Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia. Di dalam bulan inilah, Al-Quran mula-mula diturunkan. Bulan ini juga adalah satu-satunya bulan yang difardhukan kepada kita oleh Allah swt, berpuasa sebulan dan pada bulan ini jugalah berlakukan LailatulQadar dimana lebih baik daripada 1000 bulan.
Allah memuliakan Ramadhan dengan penggandaan ganjaran dimana hadis nabi menyebut, permulaan adalah rahmat, pertengahan adalah pengampunan dosa dan pengakhiran adalah terlepas daripada api neraka (hadis).
Disebalik kemuliaan Ramadhan yang diberikan oleh Allah swt, terdapat sebahagian daripada kita menjadikan Ramadhan sebagai pesta makanan dan juga sebagai petanda kepada kedatangan Hari Raya AidilFitri. Bazar Ramadhan ada dimana-mana. Setiap ceruk kampung pasti akan ada Bazar Ramadhan. Hakikatnya, jika ada Bazar Ramadhan, semakin sukar untuk kita berjimat.
Disini saya sertakan tips berjimat pada bulan puasa:
Tips 1:
Antara juadah nabi ketika berbuka puasa adalah memakan kurma, dan juadah ringan yang lain serta meminum susu dan juga air zam-zam. Kemudian, nabi bersolat sehingga witir. Kalau anda dapat ikut, dapat berjimat dan dapat kurus.
Tips 2:
Berbuka ramai-ramai dimasjid. Kumpul duit sedikit, masak dan berbuka beramai-ramai dimasjid.
Tips 3:
Tetapkan hanya sekali seminggu untuk berbelanja di Bazar Ramadhan.
Tips 4:
Bersahur bersama keluarga di rumah. Seperti sedia maklum, memasak sendiri lebih menjimatkan berbanding makan di mana-mana kedai makan. Tetapi kalau pelajar university biasanya bersahur dengan kurma 3-4 biji dan minum air milo. Lagi jimat.
Tips 5:
Pastikan merancang ketika hendak bershopping. Ini perlu untuk memudahkan anda mencari barang di Pasaraya dan juga untuk melebehi ‘bajet’ yang anda peruntukkan.
Tips 6:
Hadkan perbelanjaan dengan membawa wang tunai yang sedikit. Ini akan memupuk sikap ‘mementingkan yang utama’ ketika berbelanja harian.
Tips 7:
Didik anak-anak anda supaya berjimat di Bulan Puasa ini. Pastikan kita mendisiplinkan anak-anak supaya menabung sekurang-kurang 50% daripada elaun harian yang diberi. Sediakan tabung untuk anak anda dan letakkan di tempat yang mudah untuk dilihat oleh anda dan anak-anak anda. Sebenarnya antara faktor anda berlebihan dalam berbelanja adalah disebabkan anak anda.
Sekian sahaja tips yang saya ingin kongsikan. Hopefully, anda dapat menyimpan lebih dalam bulan puasa ini. Sekian terima kasih.
“Melahirkan Jutawan Muslim”
Abanglong.net
********* IKLAN ******************* ****************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan