Isnin, Jun 08, 2009

MAHASISWA IDEALISTIK: SATU RESPOND


Assalamualaikum.....

Kali ini aku ingin merespon artikel dalam saintisislam.blogspot. bukan nak kondem atau ape, cume aku nak bagi sedikit idea dan pandangan yang mungkin tak keterlaluan.

Pasal mahasiswa idealistik. Aku pelik dengan orang yang disekeliling aku mengatakan mahasiswa idealistik, mahasiswa terlalu idealistik, idea mahasiswa tidak menjejak, ini mahasiswa pembangkang, mahasiswa tidak realistik dan sebagainya yang berkaitan dengan mahasiswa. Seolah-olah idea yang datang dari mahasiswa ni semua adalah tidak boleh pakai dan sia-sia. Adakah ini cara orang dimalaysia untuk menyekat idea ‘gila’ mahasiswa daripada menerobos ke dalam minda masyarakat. Bagi aku ini lah cara agar mahasiswa menjadi lesu lontaran idea, bukan lesu idea kerana menjadi golongan mahasiswa akan dianggap adalah orang yang pandai. “kalau tak pandai macam mane blh msk universit”. Itu kata yang biasa didengar bile aku pulang dari universiti.

Tulis dah banyak dah tapi isi tak masuk lagi. Pada pandangan anda, apakah maksud idealisitk? Dalam kamus dewan edisi ketiga (edisi ketiga je yang ade kat rumah), IDEALISTIK BERMAKSUD ORANG YANG IDEALIS ATAU YANG DIPENGARUH DENGAN IDEALISME. Kita belek pulak mencari apa yang idealis ni. Maksud yang diungkap disini, IDEALIS ADALAH ORANG YANG MENPUNYAI PANDANGAN (BUKAN FIKIRAN) YANG JAUH, HEBAT-HEBAT ATAU TINGGI-TINGGI. ATAU ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN IDEALISME TERTENTU.

Nah pembaca sekalian. Berdasarkan apa yang dipaparkan diatas, apa pandangan korang semua?? Jawab lah.......



Tun mahathir menetap misi agar negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020 yang dikenali sebagai wawasan 2020. Pak Lah membawa misi memperkenalkan ‘islam hadhari’ agar dengan harapan warga UMNO menjadikan islam hadhari dasar perjuangan UMNO bagi melawan PAS yang sinonim dengan islam. Pas pulak membawa matlamat membuka malaysia agar menegakkan syariah dan Allah menjadi sumber inspirasi dan aspirasi seterusnya berharap menjadi pemangkin mendapatkah khalifah. Mahatma Ghandi memperkenalkan amalan budha yang sekrang menjadi satu agama agar menjadi panduan hidup aman damai didunia dan selepas mati. VC UM yang baru Prof. Dato’ Dr. Gauth bin Jasmon menyelaraskan misi visi UM dikenali dengan universiti penyelidikan dan inovasi.

Nah. Banyak lagi tokoh-tokoh yang tidak kira bidang mempunyai cita-cita yang tinggi atau lebih mudah dipanggil sebgai idealistik. Itu tidak lagi diceritakan lagi tokoh sasterawan A. Samad Said yang ingin memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dimalaysia.

Kota costantinople yang dulu masyarakat dunia membayangkan tidak akan ditawan dapat dibuka oleh tentera-tentera Al-Fatih sedangkan Al-Fatih masih muda lagi ketika itu. Macam mana Al-Fatih membayangkan tentang strategi dan persiapan selama dua tahun sebelum pembukaan islambul.. Adakah itu bukan idealistik?

Ayuh sahabat mahsiswa.. Biarkan masyarakat mengatakan anda idealistik bukan realistik kerana anda boleh berbangga dengan idea anda. Yang penting cuba realistik idea anda. Mana tahu daripada idea anda yang gila seumpama Thomas Edison mampu mencipta mentol kedua??

Kunci utama adalah idealistik,tabah, jangan main-main kerana semua orang akan memandang apa yang akan kita buat... rancanglah hari ini untuk hari esok....

Lateralmaksima idealistik dalam merancang...... senyum........wslm...

Tiada ulasan: