Isnin, Februari 07, 2011

Think End In Mind (1)


Apa basic yang diperlukan orang untuk memimpin? Usaha keras? Perhubungan? Pengikut yang ramai? Atau kemampuan untuk membuat keputusan? Apa jawapannya.

Dalam permainan bola sepak, terdapat 22 pemain bermain di dalam sebuah padang. Terdapat 2 orang pengurus pasukan dan beberapa orang jurulatih. Termasuk 10 orang lagi pemain simpanan. Terdapat 4 orang pengadil dan beribu-ribu orang menjadi penonton dan tukang sorak. Pengadil membunyikan wisel dan permainan bermula.

Bola ditendang kesana kesini. Sekejap hujung padang kanan dan kemudian hujung sebelah kiri. Kemudian bola berlegar-legar ditengah padang. Beberapa orang pemain membuat skill dan mengelecek diiringi sebahagian daripada penonton bersorak. Pelik permainan mereka. Mereka bermain dan terus bermain sampai hujung padang sana, terpaksa patah balik kebelakang. Mengelecek lagi beberapa orang dan akibat letih, tidak dapat mengawal bola dengan baik lalu terlepas kepada pihak lawan.

Penjaga gol masih sempat untuk menghisap rokok sambil bermain takk kejjor dengan penjaga gol pihak lawan. Gembira mereka dengan permainan mereka tersebut. Apabila sepakan penjuru, mereka bukan menghantar ke kawasan penalty lawan, tetapi menghantar ke kawasan penalty kawasan sendiri. Pembaca semua, apa yang pelik dalam permainan ini?

Sebenarnya, apa yang pelik dalam permainan ini adalah tiada gawang atau tiada tiang gol. Mereka tidak tahu kemana hujung setiap serangan yang dilakukan. Penonton tidak tahu bersorak disebabkan apa. Maka disitulah diletakkan gol. Iaitu matlamat perjuangan. Tiada gol tiada kemenangan dan tiada gol, tiada sorakan penonton. Segala-segalanya hidup jika ditambahkan gol sahaja. Semuanya bermakna.

Semua bermakna dengan ada matlamat. Serangan sudah tahu tujuannya. Penjaga gol sudah tahu peranannya, tiada lagi bermain takk kejjor lagi. Penyerang mula berperanan dan pertahanan tahu tugas mereka. Segalanya tersusun dan teratur jika ditambah gol disetiap hujung padang. Dan sorakan penonton yang paling bermakna adalah GGGGGGGGGGGGOOOOOOOOOOLLLLLLL!!!!!!!!

Itulah dia senjata seorang pemimpin. MATLAMAT. Ada matlamat jangka panjang iaitu mengekalkan tempat teratas dalam carta liga atau memenangi piala. Ada matlamat jangka sederhana iaitu menang permainan. Dan ada matlamat jangka pendek iaitu menjaringkan gol. Wajib ada matlamat.

Ini yang dikatakan kuasa matlamat. Semua orang akan berjaya jika ada matlamat. Dan matlamat yang paling besar adalah matlamat yang dipegang secara bersama sepertimana sepasukan bola sepak. Sepasukan bola sepak sangat menghargai setiap gol yang dapat dan sebolehnya tiada bolos untuk mencapai matlamat jangka panjang secara bersama. Bekerjasama dan menempuh cabaran secara bersama. Itulah matlamat bersama dan yang paling utama.

Maka kawan-kawan, jom kumpulkan semua orang dan nyatakan matlamat bersama semua orang. Dokong matlamat bersama-sama hingga semua orang bersama-sama berjaya. Pokoknya adalah matlamat bersama dan bekerja bersama.

Lateral maksima................ bersama menjayakan matlamat bersama...........................................

Tiada ulasan: