Jumaat, Ogos 19, 2011

Rich Dad Poor Dad



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, saya sedang membina satu ebook berkenaan network marketing. Doakan saya dapat menyiapkan ebook tersebut dengan cepat tanpa perasaan malas-malas ^_^.

Alhamdulilah, sekarang saya sedang untuk menghabiskan buku Rich Dad Poor Dad karangan Robert Kyosaki. Walaupun baru sahaja menghabiskan buku tersebut secara scan, tetapi banyak input yang boleh dikutip daripada penulis buku ini. Terutama sekali, satu ayat yang saya anggap agak kontroversi iaitu “ if you want to be rich, don’t go to school”. Kontroversi gila ayat ini.


Sepanjang hidupnya, dia berjumpa dengan 2 orang ayah iaitu ayah kandungnya dan ayah angkatnya. Kedua-dua mempunyai perwatakan yang berbeza dan cara berfikir yang berbeza berkenaan hidup dan wang. Ayah kandungnya menyuruhnya agar bersekolah, mendapat result yang baik, pergi ke university, mendapat ijazah dengan grad yang baik, kemudian dapatkan kerja yang baik dan bersara dengan pekerjaan tersebut. Hidup makan gaji. Ini adalah pengajaran yang biasa diterapkan oleh mana-mana ibu bapa didunia sejak dahulu hingga kini.

Ayah angkatnya adalah seorang yang tidak lulus grad lapan ketika besekolah dahulu (macam pmr lah kalau ikut Malaysia). Tetapi beliau berhasil menjana pendapatan jutaan ringgit setiap bulan. Ayah angkat inilah mengajar Robert berkenaan pengawalan wang ditangan untuk menjadi multimillionaire person. Berdasarkan ajaran ayah angkatnya lah, dia mengeluarkan prasa ayat “kalau anda ingin kaya, jangan pergi ke sekolah”.

Beliau pernah bekerja dan beliau menimba ilmu disitu sebagai seorang pekerja. Walaupun makan gaji, jauh disudut hati, beliau tahu bahawa untuk menjadi seorang jutawan, dia memerlukan pengawalan cash flow yang baik. Maka disitu dia memulakan apa yang dia belajar daripada ayah angkatnya dan akhirnya dia memiliki syarikat multimillionaire dalam keadaan dia still lagi menjadi pekerja.

Akhirnya dia berhenti kerja untuk menubuhkan institusi yang mengajar orang lain untuk menjadi kaya seperti dia.

Buku terbaru daripada beliau adalah business for 21st century. Buku berkenaan network marketing. Kalau anda ingin membetulkan kesalahfahaman tentang network marketing, sila dapatkan buku tersebut.

“melahirkan jutawan muslim”
Abanglong.net

********* IKLAN ******************* ****************************************************

2 ulasan:

Unknown berkata...

menarik ayat tu....trtanya2 apa maknanya

AHMAD FAHMI berkata...

menarik ayat apa saiazuan?