Selasa, Mac 08, 2011

Hargailah Allah


Assalamualaikum............

Tertarik dengan pertanyaan seorang ukhti tentang memakai tudung secara paksaan. Adakah si anak akan ikhlas jika dipaksa menutup aurat? Bagi saya ini soalan yang sangat bagus untuk difikirkan bersama.

Begitupun, saya melihat adik-adik saya membesar. Sewaktu mereka kecil, dengan slumbernye mereka membuka seluar di khalayak ramai ketika hendak memasuki bilik air. Tetapi sekarang mereka tidak lagi disebabkan perasaan malu dan mereka tahu perkara itu dilarang dalam agama, membuka aurat.

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan yang free hair. “bila agak-agak ko nak bertudung?” dia menjawab “ aku masih belum bersedia lagi lah fahmi, mungkin aku dewasa sikit lagi mungkin.”. Saya cuma tersenyum sahaja. Jawapan yang ikhlas aku kira dari seorang perempuan. Saya cuba untuk tidak mendesak dia dengan ayat-ayat yang ‘power’ untuk dia memakai tudung. Tidak untuk aku katakana kepada dia bahawa KENA pakai tudung. Never say that!!!

FOKUS KEPADA AKIDAH

Tertarik dengan satu video yang dihasilkan oleh geng-geng MMU mengenai hijab. 4 orang telah ditemuramah dalam video tersebut. Bila ditanya satu soalan “ apa tujuan kamu memakai tudung?”
Seorang menjawab disebabkan fesyen terkini dan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Seorang lagi menjawab bahawa dia telah bertudung sejak lama dahulu. So dia tak rasa untuk tidak bertudung. 2 orang lagi menjawab dengan jawapan, aku bertudung kerana Allah.

Kerana Allah. Itulah focus kita iaitu menuntun orang lain kepada akidah yang murni. Maka saya ingin bertanya kepada anda semua. Kenapa anda semua bertudung atau menutup aurat? Adakah suruhan mak ataupun kebiasaan dari kecil lagi? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua sebenarnya. Tidak kira wanita atau lelaki.

Suruhan menutup aurat ini adalah lambang kita menghambakan diri kepada Allah. Dan ini adalah satu daripada ibadah dan sekaligus muamalat sesama kita. Cuba anda berfikir, jika tidak turun ayat Allah untuk menutup aurat, adakah kita sekarang akan menutup aurat? Jawapannya TIDAK bukan? Mungkin mendapat teori sains atau kajian yang telah membuktikan kelebihan menutup aurat dan sebagainya. Tetapi kita adalah hamba kepada Allah swt. Apa sahaja yang disuruh oleh Allah swt mesti ditaati oleh kita. No excuse kecuali ‘orang yang dibenarkan’. Siapa sebanarnya ‘orang yang dibenarkan’?

Mereka adalah orang baru sahaja mengenal islam. Sebab itu saya hanya tersenyum ketika mendengar jawapan tidak bersedia oleh kawan saya tadi. Mereka tidak kenal islam sesungguhnya. Mereka tidak Nampak suruhan Allah disebalik pemakaian tudung. Disinilah tugas kita yang sebenarnya. Menjelaskan Allah dengan sebetulnya. Kenallah Allah dengan sesungguhnya.

TUJUAN HIDUP

Allah itu adalah tujuan hidup kita. Kita hidup sememangnya adalah untuk Allah. Segala-galanya adalah untuk Allah. Makan minum untuk hidup yang sihat adalah untuk Allah. Alangkah bahagianya jika manusia mengenal TUHANNYA. Adakah tuan-tuan semua bersetuju dengan kenyataan ini?

Kita bersosial kerana Allah swt. Kita menjalankan tanggungjawab kerana Allah swt. Yakinlah Allah yang menciptakan alam ini dengan begitu sempurna. Planet ini berfungsi dengan yang sepatutnya termasuklah dengan planet bumi yang kita pijak ini. Begitu juga dengan tubuh badan kita, ini adalah ciptaan Allah yang sempurna. Betapa kita kerdil dengan dengan ciptaan tuhan. Hari ini saya membaca seorang penoreh getah dilambung oleh gajah. Kerdilnya kita dihadapan makhluk Allah. Apatah lagi berhadapan Allah sendiri.

Yakinlah akan Allah lah sahaja tempat untuk disembah. Sedarkah kita hanya hambanya sahaja. Dan yakinlah dengan Allah yang mempunyai sifat-sifat yang sempurna seperti mana yang dimaktub dalam 99 nama Allah dan 20 sifat. Yakinlah bahawa Allah mencipta malaikat dengan penuh dramatic seperti mana yang diceritan di dalam kitab-kitab agama.

Kenallah Allah swt jadikanlah hidup kita semata-mata kerana Allah. Allah tidak memerlukan kita sebenarnya tetapi kita yang memerlukan Allah untuk hidup. Orang yang setuju akan Allah swt sebagai tujuan hidup akan mengikut suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Kerana ia adalah suruhan dan larangan Allah. Itulah guideline kita. Itulah manual kita. Manual untuk hidup harmoni diatas bumi makhluk Allah ini.

Antara suruhan adalah menutup aurat. Menjaga batasan lelaki dan perempuan, solat, puasa, haji, zakat, berbuat baik kepada ibu bapa dan sebagainya. Percayalah ini semua datang daripada Allah swt. Kepada kawan-kawan saya, jangan ingat Allah, tetapi hargailah Allah dalam hidup kita.

Lateral maksima.............................. rindu nak melihat adik.........................


Tiada ulasan: