Rabu, Jun 17, 2009

ADIK AKU MASUK IKIP PAHANG


Salam. Kali ini saya menyambut baik respond daripada mujahidah90 yang ingin mengetahui kemana menghilang adik saya.

Alhamdulillah. 1 Jun 2009 adalah hari untuk adik saya mendaftar menjadi pelajar IKIP Pahang menjalani persediaan selama 3 bulan dalam bahasa Arab. Insyaallah dia akan ke mesir bagi mendalami bidang kedoktoran lagi tiga bulan.

Adik saya ni memang kurang pendirian sedikit (mungkin sama dengan abang dia kot). Persiapan macam nak mati untuk ke Nilam Puri, tiba-tiba dapat panggilan daripada yayasan terengganu berkenaan terpilih menjalani persediaan dan ijazah ke mesir bagi kedoktoran. Dapat panggilan itu, hati mula dah goyah. Hehehehe.

Mula-mula seakan bersetuju dengan tawaran terbabit, kemudian dengan penuh mesteri dan ajaibnya menolak tawaran terbabit. Dengan alasan doktor payah untuk belajar. Hummpphh. Tak taulah pak belalang.

Selang beberapa hari kemudian(dalam 5 hari sebelum ke Nilam Puri) adik saya ni kemudaian mendapat panggilan dari Mara diatas pemilihan beliau dalam bidang kedoktoran. Tempatnya adalah universiti Alexandria mesir. Mulalah satu adegan tarik tali sekali lagi. Bertanya beliau akan diri saya, hendak pilih yang mana satu? Aku menjawab, lebih prefer pergi yang Nilam Puri sebab dulu kate doktor ni payah and 2009 lagi alasan untuk menolak tawran dari yayasan terengganu. Tapi sebarang keputusan its up to u.

Dengan sewenang-wenangnya, dia memilih pula tawaran Mara terbabit. Dengan alasan, dia mempunyai sahabat baik yang akan pergi kemesir juga. Saya berkata, hentam saje lah labu. Dia punya badan, dialah buat keputusan.

Hehehehe. Beberapa perkataan diatas tidak melambangkan cerita. Tapi overall, itulah yang saya nak cite kat korang pasal adik aku yang sorang ni. Jadi, lepas pergi mesir ni, dia akan duduk kat sana sampai 6 tahun lah.

Lateral maksima fly jugak nanti...........senyum.........salam

Tiada ulasan: