Anda akan tahu dimana anda boleh berjimat dengan duit yang ada dan anda akan tahu betawa susahnye jika simpanan tidak mencukupi.

Seorang student sangat pandai berjimat. Makan hanya sekali sehari, tidur dirumah yang berkongsi ramai orang dan membeli barang keperluan pada harga diskaun dalam kuantiti yang boleh bertahan selama beberapa bulan.

Bagaimana dengan anda? Anda boleh melakukan perkara yang sama seperti diatas? Fikirkan.....

Abanglong.net
“ Hidup Biar Sedap”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: