Rabu, Oktober 12, 2011

Bakal Isteri Ku


“ Bisnes seperti isteri kita” saya menimbulkan satu perumpamaan kepada sahabat saya.

Terangkat kening sahabat saya pabila mendengar ungkapan itu daripada saya.

“ ye ke? Tak semestinya” tersenyum saya bila mendengar dua ungkapan biasa itu.

“ bila bab memilih isteri, apa antara syarat yang perlu ada?” Saya cuba untuk menguji pengetahuan.


“ Solehah? Sekufu?”

Tepat sekali sekufu. Suami isteri perlu sekufu @ serasi bersama untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Begitu juga dengan bisnes, kita perlu serasi dengan bisnes kita sendiri. Kenapa perlu sekufu @serasi dengan bisnes sendiri?

Jawapannya adalah, mengelakkan anda menjadi bosan. Pada permulaan berbisnes, memang anda tidak merasa bosan seperti saya membuat VEMMA, tetapi, pada akhirnya anda akan tahu betapa anda akan merasa bosan akan jenis bisnes seperti ini kerana ini bukan “isteri” anda yang anda kehendaki.

So, tanya diri sendiri, apa cita-cita sewaktu kecil dahulu. Sebagai contoh, saya berminat kepada penulisan, kajian dan juga bisnes. Maka, bisnes yang sesuai adalah bisnes penerbitan buku, printing dan segala berkaitan dengannya. Itu saya. Anda pula bagaimana?

Itulah isteri saya nanti. Isteri yang mampu membahagiakan saya dan mampu untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri. Isteri yang mampu membuatkan saya tersenyum sentiasa dan mampu membuatkan terlepas daripada belenggu masalah saya sekarang.

Itulah bakal isteri saya.....

Abanglong.net
“ Hidup Biar Sedap”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: