Ahad, Mac 06, 2011
Habit 2: Pengaruh Prinsip
Assalamaualaikum...........
Apa itu prinsip? Apa beza pulak dengan nilai? Tertarik dengan kata-kata seorang senior.
“ politik baru sekarang adalah politik nilai. Orang sekarang melihat nilai bukan lagi idealogi pegangan parti..”
Saya makin tidak faham. Apa politik nilai yang dimaksudkan? Adakah nilai ini bermaksud semua perkara yang berharga termasuk perhubungan dan juga wang? Begitukah yang dimaksudkan dengan politik wang?
Saya masih lagi membaca 7 habit. Yang menarik adalah, R Covey menekankan tentang principal centred @ pusat prinsip. Apa pulak pusat prinsip dan apa perkaitan dengan persoalan yang tidak dijawab diatas. Kita rungkai satu-satu.
Setelah kita berbincang tentang matlamat, maka kita pelukan sesuatu untuk perlaksanaan. Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Ada orang menggunakan arahan ‘keluarga’ untuk mencapai matlamat. Adakah orang menggunakan arahan ‘kerja’ ataupun ‘bos dan pekerja’ untuk mencapai matlamat. Ada juga menggunakan arahan ‘ masjid’ atau jawatan dalam institusi keagamaan untuk mencapai matlamat sendiri ( maka dengan ini banyak sekali ajaran sesat hanya disebabkan ini semata-mata).
Maka pada pendapat anda semua, yang mana dapat mencapai matlamat yang paling adil untuk semua? Jawapannya adalah prinsip. Mengapa prinsip? Disebabkan setiap manusia mempunyai prinsip. Sekurang-sekurangnya adalah prinsip menghormati orang lain. Setiap orang mempunyai prinsip yang tersendiri. Mungkin anda semua tidak bersetuju dengan kenyataan diatas. Tetapi percayalah, prinsip adalah sumber kekuatan yang paling ampuh untuk mencapai matlamat especially pendakwah.
Kita rungkaikan satu-satu pusat pengaruh diatas. Di dalam keluarga, orang yang paling berpengaruh aalah ibubapa. Sememangnya arahan daripada ibubapa wajib untuk dipatuhi, tetapi sampai bila? Malah dalam hal agama pun, jika suruhan ibubapa tersebut menjurus kepada maksiat, wajib ditentang suruhan tersebut. Maka disinilah kelemahannya.
Jika mengambil pengaruh pejabat, maka akan berlaku masalah jika berlaku diluar pejabat. Dan jika based on institusi keagamaan, bagaimana pulak dengan orang yang tidak mempunyai agama.? Jadi yang tinggal adalah prinsip. Semua orang menerima prinsip. Dalam prinsip terdapat nilai yang baik yang semua orang menerima. Contoh adalah menghormati ibu bapa, mungkin ada suruhan ibu bapa yang menjurus kepada maksiat, tetapi dengan prinsip menghormati ibu bapa ini, kita cuba untuk memahamkan ibu bapa tentang prinsip kita yang tidak melakukan maksiat. Cuba untuk menerangkan sebaik mungkin kepada ibu bapa tentang prinsip yang kita pegang. Malah ibubapa akan merasa senang disebabkan kita masih lagi menghormati mereka sebagai ibubapa.
PRINSIP = ISLAM
Islam adalah prinsip. Siapa setuju?( “boleh angkat tangan mcm saya” ujar usop dlm cerita hantuk kak limah balik rumah). Banyak sekali ajaran islam adalah prinsip. Prinsip kesucian diri, prinsip dalam bersosial dan sebagainya. Ini semua diajar dalam islam seluas-luasnya. Saya cukup tertarik dengan jawapan yang diucapkan oleh pelakon utama lelaki dalam Ketika Cinta Bertasbih (KCB) tentang prinsip kesucian diri.
Inilah yang saya ingin tekankan kepada pendakwah diluar sana. Ramai orang masih lagi belum dapat menerima islam. Tetapi mereka masih belum hilang akal untuk tidak menerima prinsip. Prinsip adalah sesuatu yang universal dan diterima oleh setiap orang. Sesiap sahaja hatta perompak dan pencuri pun. Mereka masih lagi mempunyai prinsip.
Daripada prinsip maka terbina disiplin diri. Orang yang sangat berpegang pada prinsip mempunyai disiplin yang tersendiri. Mereka tidak sekali-kali mengorbankan prinsip mereka. Disiplin mereka tinggi untuk mengekalkan pengamalan prinsip tersebut. Maka principal centre adalah yang paling terbaik untuk membina karakter orang yang hebat. Malah ini akan menjangkau perkara yang kita tidak dapat kawal, iaitu pengaruh.
Terakhir, islam mempunyai banyak prinsip yang perlu diketengah oleh pendakwah dan juga muslim umumnya. Inilah kunci yang sesungguhnya untuk menarik minat golongan yang jauh dengan islam untuk mengamalkan islam secara tidak langsung. Inilah content yang kedua selepas konsep ketuhanan yang boleh diambiltahu oleh pendakwah.
Saya Cuma percaya tentang satu sejarah yang penting. Orang di tanah melayu masuk islam disebabkan akhlak dan prinsip yang diamalkan oleh pendakwah pada zaman dahulu. Maka ingin saya untuk melihat perkara ini subur kembali dalam diri setiap daripada muslim dan pendakwah khasnya.
Lateral maksima................. akan mencari buku Principle centre leadership.............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan