Ahad, Jun 28, 2009

KITA HENDAKLAH MEMAHAMI


Salam. Alhamdulillah aku dah pulang ke KL balik. Menghabiskan masa2 cuti dengan menghadiri bengkel, bagi topup untuk sem yang baru. Kali ini, aku nak cite pasal ape yang aku buat waktu cuti lalu dirumah aku.

Waktu dirumah adalah waktu yang paling tak seronok. Asyik tido, makan, keluar jap beli barang. Buat berulang-ulang kali. Mesti bosan kan? Aku sebenar betah duk kat rumah ni. Duk kat KL,rindu nak balik. Tapi bile dah balik, rase nak ke KL balik pulak, phening.

Last sekali, pergi ke tempat kerja ayah. Tolong ayah serba sedikit. Yelah maklum saje lah bosan. Aku ke tempat kerja lambat sedikit.biasanya selepas makan, aku pun bawak ke pejabat ayah. Sampai je, terus bukak internet. Selain kerja teknikal sperti typing surat dan sebagainya, aku juga menjadi driver part time ayah ke mane-mane saje. Kalu dah ulang alik ke kuala terengganu, dah kira biasalah tu.

Seblum beberapa hari nak ke KL, aku berkesempatan pergi ke Pulau Petang, Tasik Kenyir. Tugasan adalah membaiki motor pam air ke tangki dipulau tersebut. Almaklumlah terlalu jauh dari tanah besar. Jadi pam air dari tasik terus ke tangki. Sebelum pergi, pegi tukar baju dulu yang lebih sesuai. Kemudian, memandu hampir 2 jam untuk sampai ke Pengkalan Gawi ke Pulau Petang.

Sampai saje disana, terpaksa tunggu kontraktor yang incharge bab ini semua. Selepas pemandu bot, pakcik kamal datang, berangkat kami ke pulau petang dalm pukul 12 tghri. Hampir 45 minit menaiki bot, sampai juga kami ke pulau petang. Jauhnya. Tapi best jugak.

Bertukus lumus membaiki motor tersebut, selama 4 jam lamenya tanpa rehat. (solat dijamak ke asar). Pulang dari sana pukul 5 petang. Sampai saje terus pergi solat dan makan. Sampai rumah dalam pukul 10 malam. Begitulah kisah aku pergi ke tasik kenyir.

Memahami pekerjaan ayah sebenarnya satu kemestian bagi setiap anak sebenarnya. Remaja zaman sekarang, tidak mengenal erti susah payah ibubapa mencari rezeki untuk mebesarkan anak-anak mereka dengan baik. Walau sesusah manepun pekerjaan tersebut, ibubapa sanggup untuk melihat anak-anak mereka hidup dalam keadaan sihat sejahtera. Itulah kasih sayang sepasang ibubap.

Kebiadapan sang anak terhadap ibubapa perlu dipandang serius oleh masyarakat. Terutamanya remaja sendiri. Mungkin mereka menyalahkan ibubapa kerana terlampau tertumpu kepada kerja sehingga mengabaikan kebajikan dan sayang terhadap anak-anak, tapi kita sebagai anak sering tidak memandang itu semua dari kaca mata seoran ibubapa sndiri. Malah membiarkan mereka dikalahkan dengan nafsu marah yang membuak dalam diri mereka sndiri. Kedengaran jugak mereka sanggup menyeksa hidup ibubapa dengan terjebak dengan perkara yang tidak berfaedah disebabkan membalas dendam terhadap ibubapa.

Key point, taaruf, tafahum, takaful. Aku rase ungkapan dalam blog saifulislam.com jugak sesuai, hidup pada memberi. Suami mesti faham terhadap isteri begitu jugak sebaliknya. Ibubapa juga mesti faham keadaan anak-anak mereka dan juga sebalik, anak mesti consider tentang ibubapa mereka. Ibubapa mana yang tidak sayang akan anak mereka. Walaupun ibu yang membuat anak mereka ditempat longgokan sampah mempunyai secebis sayang terhadap anak-anak mereka, tapi disebabkan perasaan zalim lebih menguasai, maka mereka sanggup membuang anak-anak mereka.

Jadilah anak yang merdeka lagi rasional dalam mengambil tindakan. Islam memerintahkan agar kita menghormati dan menyayang ibubapa walaupun seteruk manapun ibubap kita. Jadilah anak-anak yang hebat. Senyum.

Lateral maksima faham sangatlah kerja ayah ni......senyum................wslm.

Rabu, Jun 17, 2009

ADIK AKU MASUK IKIP PAHANG


Salam. Kali ini saya menyambut baik respond daripada mujahidah90 yang ingin mengetahui kemana menghilang adik saya.

Alhamdulillah. 1 Jun 2009 adalah hari untuk adik saya mendaftar menjadi pelajar IKIP Pahang menjalani persediaan selama 3 bulan dalam bahasa Arab. Insyaallah dia akan ke mesir bagi mendalami bidang kedoktoran lagi tiga bulan.

Adik saya ni memang kurang pendirian sedikit (mungkin sama dengan abang dia kot). Persiapan macam nak mati untuk ke Nilam Puri, tiba-tiba dapat panggilan daripada yayasan terengganu berkenaan terpilih menjalani persediaan dan ijazah ke mesir bagi kedoktoran. Dapat panggilan itu, hati mula dah goyah. Hehehehe.

Mula-mula seakan bersetuju dengan tawaran terbabit, kemudian dengan penuh mesteri dan ajaibnya menolak tawaran terbabit. Dengan alasan doktor payah untuk belajar. Hummpphh. Tak taulah pak belalang.

Selang beberapa hari kemudian(dalam 5 hari sebelum ke Nilam Puri) adik saya ni kemudaian mendapat panggilan dari Mara diatas pemilihan beliau dalam bidang kedoktoran. Tempatnya adalah universiti Alexandria mesir. Mulalah satu adegan tarik tali sekali lagi. Bertanya beliau akan diri saya, hendak pilih yang mana satu? Aku menjawab, lebih prefer pergi yang Nilam Puri sebab dulu kate doktor ni payah and 2009 lagi alasan untuk menolak tawran dari yayasan terengganu. Tapi sebarang keputusan its up to u.

Dengan sewenang-wenangnya, dia memilih pula tawaran Mara terbabit. Dengan alasan, dia mempunyai sahabat baik yang akan pergi kemesir juga. Saya berkata, hentam saje lah labu. Dia punya badan, dialah buat keputusan.

Hehehehe. Beberapa perkataan diatas tidak melambangkan cerita. Tapi overall, itulah yang saya nak cite kat korang pasal adik aku yang sorang ni. Jadi, lepas pergi mesir ni, dia akan duduk kat sana sampai 6 tahun lah.

Lateral maksima fly jugak nanti...........senyum.........salam

Isnin, Jun 08, 2009

AKHIRNYA AKU JATUH MOTOR


Akhirnya aku jatuh motor juga. Tapi effect yg diterima aku belum sampai ditahap luka seperti fahmi tu. Hanya jatuh ketika cuba memberhentikan motor untuk masuk simpang ke rumah ku. Brek diatas pasir memang mencari nahas untuk tergelincir lebih2 lagi dengan keadaan motor ayahku ku yang tidak ada brek belkang. Terpaksa menggunakan depan ditangan. Apa pun, ini lah pengalaman pertama aku jatuh motor. Bagi aku, inilah memori manis aku walaupun tidak sehebat dan separah pertama kali aku jatuh basikal. Lucu lah pulak. Sampai rumah, tengok darah dh penuh dilengan. Ingatkan ada luka dilengan tapi rupanya lukaku hanya ditangan saje. Darah dari tangan sahaja yg turun ke lengan. Entah macam mane blh naik ke lengan pun aku tak tau. Bagi aku, ini memang kuasa Allah. Sekrang, tanganku sakit hingga aku tak dpt nak menulis, tapi menaip still dapat lagi. Anyway, kepada rakan2ku yang bercuti dikampung sekrang selmat bercuti. Dan kepada senior yang ambik LI, selamat bekerja. Jangan malas2. Jadilah pemimpin 360° dimana sahaja anda berada. Kepada rakan dan senior merangkap naqib aku yang sedang ambik short sem, selamat menimba ilmu. Jangan nakal-nakal. Sebnarnya artikel ini nak lepas tension duk kat rumah. Buat yang sama saje hari2. aku chow dulu.

Lateral maksima tgh bosan ni........senyum..........wslm.

MAHASISWA IDEALISTIK: SATU RESPOND


Assalamualaikum.....

Kali ini aku ingin merespon artikel dalam saintisislam.blogspot. bukan nak kondem atau ape, cume aku nak bagi sedikit idea dan pandangan yang mungkin tak keterlaluan.

Pasal mahasiswa idealistik. Aku pelik dengan orang yang disekeliling aku mengatakan mahasiswa idealistik, mahasiswa terlalu idealistik, idea mahasiswa tidak menjejak, ini mahasiswa pembangkang, mahasiswa tidak realistik dan sebagainya yang berkaitan dengan mahasiswa. Seolah-olah idea yang datang dari mahasiswa ni semua adalah tidak boleh pakai dan sia-sia. Adakah ini cara orang dimalaysia untuk menyekat idea ‘gila’ mahasiswa daripada menerobos ke dalam minda masyarakat. Bagi aku ini lah cara agar mahasiswa menjadi lesu lontaran idea, bukan lesu idea kerana menjadi golongan mahasiswa akan dianggap adalah orang yang pandai. “kalau tak pandai macam mane blh msk universit”. Itu kata yang biasa didengar bile aku pulang dari universiti.

Tulis dah banyak dah tapi isi tak masuk lagi. Pada pandangan anda, apakah maksud idealisitk? Dalam kamus dewan edisi ketiga (edisi ketiga je yang ade kat rumah), IDEALISTIK BERMAKSUD ORANG YANG IDEALIS ATAU YANG DIPENGARUH DENGAN IDEALISME. Kita belek pulak mencari apa yang idealis ni. Maksud yang diungkap disini, IDEALIS ADALAH ORANG YANG MENPUNYAI PANDANGAN (BUKAN FIKIRAN) YANG JAUH, HEBAT-HEBAT ATAU TINGGI-TINGGI. ATAU ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN IDEALISME TERTENTU.

Nah pembaca sekalian. Berdasarkan apa yang dipaparkan diatas, apa pandangan korang semua?? Jawab lah.......



Tun mahathir menetap misi agar negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020 yang dikenali sebagai wawasan 2020. Pak Lah membawa misi memperkenalkan ‘islam hadhari’ agar dengan harapan warga UMNO menjadikan islam hadhari dasar perjuangan UMNO bagi melawan PAS yang sinonim dengan islam. Pas pulak membawa matlamat membuka malaysia agar menegakkan syariah dan Allah menjadi sumber inspirasi dan aspirasi seterusnya berharap menjadi pemangkin mendapatkah khalifah. Mahatma Ghandi memperkenalkan amalan budha yang sekrang menjadi satu agama agar menjadi panduan hidup aman damai didunia dan selepas mati. VC UM yang baru Prof. Dato’ Dr. Gauth bin Jasmon menyelaraskan misi visi UM dikenali dengan universiti penyelidikan dan inovasi.

Nah. Banyak lagi tokoh-tokoh yang tidak kira bidang mempunyai cita-cita yang tinggi atau lebih mudah dipanggil sebgai idealistik. Itu tidak lagi diceritakan lagi tokoh sasterawan A. Samad Said yang ingin memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dimalaysia.

Kota costantinople yang dulu masyarakat dunia membayangkan tidak akan ditawan dapat dibuka oleh tentera-tentera Al-Fatih sedangkan Al-Fatih masih muda lagi ketika itu. Macam mana Al-Fatih membayangkan tentang strategi dan persiapan selama dua tahun sebelum pembukaan islambul.. Adakah itu bukan idealistik?

Ayuh sahabat mahsiswa.. Biarkan masyarakat mengatakan anda idealistik bukan realistik kerana anda boleh berbangga dengan idea anda. Yang penting cuba realistik idea anda. Mana tahu daripada idea anda yang gila seumpama Thomas Edison mampu mencipta mentol kedua??

Kunci utama adalah idealistik,tabah, jangan main-main kerana semua orang akan memandang apa yang akan kita buat... rancanglah hari ini untuk hari esok....

Lateralmaksima idealistik dalam merancang...... senyum........wslm...