Khamis, Februari 24, 2011

APA SALAH DIA?


Apakah salah dia?

Salah dia adalah anak ahli PAS.


Apa lagi kesalahan dia?

Dia adalah calon Pro-M.


Ada penambahan kesalahan?

Dia hilang waktu pilihanraya kampus.


Disebabkan dia anak ahli PAS dan calon Pro-M, orang mengatakan maknya menggunakan diri dia sebagai ahli PAS untuk berkempen untuk dia.


Kerana dia anak ahli PAS dan calon Pro-M, dikatakan oleh utusan malaysia melalui kenyataan presiden persatuan alumni mahasiswa aspirasi malaysia, mak dia menganjurkan solat hajat perdana untuk dia dan sekligus berkempen untuk dia.


Kerana dia anakahli PAS dan calon Pro-M,kehilangannya dikatakan direka-reka. Antara alasan adalah keluarga tidak menangis dan sedih atas 'penemuan' selepas kehilangan.


Maafkan saya jika saya meng 'highlight' kan perkataan anak ahli PAS dan calon Pro-M. Itu pandangan saya sahaja. Boleh suka hati ditolak dan diterima. Tetapi persoalan yang saya ingin lontarkan.


Bagaimana jika dia adalah ahli UMNO seumur hidup, dan Calon Aspirasi ( GERAK)? Maknya membuat perkara yang sama seperti di atas? Adakah utusan akan melaporkan perkara yang sama atau pun akan dikaburkan dengan bahasa yang lebih 'manis'? Adakah senario yang sama akan dilalui?


Saya bukan penganalisis poiitik kampus. Saya juga bukanlah pendokong kuat Pro-M. Hanya penyokong dari jauh yang biasa sahaja. Mungkin anda akan berkata bahawa saya adalah 'bias'. Itu terpulang kepada pemikiran anda untuk menilai penulisan saya. Disini saya hanya pembuka persoalan sahaja. Tidak ingin menjawab mana soalan diatas.


Tetapi, pendapat manusiia tetap 'bias' termasuklah akhbar tempatan. Alangkah bodohnya mahasiswa jika hanya menerima bulat-bulat apa yang ditulis oleh manusia. Selain sahabat dan para tabiin, kata manusia zaman sekarang memang susah untuk dipercayai.


Teringat satu surah dalam surah alhujurat “ jika datang kepada mu orang fasik yang membawa berita, maka selidikilah agar kamu tidak berlaku zalim”


bagaimana sifat dan sikap sahabat-sahabat nabi yang terdahulu ketika membawa berita? Saya tinggalkan persoalan ini untuk discussion nanti. Maafkan saya jika penulisan ini menyinggung mana-mana pihak.


Lateral maksima................... berdakwah secara berhikmah.....................................

1 ulasan:

moja mojako berkata...

huhu~

unexpected the unexpected..