Ahad, Jun 28, 2009

KITA HENDAKLAH MEMAHAMI


Salam. Alhamdulillah aku dah pulang ke KL balik. Menghabiskan masa2 cuti dengan menghadiri bengkel, bagi topup untuk sem yang baru. Kali ini, aku nak cite pasal ape yang aku buat waktu cuti lalu dirumah aku.

Waktu dirumah adalah waktu yang paling tak seronok. Asyik tido, makan, keluar jap beli barang. Buat berulang-ulang kali. Mesti bosan kan? Aku sebenar betah duk kat rumah ni. Duk kat KL,rindu nak balik. Tapi bile dah balik, rase nak ke KL balik pulak, phening.

Last sekali, pergi ke tempat kerja ayah. Tolong ayah serba sedikit. Yelah maklum saje lah bosan. Aku ke tempat kerja lambat sedikit.biasanya selepas makan, aku pun bawak ke pejabat ayah. Sampai je, terus bukak internet. Selain kerja teknikal sperti typing surat dan sebagainya, aku juga menjadi driver part time ayah ke mane-mane saje. Kalu dah ulang alik ke kuala terengganu, dah kira biasalah tu.

Seblum beberapa hari nak ke KL, aku berkesempatan pergi ke Pulau Petang, Tasik Kenyir. Tugasan adalah membaiki motor pam air ke tangki dipulau tersebut. Almaklumlah terlalu jauh dari tanah besar. Jadi pam air dari tasik terus ke tangki. Sebelum pergi, pegi tukar baju dulu yang lebih sesuai. Kemudian, memandu hampir 2 jam untuk sampai ke Pengkalan Gawi ke Pulau Petang.

Sampai saje disana, terpaksa tunggu kontraktor yang incharge bab ini semua. Selepas pemandu bot, pakcik kamal datang, berangkat kami ke pulau petang dalm pukul 12 tghri. Hampir 45 minit menaiki bot, sampai juga kami ke pulau petang. Jauhnya. Tapi best jugak.

Bertukus lumus membaiki motor tersebut, selama 4 jam lamenya tanpa rehat. (solat dijamak ke asar). Pulang dari sana pukul 5 petang. Sampai saje terus pergi solat dan makan. Sampai rumah dalam pukul 10 malam. Begitulah kisah aku pergi ke tasik kenyir.

Memahami pekerjaan ayah sebenarnya satu kemestian bagi setiap anak sebenarnya. Remaja zaman sekarang, tidak mengenal erti susah payah ibubapa mencari rezeki untuk mebesarkan anak-anak mereka dengan baik. Walau sesusah manepun pekerjaan tersebut, ibubapa sanggup untuk melihat anak-anak mereka hidup dalam keadaan sihat sejahtera. Itulah kasih sayang sepasang ibubap.

Kebiadapan sang anak terhadap ibubapa perlu dipandang serius oleh masyarakat. Terutamanya remaja sendiri. Mungkin mereka menyalahkan ibubapa kerana terlampau tertumpu kepada kerja sehingga mengabaikan kebajikan dan sayang terhadap anak-anak, tapi kita sebagai anak sering tidak memandang itu semua dari kaca mata seoran ibubapa sndiri. Malah membiarkan mereka dikalahkan dengan nafsu marah yang membuak dalam diri mereka sndiri. Kedengaran jugak mereka sanggup menyeksa hidup ibubapa dengan terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah disebabkan membalas dendam terhadap ibubapa.

Key point, taaruf, tafahum, takaful. Aku rase ungkapan dalam blog saifulislam.com jugak sesuai, hidup pada memberi. Suami mesti faham terhadap isteri begitu jugak sebaliknya. Ibubapa juga mesti faham keadaan anak-anak mereka dan juga sebalik, anak mesti consider tentang ibubapa mereka. Ibubapa mana yang tidak sayang akan anak mereka. Walaupun ibu yang membuat anak mereka ditempat longgokan sampah mempunyai secebis sayang terhadap anak-anak mereka, tapi disebabkan perasaan zalim lebih menguasai, maka mereka sanggup membuang anak-anak mereka.

Jadilah anak yang merdeka lagi rasional dalam mengambil tindakan. Islam memerintahkan agar kita menghormati dan menyayang ibubapa walaupun seteruk manapun ibubap kita. Jadilah anak-anak yang hebat. Senyum.

Lateral maksima faham sangatlah kerja ayah ni......senyum................wslm.

Tiada ulasan: