“ Dah ada awek?”
Rabu, Oktober 26, 2011
Jumaat, Oktober 21, 2011
Bye RASAMAS, Hi Famous Amos
Akhirnya, hayat saya bersama RASAMAS berakhir hari ini, terima kasih kepada RASAMAS kerana memberikan persepsi penting terhadap pekerjaan.
Setakat yang saya survey, RASAMAS memberi gaji yang paling rendah iaitu RM28 sehari. Hampir sebulan berada di RASAMAS, saya mula mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan yang saya belajar sewaktu cuti.
Beberapa matlamat saya ketika berada dalam RASAMAS telah tercapai
Ahad, Oktober 16, 2011
RM2000 sebulan ke RM2000 Setahun
“ Jika kamu mempunyai RM2000, berapa lama boleh habis duit itu?” tanya seorang penceramah.
“ RM2000? Errrmmm, 4 – 5 bulan....” Jawapan dengan nada yang teruja.
Riuh satu dewan dengan bunyi hilai ketawa orang yang menghadiri sesi ceramah tersebut.
“ Erkkk..... Saya salah sebut ke?”
“ Kalau kamu nak tahu, RM2000 tu orang lain akan habiskan dalam masa sekejap sahaja.”
Rabu, Oktober 12, 2011
Bakal Isteri Ku
“ Bisnes seperti isteri kita” saya menimbulkan satu perumpamaan kepada sahabat saya.
Terangkat kening sahabat saya pabila mendengar ungkapan itu daripada saya.
“ ye ke? Tak semestinya” tersenyum saya bila mendengar dua ungkapan biasa itu.
“ bila bab memilih isteri, apa antara syarat yang perlu ada?” Saya cuba untuk menguji pengetahuan.
Selasa, Oktober 04, 2011
Strategi Ideal
“ Jutawan bukan orang yang mempunyai wang sejuta, tetapi orang yang mempunyai lebihan wang sejuta” Tegas xifu saya.
Saya tergelak untuk menghidupkan keadaan. Rakan saya disebelah pun tergelak. Ternampak senyum terukir di bibir. Saya tidak tahu, senyuman itu ikhlas atau tidak. Tetapi saya anggap itulah senyuman terbaik dalam suasana kami ketika itu.
Pertemuan saya dengan xifu saya mengembalikan memori saya ketika sesi ‘brainwash’ dahulu. Sambil bercerita tentang memori indah bersama, sambil tergelak. Itulah kehidupan manusia, selalu manis ketika bersama-sama dengan manusia lain.
Langgan:
Catatan (Atom)