Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Adik saya dah bertanya, kawan-kawan dah bertanya.
“Kenapa ko tetiba tukar jadi abang long?”
Bagi saya ini adalah nama pena untuk saya sendiri. Malah sebagai seorang anak sulung dalam family mak dan ayah saya, ayah saya juga dipanggil abang long sebab mak saya dipanggil kak long, so apa salahnya saya mengetengahkan nama pena abang long untuk menjadi trademark saya.
Pelik sikit bila kawan-kawan tanya “bila ko sertai pekida?”. Apa benda pulak ni? Sejak bila pulak isu ini timbul? Logo pulak ada warna merah, kuning, dan hijau. Sah ko fahmi, pekida? Erkkkk....
Maafkan saya jika isu ini menjadi perbualan “penambah dosa” anda. Maafkan saya jika logo menggunakan warna lampu isyarat. Saya akan ubah warna logo selepas ini. Insya allah.
Ok, taknak panjang-panjang. Abang long adalah mewakili diri ini seorang anak lelaki pertama dalam keluarga. Kalau perempuan, panggil kak long. Kalau anak tengah, mungkin abang ngah dan sebagainya.
Disini tidak ada kaitan pekida. Blog ini bercerita tentang perkaitan antara bisnes, dakwah dan mentor. Maafkan saya jika khilaf yang saya tidak ketahui. Terima kasih...
“melahirkan jutawan muslim”
Abang Long
Tintamenulis.blogspot.com
********* IKLAN ******************* ****************************************************
1 ulasan:
hahaha..wane trafik light pulak..kui3 ;D
Catat Ulasan