Akhirnya, hayat saya bersama RASAMAS berakhir hari ini, terima kasih kepada RASAMAS kerana memberikan persepsi penting terhadap pekerjaan.
Setakat yang saya survey, RASAMAS memberi gaji yang paling rendah iaitu RM28 sehari. Hampir sebulan berada di RASAMAS, saya mula mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan yang saya belajar sewaktu cuti.
Beberapa matlamat saya ketika berada dalam RASAMAS telah tercapai
KAEDAH MEMULAKAN PERBUALAN DENGAN CUSTOMER
Bagi saya yang kurang bercakap, ini adalah perkara yang paling susah untuk dikikis buang. Berat untuk memulakan perbualan. Walaupun ada lagi infearity complex ( harap betullah ejaan tu) @ fear factor tersebut, sedikit sebanyak saya mampu untuk berhadapan dengan orang dengan muka gembira walaupun hati sedih ( sebab selalu buat kesalahan).
Saya selalu memulakan perbualan dengan pelanggan sebelum mengambil order dengan bertanya tujuan berada di Midvalley Mall. Kadang-kadang, saya bertegur sapa dengan anak-anak pelanggan sambil mempromosikan kids meal yang mempunyai air kotak ribena. Ramai yang suka dengan pendekatan saya dan mereka beroleh keceriaan sewaktu makan-makan di RASAMAS.
MERASAI PENGALAMAN BEKERJA SENDIRI
Bekerja mengikut jam ibarat bekerja sendiri. Anda diberi gaji berapa jam anda boleh berkhidmat. Cuba bayangkan, saya bekerja separuh mati pada hujung minggu untuk membuktikan kepada diri sendiri bahawa pekerjaan itu lebih susah daripada belajar!
MENGAWAL KEMARAHAN SENDIRI
Belajar mengawal kemarahan lebih susah sebenar berbanding ketika belajar. Di RASAMAS, customer is always right dipraktikkan. Kena marah, kena jawab dengan senyuman. Adusss....
MANAGER YANG BERJIWA HOLISTIK
Pengurus RASAMAS tempat saya bekerja disini adalah pengurus yang amat fleksible dan holistic. Dia tidak menegur orang yang membuat kesalahan directly tetapi menegur sambil bergurau dan mengawal pergerakan para pekerjanya mengikut kesesuaian pekerjanya. Bagi saya, dia adalah orang yang memahami orang pada tingkah laku seseorang. Sememangnya seorang pengurus yang berpengalaman.
Dan banyak lagi sebenarnya.
Alhamdulilah, saya sudah beberapa hari di FAMOUS AMOS, tidak seperti RASAMAS, pengurus dan pekerja bawahan sangat jauh perhubungannya. Jadual pula tidak fleksible dan kadang-kadang menyakitkan hati. Setakat ni, saya masih lagi belum menemui sebab untuk enjoy di FAMOUS AMOS.
Setakat itu sahaja kisah saya pada kali. Jumpa lagi di lain masa... adiyos....
Abanglong.net.
“ sudah sampai masa, berniaga”
********* IKLAN ******************* ****************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan