Khamis, Disember 31, 2009

SELAMAT DATANG 2010, SELAMAT TINGGAL 2009




2009 meninggalkan kita. 2010 adalah masa hadapan kita. Sekarang adalah penentu kita.

Selamat menempuh umur yang baru. Semoga dijadikan dan dirancang tahun 2010 adlh tahun yang penuh dengan ilmu dan amal selaras dengan pemikiran dan kefahaman keilmuan kepada semua.

Rancang dan ‘bajet’ hidup anda untuk tahun 2010. Mungkin anda seperti saya yang tidak mahir dalam merancang sesuatu kerja mengikut masa atau istilah mudah adalah merancang masa dengan baik. Tapi belajarlah untuk menambahbaikkan diri anda. Semoga hidup anda dipenuhi barakah.

Malam tahun baru ini, penuhilah dengan bermuhasabah tentang umur 2009 anda. Mana tahu, anda akan menjadi orang yang baru, berhijrah dari perkara yang buruk kepada perkara yang baik. Moga umur anda berkat.

Tapi malam tahun baru ni, rasanya nak tengok bunga api lah. Jom sama2 pergi tengok bunga api sambil amar makruf kat kwsn bunga api. Mana tahu, usaha kita membawa hasil walau sedikit.

Lastly, selamat tahun baru 2010M.........

Lateral Maksima................azam tahun baru: saya mintak maaf....................

Khamis, Disember 24, 2009

MUHASABAH UMUR DIRI



Melangkah ke tahun yang baru Hijrah dan Masihi yang akan datang menyebab saya mula berfikir adakah saya semakin baik atau termasuk dalam kalangan orang yang rugi dan jahil.

Muhasabah diri adalah perkara yang baik bagi memotivasi diri kearah memakarkan diri. Nampaknya perlu untuk saya checklist hari2 dalam hidup saya selepas ini setiap hari dan setiap bulan.

Entah mengapa saya merasakan diri saya bukan Fahmi LM yang biasa yang ditonjolkan. Akhir-akhir ini saya kurang bersemangat untuk membuat dan menyelesaikan kerja yang ditimbunkan oleh saya sendiri. Seolah-olah Fahmi LM yang dulu sangat gilakan kerja sekarang bukan lagi seperti itu. Tindakan dan pemikiran mula menjadi slow down dan mungkin akan rosak jika keadaan seperti ini berterusan.

Ya, berlambak-lambak kerja yang sepatutnya disiapkan tidak mengikut perancangan yang betul. Betul saya membuat perancangan kerja yang tersusun untuk setiap jawatan dan kerja yang diamanahkan kepada saya.

Jelas lah disiplin kerja sudah makin lemah dan prestasi kerja sudah tidak konsisten akhir-akhir ini. disiplin masa juga semakin kurang efektif berbanding dahulu. Adakah usia memain peranan atas semua ini seperti mana yang sering diucapkan oleh pihak pengurusan kolej, “senior makin malas untuk join projek n aktiviti kolej.”

OLEH ITU, SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMINTA MAAF KEPADA ORANG YANG BERADA DISEKELILING SAYA ATAS BEBERAPA SIRI KESALAHAN SAYA.

Adakah saya akan berubah semakin baik tahun depan? Persoalan yang menarik untuk dibincang sekarang.

Lateral Maksima............sedang membina azam tahun baru.....

Khamis, Disember 03, 2009

KENANGAN YANG DITAKDIRKAN.....


Assalamualaikum....

Alhamdulillah. sekarang sedang bercuti dikampung. sudah lama sebenarnya tidak update blog ini. Ialah, kekangan dari sudut alatan menaip menyebabkan saya tidak berpeluang dengan baik untuk mencorek sedikit sebanyak tulisan dalam blog ini.

sebenarnya banyak sebenarnya perkara yang ingin diceritakan kepada pembaca sekalian. tapi apakah daya idea yang terilham tidak dicetak dalam bentuk tulisan. sekadar berlegar didalam fikiran sahaja.

kali ini, hendak bercerita tentang beberapa peristiwa menarik yang berlaku diatas diri saya. Mana lah tau kalau2 dapat menjadi ilham kepada saudara saudari pembaca sekalian.

Peristiwa menarik untuk dikongsi dengan anda. Satu ketika, saya memimjam motor kawan saya untuk ke suatu tempat. Tempat yang lebih tepat adalah Kem Sri Raudhah dekat dengan UIA Gombak. Bersiaplah saya untuk menaiki motorsikal tersebut. membawa beberapa barang didalam raga motosikal dan menggalas sebuah beg yang padat dipenuhi barang2, saya bertolak kesana.

Dalam perjalanan,beg saya tidak semena terbuka dipertengahan jalan sedangkan saya tidak sedar akan perkara tersebut. Ada beberapa perkara yang menarik disini.

pertama, siapa yang memberitahu beg saya terbuka adalah keluarga india yang menaiki sebuah kereta proton saga aeroback berwarna kelabu.

kedua, mereka mengekori saya dan membunyikan hon sepanjang perjalanan dari selayang sehingga ke Batu Cave sedangkan saya tidak menyedari mereka.

Ketiga,dalam banyak-banyak kereta yang berada di atas jalan raya tersebut, hanya kereta tersebut sahaja yang berusaha untuk memberitahu akan terbukanya beg saya itu.

Barang saya tidak tercicir dan buku dalam beg tersebut selamat. syukur kerana mentakdirkan buku tersebut masih lagi berada dalam tangan saya. Peristiwa yang menarik untuk dikenang.

Tapi apalah nasib tidak dapat berterima kasih kepada mereka. Walaupun kecik pada pandangan sesetengah pihak, tapi mereka berusaha sampai tahap tu untuk menyedarkan saya tentang realiti semasa.

Rasanya hikmah kejadian ini, saya serah kan kepada pembaca sekalian untuk menilai baik dan buruknya kejadian tersebut. Semoga ada panduan yang boleh kita contohi selain Idola terutama kita, Nabi Muhammad saw.

Lateral Maksima.........sedang memikir kejadian tersebut.......senyum.....

Sabtu, November 21, 2009

RESENSI: BELAJAR DARI 2 UMAR


Assalamualaikum wbt.

Hari ini, saya cuba untuk memperkenalkan sedikit bahan bacaan yang baru sahaja saya habiskan dalam suasana hujan lebat dan kesejukan (suasana yang amat sesuai untuk tidur).

Buku yang baru sahaja saya habiskan adalah “Belajar Dari Dua Umar” karangan Hepi Andi Bastoni(terima kasih kepada muzamil kerana meminjamkan saya buku ini). Buku ini memaparkan sirah nabi dan cerita para sahabat rasulullah. Beberapa rujukan yang digunakan oleh penulis untuk buku ini tapi antara yang sempat disemak adalah daripada kitab Rahiqul Makhtum karangan Sheikh Syafiyur Rahman Al-Mubarakfuri.

Ada beberapa perkara yang menarik tentang diri penulis iaitu dia diasuh oleh atuk dan keluarganya untuk membaca buku terutama dalam bab sirah dan sejarah para sahabat. Asuhan seperti ini lah yang menyebabkan penulis buku ini amat dekat dengan sirah dan sejarah para sahabat dan khalifah.

Saya akan kupas point2 yang berada didalam setiap chapter. Dalam buku ini terdapat 26 chapter yang mempunyai objektif yang berlainan antara satu sama lain. Tajuk buku adalah salah satu tajuk chapter dalam buku ini. Hampir kesemua chapter menceritakan tentang sirah Rasulullah.

Antara tajuk chapter dan point yang terkandung adalaha:

1. Antara usaha dan pertolongan Allah
 Usaha yang paling maksima + pertolongan Allah = kejayaan. Point disini, kita memerlukan usaha ditahap tertinggi untuk mencapai sesuatu. Dengan usaha kita semoga bersama perancangan Allah itu melahirkan kejayaan. Tapi jika gagal, tentu ada hikmah disebalik tirai perancangan Allah.
 Dalam chapter ini, diceritakan tentang hijrah Rasulullah. Dengan usaha dalam bentuk strategi yang pelbagai, risikan oleh beberapa sahabat untuk pergerakan para pemburu nabi ditambah dengan pertolongan Allah, maka hijrah yang menjadi matlamat akhirnya berjaya.
 Dalil alquran adalah surah muhammad:7

2. Bersedia sebelum musuh bersatu
 4 golongan yang membenci islam ketika diawal penubuhan Madinah Al-Munawwarah: musyrikin mekah, kabilah disekeliling madinah, munafik, dan yahudi yang dengki dengan muslimin.
 Dalam bab ini, diceritakan bagaimana cara yang diambil oleh Rasulullah dan para sahabat untuk mencegah sebelum berkembang.

3. Kenyangkan perut rakyat.
 Utbah bin Farqad, gabenor Azerbaijan dihidangkan dengan makanan habish. Kemudian dia cuba untuk mengembirakan Umar Al-Khatab dengan memberikan makanan tersebut. Sebelum menerima hidangan terbabit, Umar al-khatab bertanya, adakah makanan ini dimakan oleh orang kebanyakan? Selepas diketahui bahawa makanan itu bukan untuk orang kebanyakan, lalu berpesan, kenyangkan perut rakyat dahulu sebelum perut kamu kenyang.
 Pemimpin umpama pengembala- hadis dan juga nasihat Hasan Al-Basri kpd Umar Abdul Aziz.

4. Menentukan sikap sebelum Perang Uhud.
 Keputusan harus serasi dengan situasi, keadaan dan keperluan.
 Keputusan yang diambil mestilah berkesan dan membawa mudharat yang paling kecil. Ini memerlukan pemahaman syariat islam dan juga faham realiti semasa.
 Tetaplah pada keputusan yang dicapai oleh ramai orang walaupun akibatnya mungkin buruk.
 Keputusan syura bukan segalanya.

5. Piawaian menangani perbezaan
 Menerima pendapat sahabat dengan baik
 Menguruskan perbezaan pendapat dengan baik tanpa ada sengketa.

6. Hidupkan semangat anti kezaliman.
7. Jangan jadi pengecut-kisah perang Badar
8. Belajarlah berdoa daripada Nabi:
 Al-A’raf:23 / Hud:45 / Al- Ankabut:30 / Ibrahim:30 / Maryam:4 / Yusuf:18 / Yusuf:101 / Al- Qasas:21 / Al- Anbiya’:87

9. Bersama membina kekuatan
 Menggunakan idea nasionalism agar umat islam dapat bekerjasama dengan yahudi untuk pertahankan Madinah.

10. Gendang perang sudah ditabuh.
 Mengambil kisah pertukaran kiblat sebagai objektif pertama peperangan pada waktu sebelum kewafatan nabi.
 Menjadi satu petanda dan pengisytiharan oleh Allah supaya berlainan dengan kaum-kaum dan agama lain.

11. Mencari pendukung diantara musuh..
12. Membuat musuh pasif.
13. Mendamba hakim yang adil.
14. Cerdas dalam berdakwah.
15. Bersatu melawan fitnah. – kisah Bani Nadhir.
16. Menutup ruang kepada Musuh. – kisah kaab bin asyraf dan ketegasan Rasulullah.
17. Membumikan cita-cita. – kisah cita-cita kaum muslimin untuk menakluk Romawi, Parsi dan Yaman.
18. Belajar dari dua Umar. – kisah zuhud Umar dan kisah Umar mengutamakan rakyat berbanding dirinya.
19. Berdakwah ditengah badai Islam.- kisah ketika umat islam dilanda Fitnah sebelum perang Khandak berlaku.
20. Menebar ketenangan meraih simpati.
 Kisah Amr bin Ash yang tidak menutup khemah kerana burung bersarang diatas khemahnya.

21. Memerangi kemiskinan
 Bahaya kemiskinan kerana disebabkan kewangan mendesak, jenayah dilakukan.

22. Berwaspada dengan pakatan kafir.
23. Kearah berdikari. – kisah keberanian kaum muslimin menyerang Romawi.
24. Tradisi tuntut ilmu – kisah Imam Malik dengan Khalifah Harun Ar-Rasyid.
25. Hilangkan dengki, satukan suara. – kisah Abu Bakar diangkat menjadi khalifah.
26. Kekuasaan itu harus diraih.

Begitulah sedikit sebanyak ringkasan daripada buku ini. Moga sahabt sekalian membaca buku ini bagi sesiapa yang belum membacanya kerana buku penuh dengan Sirah tauladan untuk semua. Inilah Nasihat untuk diriku dan kamu.

Lateral Maksima........... suka buku ni..........

Isnin, November 16, 2009

GUSARNYA HATIKU


Assalamualaikum wbt...

  1. Ada beberapa perkara yang sangat mengganggu saya dalam bulan exam ini. Perkara ini bukan sahaja mengganggu penumpuan dan tumpuan study, malahan kadang-kadang menyebabkan saya kehilangan mood untuk study. Dah lah memang kalau boleh tak nak study, tapi mood pun dah hilang untuk study sebab kes seperti ini.(alasan  )
  2. Perkara-perkara ini sangat membingungkan dan menyebabkan saya berada dalam dilema pemikiran Muslim. Berat untuk melihat dan menilai maksud sebenarnya kebenaran.
  3. Selepas kes itu berlaku, saya mula terdedah dengan perkataan WAHABI!!! Bukan WAHABI!!!!, AHBASH, WIHDATUL WUJUD, DR MAZA, UST ZAMIHAN, IBN TAIMIYAH, MUHAMAD BIN WAHAB, dan banyak sangat penerangan dan kitab-kitab yang saya sendiri pun tak hafal sangat.

AKIDAH PEGANGAN PMI TAK BETUL?

“Kamu mengikuti usrah PMI kan?” seorang hamba Allah bertanya kepadaku.
“Ya. Kenapa?” soalku balik.
“Akidah pegangan PMI tak betul!!” tegasnya directly dan spontaneously.
“Betul ke enta ni?” saya agak terkejut dengan statement lantang hamba Allah ini (mula mengambil suku ganti nama enta-ana).
“ Betul lah ana cakap. Ana dah cuba berdebat dengan pimpinan PMI. Mereka tak boleh keluarkan dalil dalam bab akidah. Sebab tu lah ana tuduh PMI tak betul akidah. Nak kenal Allah tanpa dalil mana boleh macam ni.”jawabnya dengan lantang.


  1. Itulah serba sedikit dialog yang sedikit merunsingkan saya. Banyak persoalan yang timbul dalam benak saya selepas itu. “Adakah naqib aku ajar perkara sesat?” dan banyak lagi soalan yang timbul dalam kepala hotak saya ni.
  2. Soalan saya hold dulu untuk memberi laluan kepada kursus pendakwah anjuran Jawi ketika itu.
  3. Setelah sehari bersama mereka, aku mula mengetahui mereka tidak bersetuju dengan metodologi pengenalan akidah yang digunapakai dalam silibus usrah PMI. Ternyata mereka tidak menerima konsep akidah yang diperkenalkan oleh Ibnu Taimiyah tersebut.

SEDIKIT PENCERAHAN.

  1. Sengaja soalan yang belum terjawab diatas saya kemukan ketika berdiskusi bersama AlFahmu selepas itu. Kami berdiskusi dengan panjang lebar berkenaan bab akidah yang sepatutnya menjadi peganngan umat islam kita ini.
  2. Penghujahan menggunakan dalil Surah Al-Ikhlas sungguh merungkaikan sedikit demi sedikit. Konsep yang diberi penerangan oleh AlFahmu sedikit memberi kefahaman yang jelas dengan konsep akidah.
  3. Konsep tersebut ialah beriman bahawa Allah itu tidak terikat dengan ruang dan masa. Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah akan terikat dengan masa. Manusia, haiwan, masjid, roh, planet dan galaksi, dan semua makhluk Allah adalah memenuhi ruang dan mempunyai masa atau ‘usia’ mereka sendiri. “so, apabila kita bertanya dimana Allah, maka sebenarnya soalan itu adalah salah sebab bila kita bertanya tentang “dimana” maka ianya terikat dengan ruang dan masa sedangkan ianya berlawanan dengan dzat Allah sendiri.
  4. Perlu juga beriman bahawa Allah tidak sama dengan makhluk dan tidak boleh diimiginasikan. Berkaitan dengan ayat mutasyabihah itu, kita mesti berpendirian bahawa kita menerima perkataan dalam ayat al-quran tersebut dan kita menyerahkan makna perkataan tersebut kedalam pengatahuan Allah yang sangat luas. Jika kita berimiginasi tentang perkataan itu, maka itu bukanlah Allah!
  5. Satu lagi bahawa kita perlu menerima bahawa Allah itu esa. Agama lain terpaksa melogikkan konsep 1+1+1=1 sehingga payah untuk kita menerima secara logik akalnya perkara tersebut sedangkan kita hanyalah menerima Allah Esa. Mudahkan .
  6. Terima kasih kepada penjelasan seperti itu. Saya memang hargai penjelasan seperti itu.
  7. Untuk soalan konsep Ibnu Taimiyah itu tidak betul, suka untuk saya mengambil pendekatan yang dijelaskan oleh Prof Zuhdi tempoh hari. Iaitu, kita memandang konsep tersebut sebagai jalan untuk mengenal dan mendalami akidah dan tauhid. Mengikut orang tersebut pilihan untuk mengikuti jalan yang mudah baginya untuk mengenali Yang Maha Pencipta. Jika konsep 3 tauhid ini lebih mudah untuk difahami oleh orang tersebut, maka sudah mencukupi bagi mereka. Jika konsep sifat 20 lebih mudah, maka itulah yang terbaik baginya. Apa yang penting kita mengenali Allah dengan sebenarnya. Itulah pandangan Beliau dalam hal ini.

PROLOG


  1. Saya memandang isu akidah sangat penting dalam masyarakat islam di Malaysia kita hari ni. Satu pendekatan baru perlu dikaji bagi memulihkan moral value masyarakat Islam kita pada hari ini.
  2. Paparan diatas adalah sedikit yang saya lalui. Sebenarnya saya sedikit gusar untuk mencoretkan dalam blog perkara ini. Gusar disebabkan bahasa dan juga perkataan takut disalahtafsir dan jugak disalahbaca oleh pembaca sekalian.
  3. Apapun saya mohon yang diatas dikaji dengan hujah yang lebih kukuh serta dalil yang lebih banyak lagi.
  4. Pendirian saya dalam kes yang heboh sekarang akan saya nyatakan dalam masa yang akan datang.
  5. Semoga sekurang-kurangnya terlepas sedikit kegusaran dalam qalbu saya tentang permasalahan ini. Nasihat untuk diri, setiap perkara perlu ada hujah yang kuat. Senyum...........

Sabtu, November 14, 2009

JOM NASYID

Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East



Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

lagu dia memang dah terpasang dalam blog ni....hayatilah lagu kematian ini......

Rabu, November 04, 2009

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini


1. Tidak Menundukkan Pandangan
(Gadhdhul
Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan,
"Dari mana datangnya cinta? Dari mata
turun ke hati". Maka jangan kita ikuti
seruan yang mengatakan, "Ah, tidak
perlu
gadhdhul bashar, yang penting kena jaga
hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan
sehingga terlanggar tiang tetapi cukup
sekadar kita memastikan pandangan kita
terjaga daripada melihat sesuatu yang
tidak syarie. Lelaki memandang wanita
dengan penuh nafsu dan tidak alah juga
wanita yang berkelakuan demikian walau
tampil 'warak berbungkus'.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-
kedai
makan, berjaan berdua malah ada yang
lebih licik dengan menggunakan platform
rasmi yang bernama 'meeting' di
tempat-tempat yang mencurigakan bagi
yang terlibat dengan persatuan
mahasiswa. Walaupun kebanyakan
masyarakat sekitar tidak mempedulikan
tindakan sebegini kerana menganggap
mahasiswa/i berpendidikan yang
berdua-duaan ini sedang berdiskusi
tentang pelajaran atau tugas, namun
apapun alasannya, maka menutup pintu
fitnah ini adalah langkah terbaik dan
wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan
dengan istilah 'jangan jaga tepi kain
orang'. Inilah suatu racun yang sedang
merosak dan menghancurkan fikrah ummah.
Sudah tida lagi ungkapan amar makruf
nahi mungkar dikalnagn masyarakat
hingga
menyebabkan anak-anak muda denagn
sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi
baru kita kahwin. Ana takut enti
diambil
orang." Ikhwah belum tamat belajar
sehingga 'cop' seorang akhwat untuk
menikah kerana takut kehilangan,
padahal
belum pasti hasrat itu akan tercapai.
Hal ini sangatlah berisiko dan boleh
mendatangkan permusuhan dan perpecahan
bukan setakat semasa belajar, malah
akan
berlanjutan ke tanah air hingga
melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam
sendiri melarang kita daripada 'cop
awal' atau bertunang terlalu lama.
Dengan kata mudah 'kalau rasa diri
sudah
berpunya dan serius dalam hubungan,
eloklah dipercepatkan urusan akad
antara
kedua-duanya takut-takut terjerumus ke
kancah maksiat.

Justeru, mana mungkin hubungan suci
suami-isteri akan terbina kekal di atas
timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak 'Urgent'

Menelefon dan berborak tidak tentu
arah,
yang tidak ada nilai significantnya
sama
ada soal pengajian mahupun soal tugas
berpersatuan. Kalau setakat bertanya
khabar, bercakap soal hati dan perasaan
atau apa sahaja yang bersifat tidak
syarie tanpa batas, saya gusar apa akan
kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku
daie,
ulamak dan taruhan masyarakat di tanah
air sebagai benteng terakhir umat Islam
yang membawa mandat besar selaku agen
pengubah masyarakat, harus menunjukkan
teladan dan nama yang baik dengan
mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak 'Urgent'

Saling berchatting via SMS mengenai
hal-hal yang tak ada kaitannya dengan
dakwah mahupun urusan penting, sampai
tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba
masanya kita matang dan bermuhasabah
dengan kehadiran teknologi yang sudah
sekian lama kita nikmati. SMS tidak
sepatutnya dijadikan medan melampiaskan
nafsu serakah dengan berabang-sayang
tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk
tujuan yang lebih murni dan berfaedah
untuk menempah tiket ke syurga Allah
Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan
terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam melarang
perempuan daripada bercakap dengan
suara
yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk
menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan
sedikit bertegas bila bercakap dengan
lelaki yang bukan mahram. Si lelaki
pula, jadilah mukmin yang 'gentleman'
dengan menghormati perempuan mukminat.
Hormat dalam erti kata menjaga dan
memelihara maruah kaum hawa yang bakal
menjadi tempat letaknya zuriat kita,
penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak
'Urgent'

Laman YM adalah termasuk satu
kemudahan.
Tidaklah berdosa bila ingin
menyampaikan
hal-hal penting di sini. Namun menjadi
bermasalah bila topik perbicaraan
melebar entah ke mana dan tidak
menfokuskan kepada dakwah kerana
khalwat
secara maya mudah untuk berlaku.




Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

Jumaat, Oktober 30, 2009

ALMARI BUKU


Assalamualaikum wbt.

Masih lagi saya teringat kenangan diwaktu kecil. Ketika waktu kecil, corak didikan ibu bapa sangat mempengaruhi diriku. Rutin ayahku yang selalu ke surau warisan daripada datukku yang suka ke surau. Rutin ummi dahulu suka membaca. Banyak buku-buku dalam almari di rumahku. Tidak kira, buku haraki atau buku akademik semua menjadi santapan. Tapi semakin tua semakin ditarik nikmat pancaindera, semakin kurang ummi membaca. Ye lah, macam mana nak baca kalau mata tak nampak.

Dalam bilik saya, terdapat satu almari buku. Separuh daripada almari itu dipenuhi buku diwaktu aku kecil dahulu. Saya pernah bertanya,

“Ummi, kenapa tak buang buku-buku lama abang ni?” tanyaku kepada ummi.
“Abang marah ummi bila ummi nak buang buku ni semua.” Balas ummi. Saya sendiripun sudah lupa bila entah saya marah kat ummi dulu.

Maka dua hari suntuk terpaksa dihabis untuk mengemaskini almari buku itu. Buku-buku latihan sejak saya PASTI lagi masih tersimpan disana. Saya tengok balik buku latihan yang sekarang sebahagian adikku guna untuk belajar membaca. Bila tengok adik mula membaca teringat saya mula-mula belajar membaca waktu kecik-kecik dahulu. Mood ummi kadang-kadang tak menentu, kalau mood baik, ummi hanya rotan hanya sekali je sepanjang sesi belajar membaca, kalau mood tak baik ummi hanya marah-marah je.

Banyak perkara yang saya belajar daripada emak. Tulisan jawi, membaca bacaan bahasa inggeris dan juga mengaji al-quran. Tapi waktu tu, lebih suka abah yang ajar berbanding ummi sebab ummi sangat tegas, tak boleh salah langsung. Pada waktu itu saya sangat malas nak belajar (sampai sekarang pun malas juga nak belajar).



Lepas berkemas 2 hari, buku dah makin kurang. Mulalah saya menambahnya dengan buku-buku yang saya beli sendiri. Bermula dengan era buku komik seperti detektif conan, penyiasat remaja, akademi Q, yu gi oh, gundam wing dan peraturan euki. Tidak dilupakan majalah komik seperti kreko dan arena. Itulah yang memenuhi rak buku aku ketika itu.



Era komik diganti dengan era majalah islamik seperti majalah i, al-islam, mastika dan sebagainya. Mastika pada waktu itu mengupas isu sosial semasa seperti black mental dan gerakan freemason. Rak buku dipenuhi dengan itu semua.



Kemudian, saya mula mengisi dengan buku novel. Novel ni bermacam-macam lah. Islamik seperti habiburrahman dan kak fatimah sharha. Termasuk juga buku karangan JK Rowling yang paling aku sayang dalam kategori novel. Memang best.



Sekarang? Ermmmm. Mungkin saya lebih minat kepada motivasi, bacaan ilmiah dan semua buku yang ringan lagi tidak memberatkan kepala untuk memahami. Manusia bermagnet, jutawan senyap, 360 degree leadership, 2080 principle dan banyak lagi menjadi tatapan aku. Walau kebanyakan buku yang saya beli belum habis baca, tapi keinginan untuk membeli buku sangat tinggi dalam diri. Malah saya terpaksa untuk menahan diri daripada pergi ke Pekan Buku untuk menatap buku kerana pasti ada sahaja yang ingin saya beli.

Apa yang peliknya, keluarga akan menunggu buku yang terbaru yang saya beli (of course lah buku bahasa melayu). Melihat kembali buku terisi kedalam almari buku menjadikan saya damai ketika berada dalam bilik. Entah hanya melihat buku sahaja, perasaan gembira tu datang. Gembira tengok buku..

KENAPA KAMU SUKA SANGAT BACA BUKU MOTIVASI

Ini soalan daripada sahabat saya yang datang ke bilik saya sejak akhir-akhir ini. Belum sempat saya menjawab, kawan saya yang satu lab dgn saya,’tolong’ jawab untuk saya.

“biasalah, nak jadi motivator lah kan. Nak sertai syarikat mana?”

Soalan syarikat mana tu tidak menjadi masalah buatku. Membaca buku bukan untuk menjadi motivator dan menyertai syarikat yang menyediakan khidmat kauseling.

Saya suka membaca buku motivator. Saya lebih suka menyertai usrah daripada menjadi naqib. Sebab itu, usrah tahun ini adalah usrah yang pengisiannya main-main dengan lebih cenderung untuk membina insan lebih kepada minatnya dan tumpuannya atau fokus untuk islam. Saya lebih suka begitu berbanding menghabiskan silibus usrah dan mengandaikan adik usrah sudah faham jika didapati adik-adik dapat menjawab dengan baik soalan yang diberikan oleh naqib.

Saya belum lagi menjawab soalan diatas. Sebenarnya saya lebih suka mendengar nasihat. Saya sangat rindukan nasihat sebenarnya. Saya lebih suka saya dinasihati berbanding saya terpaksa menasihati orang lain.

Apabila saya membaca buku motivasi, walaupun orang kata tak ada apa-apa yang bermanafaat membaca buku genre seperti itu. Bagiku, itulah medan saya untuk memunasabah diri dan menerima nasihat walaupun tidak dituju kepada saya. Nasihat adalah penting dalam hidupku.

Dari kecik sampai sekarang, selalu buat kerja main-main. Cuma peratusan main-main itu adalah berkurangan sejajar dengan usia. Saya yang suka main-main menjadikan orang disekeliling akan marah dan membebel dan berleter. Ummi abah selalu berleter. Atuk dan nenek pun selalu berleter. Tapi arwah atuk dan nenek sebelah ayah tidak sempat untuk berleter kepada saya mungkin saya masih lagi kecik.

Setengah orang tidak suka dan meluat dengan bebelan dan leteran emak ayah. Tapi saya tidak! Diwaktu kecik dibawah pengawasan emak, mungkin bosan mendengarnya. Tapi bila terlepas daripada pengawasan emak ayah, rupanya saya sangat merindukan bebelan tersebut. Mungkin dah sebati dalam jiwa kot.



Ayah pernah membebel dan berleter disebabkan saya menemani seorang perempuan pulang daripada sekolah kerumahnya disebabkan cuaca gelap dan rumahnya berada ditepi hutan. Atas dasar simpati dan kasihan, saya menemaninya sehingga sampai depan pintu pagar rumahnya. Akhirnya ayah dapat tahu, berleter sehingga tidak membenarkan berkawan dengan perempuan. Mungkin sebab itu, saya sedikit dingin dengan perempuan. Mungkin!

By the way, itu sebab saya suka tengok dan baca buku. Sekarang bercita-cita menulis buku. Saya nasihatkan sahabat-sahabat, berkawan lah dengan buku, kerana buku tidak mengajar kita benda yang tidak baik. Malah buku mengajar kita untuk menjadi insan yang baik, berfikir dan sebagainya. Kalaulah ada buku yang menjurus kepada keburukan, itu adalah kebaikan untuk anda. Jika salah, itulah kelebihan anda untuk anda tahu bahawa buku itu adalah silap. Kan untungkan?

Isnin, Oktober 12, 2009

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN

Salam ceria buat semua.

Sering kali saya tidak berpuas hati dengan ucapan ahli politik sekarang. Prasa “alhamdulillah, tidak kira sama ada anak ahli pembangkang atau pun sape2, kita akan memberikan mereka kemudahan belajar yang lengkap.” Semua orang bertepuk tangan selepas itu.

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN.

Kerajaan dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir setiap yang berlaku dalam pentadbiran sebuah negara. Malah sepatutnya, setiap perkara yang berkaitan dengan pentadbiran yang penting harus berbincang dengan rakyat. Disinilah pentingnya masjid sebagai pejabat pentadbiran negara ketika zaman rasulullah dimadinah. Perbincangan soal negara dalam masjid itulah yang menyebabkan negara madinah al-munawarah itu menjadi semakin kuat.

Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul oleh seseorang untuk melaksanakannya. Manakala, sumbangan adalah pemberian ikhlas dari poket sendiri kepada orang lain.

Rasenye pentafsiran yang saya buat diatas sudah menjadi kayu ukur sebenar antara sumbangan dan tanggungjawab.

Kate dialog diatas sebenar tidak selayaknya diucapkan oleh seorang yang memegang mandat sebagai kerajaan. Kerana pendidikan, infrastruktur awam, dan sebagainya itu adlah hak asasi semua penduduk malaysia. So, setiap yang bernama kerajaan wajib melaksanakan dan memenuhi tuntutan setiap penduduk di Malaysia.

Malah kerajaan juga tidak selayak membezakan anak penyokong kerajaan pusat atau pembangkang kerajaan pusat dalam tuntutan hak asasi manusia.

Lainlah kalau kerajaan menggunakan duit hasil poket sendiri untuk membelanjakan sesuatu yang bermanfaat untuk hal yang tidak berkaitan dengan hak asasi seperti memberi kain batik seorang satu kepada rakyat. Itulah sumbangan namanya.

Melihat kembali peranan kerajaan yang dimainkan oleh zaman pemerintahan islam satu ketika dahulu, baitul mal mampu menampung pembelanjaan pendidikan, air, undang-undang dan sebagainya secara percuma kepada rakyat. Suatu yang tidak akan berlaku lagi pada masa kini.

Pesanan kepada anda yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti. Bezakanlah antara tanggungjawab dan sumbangan peribadi. Sumbangan menggunakan duit kerajaan juga adalah salah disisi undang-undang Allah. Ingatlah tanggungjawab itu adalah ditanyakan Oleh Allah kepada setiap pemimpin.

Jangan sesekali mendabik dada telah memberikan sumbangan kepada rakyat melalui saluran kerajaan kerana setiap yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat juga.

Lateral maksima tak kisah pasal duit dan harta sangat...............................

Selasa, Oktober 06, 2009

AKU TAK MATURE............


Salam ceria.

Sebenarnya banyak idea nk saya smpaikan. Tapi kehilngn mood dan kelelahan dlm menjalani pembelajaran, meting dan sebgainye menyebabkan saya jarang untuk untuk berblogger.

Saya cukup segan dengan semua org sebenarnya. Kerja banyak sangat tertangguh dan kadang-kadang terpaksa orang lain yg ambik alih. Saya cukup segan dengan orang dalam PERMATA, disebabkan komitmen yg tidak seratus peratus. Saya jugak sebenarnya sangat segan dengan ajk Ihram. Mereka sangat bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti dibulan puasa dan dalam mase yg sama, saya ditugaskan untuk memantau segala perancangan mereka. Tetapi saya tidak dapat memantau kesemuanya malah kadang-kadang mereka dimarah sedangkan saya mengetahui perkara itu memang salah.

Saya segan sebenarnya dengan ajk JKP tarbiyah dan kepimpinan PMIUM. Ye lah. Saya kadang tidak sempat untuk follow up kuliah Ilmu, kuliah maghrib yang dilaksanakan dan beberapa program untuk kemantapan kefahaman islam yang baik dikalangan warga kampus. Saya juga segan dengan teammate saya dlm kumpulan waste management dan biology monitoring kerana dorang yang banyak ambik alih kerja yang tidak dapat saya siapkan.

Betapa dalam saya meletak keutamaan, saya menjadi pening kerana kesemuanye sangat penting bagi saya malah ijtihad saya ketika itu juga menyebabkn ramai orang yang mempersoalkannya lebih-lebih lagi melibatkan ramai orang dalam ijtihad saya itu.

Sekembalinya saya untuk mengatur gerak kerja serta penyusunan yang lebih baik berdasarkan buku 360 degree leadership, adelah desas-desus yang saya macam budak-budak, tidak mature dan sangat banyak main-main dalam membuat kerja. Bukan setakat kawan-kawan,sahabat dan orang yang berada disekeliling saya sahaja yang berkata seperti itu, malahan ahli keluarga sendiri pun mengucapkan seperti itu. Adussss...

Sedang saya membaca balik buku 360 degree tersebut, saya tersenyum disebabkan penulis membicarakan maksud mature yang sebenarnya. Didalam buku tersebut, sir John Maxwell menyebut bahawa mature itu kesanggupan seseorang itu mengambil tanggungjawab didepan mata bukan orang yang melepaskan tanggungjawab yang ada dan mencari tanggungjawab yang belum pasti berada di dalam genggaman.

“kematangan itu bukan datang dengan umur yang berlalu. Tetapi kematangan itu adalah penerimaan tentang tanggungjawab.”

Sememangnya, kata penulis, kematangan itu adalah cara menghadapi tanggungjawab dan memandang tanggungjawab dengan pandangan yang lebih kehadapan. Sesungguhnya, tanggungjawab itu akan disertakan dengan keletihan agar menjadikan perkara dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan cemerlang. Kerana, kata penulis, keletihan itu adalah semakan kepada apa yang telah dilaksanakan untuk melahirkan perancangan yang lebih jitu lagi.
Lateral maksima pun nak belajar menjadi orang yang lebih bertanggungjawablah macam tu..........

Khamis, Oktober 01, 2009

CERITA RAYA



Assalamualaikum warahmatullah...........

Alhamdulillah, sekarang kita berada difasa kemenangan yakni syawal. Bagiku, kita bukan menang dikala ini dan sebenarnya kita tidak layak sebenarnya untuk menyambut syawal disebabkan islam dan khalifah tidak berada ditempatnya selepas kejatuhannya tahun 1924M. Syawal bagiku adalah simbolik kemenangan umat islam pada zaman rasulullah yang ketika itu, beberapa siri peperangan berlaku pada bulan Ramadhan dan selayaknya mereka menyambut bulan syawal dengan penuh kesyukuran seperti mana disebut-sebut dan dilaung-laung dalam takbir hari raya.

Walaupun bagiku, raya kali ini adalah hambar dan tidak ada serinya, dengan lambakan hiburan di kaca televisyen (menyambut kemenangan syawal dengan maksiat, astaghfirullah) yang menyiarkan cerita hantu pada hari raya (peliknya) dan lambakan cerita-cerita artis seperti siti dan sebagainya menyebabkan roh syawal itu tidak terkesan dihati-hati umat islam sekarang.

Dalam kehambaran yang ku rasai pada hari raya, aku sempat untuk melawat sahabat sesekolah dahulu. Bertanya khabar, bercerita zaman sekolah dahulu dan sebagainya kehambaran hari raya kali sedikit terubat. Ialah, nk melawat sanak saudara, kereta pun dah tak muatkan. Tak pe lah. Nak suruh murah rezeki beli kereta lah tu.

Dalam tak berkesempatan pun, dapat juga lah aku beraya rumah kawan-kawan yg dekat-dekat kampung atuk aku ni. Tapi aku takde gambar nak letak dalam blog ni. Maklum lah takde kamera.

Dikesempatan ni, aku nak mengumpat tentang dua org kawan aku ni. Aku berkesempatan bertemu dengan salah seorang sahaje. Sorang lagi takde kat rumah mase aku hampir sampai kat rumah dia. Almaklum lah nak datang tak bagi tau kan....

Bertandang kerumah hafiz bagai bertandang kerumah orang baru berpindah rumah baru. Tiada perabot diruang tamu. Juga tiada tv yang sentiasa memancing minat ku untuk menonton. Hanya yang ada diruang tamu itu adalah sofa dan meja yang kecil. Itu sahaja diruang tamunya. Sedangkan rumahnya telah diduduki sehingga menjangkau 7 tahun lamanya.

Pabila aku smpai, semua adik-adik yang perempuan kesemua berpindah ke ruangan dapur dibelakang yang dipisahkan dengan tabir berwarna biru. Dan semua adik-adik lelakinya kesemua berada diruang tamu melayanku makan dan berbual. Mereka sememangnya cukup ramah dengan ku sama seperti ketika aku bertandang ke rumah mereka waktu kecil-kecil dahulu.

Yang menarik tentang keluarga ini adalah kopiah sentiasa terlekat dikepala adik beradik lelakinya dan purdah menjadi perhiasan bagi adikberadik perempuannya. Dan kesemua adik beradik lelaki termasuk hafiz belajar dipondok pengajian terdekat di mudirnya dikenali sebagai ustaz ali. Secara zahirnya, hafiz dan adik-adiknya terlihat kematangan dalam bercakap dan adab melayan tetamu sehingga diriku terasa agak selesa dengan mereka.

Berborak hampir sejam, aku meminta izin untuk pulang bagi menziarahi kawan-kawan yang lain. Mereka menitipkan sedikit ‘kacang raya’ buatku. Terasa kezuhudan keluarga ini ketika itu. Semoga keluarga itu akan terus seperti itu bagi menjadi contoh kepada keluarga yang lain disekeliling mereka. Moga doakan.

Seorang kawanku yang lain itu aku kunjunginya ketika beberapa tahun lepas. Sewaktu aku melawatnya dirumahnya, dia baru sahaja pulang dari beraya dengan kawan-kawannya. Seperti mana family moden yang lain, ruang tamunya mempunyai tv, set karaoke, meja makan, sofa dan mejanya, dan beberapa hiasan dinding.

Keluarga yang cukup moden, keluarga perempuannya tidak bertudung ketika berada dirumah walaupun ketika tetamu yang mahram berkunjung. Bercakap dengan tidak berlapik dan sebagainya membuatkan aku sedikit malu dengan keluarga ini. cukup untuk membuatku tidak selesa ketika berada didalam rumah mereka.

Cukuplah sekadar itu untuk aku mencerita tentang kedua keluarga ini. kalau andalah, mana satu menjadi pilihan hati? Keluarga diatas or dibawah? Sebenarnya kedua-dua keluarga ini mempunyai satu persamaan iaitu bapa mereka bekerja dipelantar minyak dipantai terengganu dan ibu mereka tidak bekerja. Bermakna pendapatan mereka adalah lebih kurang sama sahaja.

So, ape yang membezakan mereka? Yup tepat sekali, didikan mak ayah mereka terhadap anak-anak mereka. Betul tak?? Keluarga hafiz sgt cantik cara didikannya. Setiap anak lelakinya diwajibkan sembahyang disurau terdekat dan anak perempuannya diwajibkan sembahyang jemaah dirumah mereka. Didikan mereka agak sempoi tetapi penjagaan amalan yang agak ketat. Sempoi disini bermaksud, seperti mana keluarga yg lain, mempunyai kehendak dan keperluan yg tersendiri seperti handphone, laptop dan sebgainya untuk anak-anak mereka. Kiranya keluarga ni uptodate lah jugak dengan kemudahan internet tapi kawalannya yg ketat.

Berbanding keluarga sorang lagi jugak uptodate tetapi tanpa kawalan dan amalan yg tidak terjaga. Dimanjakan dengan wang ringgit tanpa ketegasan menyebabkan “roh rumah” terasa hilang daripada kerasaan diri mereka. Betapa kenikmatan tersebut tidak dirasai dirumah ini.

Kenapa aku menceritakan semua ini. aku nak bagitau bahawa pendidikan untuk anak-anak sejak dari rumah itu adalah sgt penting dan sering sekali masyarakat kita abaikan tentang pendidikan roh. Masyarakat sekarng mementingkan pendidikan akal semata-mata menyebabkan anak-anak ini senang hati didengari akan kejayaan mereka, tapi tidak cantik dimata melihatnya.

Ha...kepada senior yang akan kahwin ingatlah cerita diatas sebagai iktibar untuk anda. Dan kepada Fahmi Suhaimi yg akan mendirikan rumahtangga, selamatlah dan moga dipanjang rezeki sehingga diakhirat nanti...

Rabu, September 16, 2009

SELAMAT MENCARI LAILATUL QADAR DAN SELAMAT HARI RAYA



Selamat mencari malam lailatul Qadar buat semua pembaca laman blog lateral maksima.




Dan selamat hari raya buat semua sekali pengunjung utama blog ini. Bertemu kita selepas hari raya nanti insyaallah.



Minta maaf banyak-banyak sekiranya tersalah tersilap dalam penulisan blog ini. Sesungguhnya sebagai manusia, tidak terlepas daripada membuat dosa yang sedar atau tidak sedar. Syukran jazila.....

Jumaat, September 04, 2009

SANDIWARA RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“ Enta ni kuat semacam je ana tengok. Pose x ni.”
“Astaghfirullah al ‘azim. Ana confirm lah pose.”

Ya, dialog diatas sering kita jumpe dimana-mana majlis yang memerlukan kudrat seperti iftor TNC semalam.

“ Hari ni kita pergi buat kerja sikit.”
“ Tak boleh lah sheikh. Ana letih sangat. Tambah pose lagi. Ngantuk sangat. Ajaklah sahabat yang lain buat kerja dengan enta.”

Dialog biasa waktu dibulan puasa ni. Letih, mengantuk, tak sahur, tak berbuka, terlalu penat, semua aktiviti dipostpone kerana bulan pose sering menjadi pencuci mulut pada Bulan Ramadhan ni.

BADAR DIBULAN RAMADHAN

Cuba kita renung sirah nabi saw. Apabila di ‘warta’ kan oleh Allah syariat berpuasa, serentak itu juga, diturunkan oleh Allah ayat perang. Kemudian tercetus pula perang Pertama islam, iaitu perang Badar.

Aku melihat adik aku berpuasa. Berumur 7 tahun. Mula belajar berpuasa. Berpeluh dan terketar-ketar dek kelaparan yang amat sangat. Malah berbuka awal lagi. Tidak dapat puasa penuh satu hari. Malah dimalaysia, ramai orang mengucapkan syukur alhamdulillah kerana berpuasa dalam hujan disebabkan tidak tahan jika berpuasa pada panas terik matahari. Itu di Malaysia. Jika di tanah arab pulak macam mane? Dengan teknologi yang tidak seberapa. Bukan naik kereta pergi berperang. Bukan naik motor. Tapi naik kuda yang tidak berbumbung untuk menuju medan perang. Dengan pulak, puasa baru disyariatkan. Andaikatalah umat islam ketika itu seperti adik ku, mungkin mereka tidak akan turun berperang. Tapi mereka bukan adik ku.

Mereka adalah Abu Bakar as-siddiq. Berumur lebih kurang dengan Rasulullah iaitu dalam 50 an pada waktu itu. Cuba bandingkan dengan orang islam sekrang diambang 50 tahun. Jauh sangat bezanya. Dan ramai lagi tokoh seperti Umar al-khatab, saidina hamzah, dan sebagainya.

Jauhnya puasa kita dengan puasa mereka pada masa tersebut. Puasa mereka beroleh kemenangan dimedan jihad, puasa kita bermatlamat makanan.

PUASA = LEMAH

Puasa sering dikaitkan dengan lemahnya badan. Aku tidak mengerti macam mane puasa itu melemahkan badan. Sedangkan pemain bola sepak mesir mampu mengadakan perlawanan persahabatan ketika bulan puasa. Nah. Bukti sudah didepan mata bahawa puasa tidak melemahkan. Malah puasa ni menambahkan lagi energy korang. Percaya atau tidak terpulang kepada orang berpuasa.

TIKET RAMADHAN

Hari ini, kita menjadikan ramadhan sebagai tiket kita. Tiket untuk tidur lebih. Tiket untuk membeli makanan lebih. Malah ramadhan juga adalah tiket untuk membeli secara boros. Tidak hairan jika pada bulan pose ni, perbelanjaan family korang bertambah dengan mendadak. Malah food waste generator semakin bertambah di rumah-rumah kediaman tetapi berkurang dikedai-kedai makanan.

Runsing aku roh ramadhan semakin menghilang. Ramadhan adalah rahmat kepada sekalian umat islam. Pada bulan ramadhan, bazar ramadhan dibina dimana-mana sahaja. Kuasa membeli semakin bertambah pada bulan ramadhan. Ditambah sekali ganda lagi apabila menjelang akhir puasa nanti.

Tiada sape yang runsing, minggu ni xdpt buat qiam, tapi orang runsing berapa juadah berbuka puasa hari ini. tiada sape yang kisah pasal berapa juzuk yang dia baca setakat ni, tapi mereka kisah, mencari masjid untuk berbuka puasa. Mereka tidak peduli untuk bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, tapi mereka peduli kepada orang yang semakin mengkayakan mereka.

Ya allah. Jadikanlah ramadhan ini suatu jalan tarbiyah bagimu untuk ku. Tarbiyah yang bukan untuk melemahkan bahkan untuk menguatkan. Jadikanlah ramadhan juga sebagai madrasah bagiku, supaya aku sentiasa konsten dalam mengejar ibadah untuk negeri akhirat yang abadi, menjadi pejuang yang ditarbiyah untuk jalanMU. Jadikanlah juga ramadhan adalah bulan untuk ku mencari keredhaanMU, bukan bulan yang biasa yang ku lalui sebelum ini. Ya allah. Ampunilah segala kemaksiatan ku kepada MU. Sesungguhnya, Engkau dzat yang maha agung lagi mengampuni dosa hambaMU. Amiiiiinnn.

TINTA INDAH BUAT AJK IHRAM

Sekalung ucapan tahniah kepada setiap ahli jawatankuasa IHRAM 09 kerana berjaya mengadakan satu iftor perdana dengan lancar lagi baik. Dan sekalung jutaan terima kasih jugak diucapkan oleh Ahli Jawatankuasa Balai Islam Dayasari kerana kesungguhan anda dalam menjayakan majlis berskala besar seperti ini. Serta serantai emas terima kasih diucapkan daripada pihak pengetua dan juga pengurusan kolej kepada anda semua kerana bertungkus lumus dalam mem ‘perfect’ kan majlis Iftor kali ini.

3 hari. Ya, 3 hari. Bukan 3 minggu atau 3 bulan atau 3 tahun. Hanya tiga hari sahaja anda berkesempatan untuk membuat persediaan untuk road to Iftor Perdana. Admin sangat memahami, apabila aktiviti berskala kecil menjadi aktiviti berskala besar bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tahniah buat anda.

Admin sebenarnya sangat menyelami kesungguhan dan kemanisan setiap gerak kerja ajk Ihram kali ini. Berhadapan dengan situasi yang 50-50 kata pengulas bola sepak, anda bergerak kerja dengan plan yang lebih bersedia. Bersedia dari konteks mampu memanipulasi keadaan dan corak gaya gerak kerja mengikut perubahan tentatif dan protokol. Tahniah buat anda.

Bulan Ramadhan. Ya bulan puasa. Ketika muslim yang lain sudah kelesuan ketika dihujung hari, anda masih lagi bersemangat mengerah keringat dan memerah otak bagi menyelesaikan sebarang keraguan dan masalah yang timbul. Tidak timbul dari seketul darah yang bernama hati, rasa kesal dan putus asa daripada melakukan perkara yang dirancang. Moga Allah menilai anda dengan nilaian tiada tandingan.

Admin sangat terharu. Terharu disebabkan masih lagi terpancar dari sudut mata anda, cahaya kegembiraan ketika berbuka puasa walaupun admin mengetahui bahawa anda semua sangat kepenatan. Masih lagi mampu tersenyum berbuka di tempat VVVIP, berseronok dan bergurau senda. Satu ukhuwah fillah yang tidak ada dlm aktiviti lain. Terima kasih buat anda.

Menghadapi kerenah birokrasi dan kecelaruan pengurusan di peringkat atasan, tidak mematahkan semangat jitu Syabab (pemuda-pemudi) dalam dada setiap daripada anda. Berbanggalah kerana andalah orangnya. Melihat terlampau banyak perubahan ‘last minute’ yang diterima daripada pihat pengurusan, mampu ditangani dengan baik tanpa perasaan berkecamuk dan gelora panas seperti dipermainkan. Bagi anda, itulah proses tarbiyah bagi diri anda. Tarbiyah pengurusan, tarbiyah mentaliti, tarbiyah perasaan, tarbiyah komunikasi dan sebagainya. Semoga redha Allah bersama dengan anda.

Ikhlas hati anda, redhalah kesalahan orang lain kepada anda. Anda tahu apa jalan yang ditempuhi ketika ini, dan berbanggalah dengan redhamu. Semoga redha atas kesalahan orang lain, menjadikan redha Allah bertambah besar. Insyaallah.

Tiada kata yang sempurna dapat diungkap untuk kebaikan anda. Tiada lafaz yang terluah untuk keikhlasan anda. Tiada hadiah yang lebih bermakna mampu diberikan kepada anda. Cuma dapat Admin ungkapkan, jutaan terima kasih diucapkan dan ribuan kemaafan jika pengurusan kami menyusahkan anda. Puluhan puji dan syukur kehadrat ilahi, semoga jalan mu disuluh kebaikan dan hidayah daripada Allah jua. Amiiiiiiiinnnnnnn.

Isnin, Ogos 31, 2009

AKU JADI PENGERUSI MAJLIS


Assalamualaikum dan salam ceria....

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak menulis sesuatu buat anda semua. Aku sebenarnya sangat pelik sangat2, sebab aku seolah bukan fahmi lagi. Pelik tapi benar. Sanggup menjadi mc sebanyak tiga kali dalam 3 hari cukup memelikkan aku disebabkan aku ni sememangnya bukan orang yang sntiasa ke depan untuk bercakap.

Ketika pein mengesyorkan aku mnjadi mc pada malam tu, aku pun pelik jugak kenapa aku menerima cadangan si pein ni. Mungkin ketika itu, melihat muka ‘kesian’ pein kot. Whatever lah, aku menerima jugak tugas tersebut tanpa banyak soal lagi. Apabila aku menerima tugasan tersebut, dan apabila mengingati AGM Asmum itu adalah pada hari jumaat petang, aku sedikit terkesima dan terbungkam...........kenapa?

Ialah, melihat jadual harianku, pada waktu pagi yang terpaksa menghadiri 2 meting iaitu meting jkp tarbiyah dan kepimpinan PMIUM dan kolej menyebabkan aku mendapati aku akan menghadapi situasi yang agak sulit iaitu menjadi pengerusi majlis tanpa latihan dan teks yang lengkap. Aku menyedarinya pada waktu subuh. Kemudian, mujahid menelefon aku untuk memastikan aku. Yess. Satu ungkapan yg meluncur laju dari mulutku tanpa berfikir.

Betul ke ni? Tetapi menjadi satu kemisterian adalah aku tidak merasa bimbang seolah-olah semua ini adalah suatu yang sudah biasa bagiku. Sedangkan 2 hari sebelum itu waktu presentation dihadapan prof dan rakan2 secourse, terketar dan menggelegar lutut aku untuk menghabiskan presentation aku tersebut.

Aku menghabiskan meting aku sehingga hampir waktu sembahyang jumaat. Habis je sembahyang jumaat bergegas keluar untuk brsiap-siap pergi ke AGM. Berjalan kaki ke fakulti. Sampai saje terus je cari kak hasna sebab dia yang nak buat teks mc tuk aku. Aku mendapt teks tersebut 15 minit sebelum start majlis. Hohohoho...baru tahu..

Tengah sibuk edit, runner suh bersedia dan kemudian dekan dan penasihat masuk ke dewan. Apa lagi, balun je lah teks yang ada sehingga lah habis AGM. Kira ok lah first time walaupun ade silap salah disebabkan terlepas pandang pasal teks menyebabkan bercakap pun pelik2 je rasenye. Bile habis pun, xrase ape2. seronok pun tidak, sedih pun tidak, lega pun tidak. Adus pelik lagi memelikkan. Mungkin berkat bulan Ramadhan kot. Yelah AGM Asmum tanggal 7 ramadhan.

Kemudian, aku bertanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis untuk majlis balai islam. Majlis perasmian pembukaan dan penutupan. Kedua-duanya aku merasakn cukup rileks dan bersahaja. Harap lepas ni kene lebih profesional lagi lah. Mane lah tau lepas ni jadi pengerusi tetap AGM pulak lepas ni. Bolehlah berceloteh lebih sikit...

Lateral Maksima.......suka tengok orang tersenyum apabila aku berada dipentas, terasa bahagia semacam je.........

Ahad, Ogos 23, 2009

DISMI SUATU PERMULAAN..........


Salamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah lebih kurang seminggu aku bercuti dikampung. Tetapi sayang, banyak perkara tidak dapat dilakukan oleh ku ketika berada dikampung ni. Almaklumlah percubaan untuk mendapat internet disini selalu tersangkut dek masalah kerosakan komputer dan perkakasan di cyber cafe yang selalu aku kunjungi untuk membuat assignment dan melayari internet. Adussss... seminggu aku terkandas maklumat penting. Tetapi bagus jugak, sekurang2nya aku dpt buat ape yg aku jarang dpt buat walaupun aku balik ke kampung. Melayari astro baru family aku, menolong mak aku memasak(sikit-sikit je, msih xpndai msk lagi), and so on.

Kadang-kadang kene follow up sesuatu yang menyeksakan jika kerja memang tak siap lagi. Kalau kerja memang cepat siap, sentiasa menunggu nk kene follow up. Hehehehehe.

Untuk kali ini, aku telah dilantik oleh sang pengetua untuk menerajui projek kolej yang dikenali sebagai diskusi ilmiah antara agama(DISMI 10). Kuterima projek ini kerana istilah yang diperkenalkan oleh pengetua sendiri, ‘diskusi ilmiah’. Diskusi ilmiah ini walaupun dialog antara agama, boleh menjadikan jugak dialog antara kaum. Mengikut HEP, sebarang projek kolej mesti bertepatan dengan tema universiti hari ini, um is one towards 1malaysia. Bagiku konsep Dismi ini telah memenuhi 1malaysia seperti yang diminta oleh HEPUM.

Setelah organisasi dibentuk dengan agak kelam kabut, akhirnya 5 orang wakil dari chinese dpt direkrut dlm organisasi Dismi kali ini. Kata pengetua, kali ini wakil teramai daripada chinese. Tapi kelemahan kali ini, tidak dpt merekrut ahli dari kaum india. Alah tak sharp jugaklah. Kaum india di kolej terlalu sedikit menyebabkan hatiku sedikit resah. Tapi dengan pertolongan sahabatku, perkara ini bakal akan ditangani dengan cepat sekali. Alhamdulillah. Zikir buahkan fikir.

Tapi yang cukup meresahkan jiwa dan pemikiran aku adalah pemilihan tajuk yang aku sebagai penganjur perlu tetapkan untuk panel membahaskan secara ilmiah dan rasional. Sebenarnya, untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, aku telah membuat ulangan kkd sebanyak 2 kali dah. Ini sangat mengharu birukan kepala otak aku untuk berfikir tentang tajuk tersebut.

Bercerita tentang tajuk yang dikehendaki, aku mula berfikirkan tentang isu ISA dan mengenai undang-undang keselamatan dalam negara. Kemudian aku putuskan untuk membuatkan tajuk undang-undang keselamatan negara mengikut perpektif antara agama di Malaysia. Aku berusaha untuk tidak tidur malam bagi menyiapkan kkd yang pertama bagiku mengikut kkd yang telah dibuat oleh senior yang lepas. Dan akhirnya aku telah siapkan.

Kemudian, aku telah menghantar kkd tersebut kepada pengetua dipejabatnya pada keesokkan paginya. Cukup terharu, kkd yang aku buat telah diterima dengan senyuman oleh orang yang menilainya. “ah lega hatiku sekejap, lepas ni boleh aku buat kerja yang lain pulak setelah sekian lama tertumpu kepada kkd dismi sahaja.” Monolog sendirian.
Setelah beberapa hari kemudian, pengetua telah memanggil aku semula bagi mengambil semula kkd yang telah aku hantar tempoh hari. Tetapi, kali ini aku tidak berjumpa dengan pengetua, hanya berada dihadapan kaunter pejabat sahaja. Kkd itu aku terima dengan sekeping nota dilekatkan dihadapan kkd. Nota tersebut berbunyi:

“tajuk dismi ini tidak diterima oleh pegawai hep disebabkan oleh tidak mahu perbincangan isu tetapi hendak lebihkan ilmiah dan akademik. Ada beberapa kesalahan yang tidak ketara yang telah saya tanda dengan pen merah.”

Membaca nota tersebut, menyebabkan aku mula hendak marah dlm diam. Mula mengomel sorang-sorang dan sebgainya. Apabila kkd ni ditolak, bermakna aku perlu membuat kkd yang baru dengan tajuk yang baru yang sudah pasti memakan masa sehingga berjam-jam dan berhari-hari kalau malas. Tidak lama kemudian sedang aku berkira-kira tajuk yang lebih sesuai, satu sms diterima daripada pengetua:

“saya lebih suka tajuk tersebut dan diperingkat saya tidak ada masalah jika kamu hendak tajuk ini dibincangkan secara ilmiah. Cuba bincang dengan ajk termsklah ajk balai islam. Saya tahu bukan senang untuk memuaskan hati setiap orang.”

Mesej ini cukup untuk aku menggambarkan seorang pengetua yang cukup profesional dalam tugasnya tanpa mengira background politik. Reda sikit kemarahanku. Keesokkannya, dalam mesyuarat balai islam, aku telah meminta pendapat daripada setiap adik beradik balai islam tentang tajuk yang sesuai. Sehinggalah tajuk keamanan dunia dengan tema keamanan bukan mustahil.

Malam itu, aku buat jugak sampai siap kkd (edit sikit je dari kkd yang pertama) dan hantar kepada pengetua pada keesokkannya. Malam itu, pengetua menyerahkan balik ketika promo feseni berlangsung. Komennya, tajuk itu terlalu lapuk dan tidak seronok untuk dibincang lagi. Kali ini, pengetua pulak menolak. Mungkin lah memang tajuk itu tidak menarik pun.

Mahasiswa dan Pembincangan Ilmiah.

Sangat terkilan sebenarnya tajuk pertama itu tidak diluluskan oleh sang berkuasa universiti. Aku menjadi hairan dan pelik dengan sang penguasa universiti. Kalau andaikatalah sebuah isu tidak dapat dikupas dalam universiti secara ilmiah bukan daripada kaca mata politik malaysia, sang penguasa unversiti nak mencorakkan mahasiswa zaman sekarang sebgai apa?

Geram lagi bengang apabila budaya intelektualan mahasiswa telah dicabuli oleh orang yang menganggap mereka lebih memahami mahasiswa daripada mahasiswa. Tidak hairanlah jika konsert disekeliling kuala lumpur dipenuhi oleh mahasiswa sedangkan wacana pemikran ilmu dihadiri oleh orang tua yang sememangnya telah kaya dengan pengalaman bak kata orang, orang tua yang telah lama makan garam.

Ya, mahasiswa sebenarnya telah dikurung pemikirannya dalam sebuah dadu, kemudian dibaling kemana sahaja sesuka hati mengikut permainan yang dimainkan oleh pemain. Ayuh, generasi muda sebayaku. Bebaskanlah anda daripada belenggu dadu yang dimainkan. Aku bukan marahkan sang penguasa sangat malah aku tidak marah jika kkd aku terpaksa ubah dan hantar sehingga 10 kali pun. Yang aku kisah adalah budaya intelektualan mahasiswa disempitkan oleh belenggu politik malaysia yang sememang sempit dan menyempitkan. Tidak cukupkah lagi mahasiswa dibelenggu dengan AUKU yang memundurkan pemikiran siswa siswi.

Aku tak pndai sangat nak menulis banyak. Dan aku juga kesal aku menulis diatas rasa marah yang meluap-luap tanpa ilmiah yang berhikmah. Mungkin aku perlu mengkaji lebih untuk melontarkan idea secara hikmah dan berlembut. Tapi aku adalah orang yang positif dalam memulakan sesuatu. Aku harap, aku dapat menggarpkan sesuatu dari sudut ilmiah bagi mengupas semua isu yang terjadi didunia ini. insyaallah. Takbir.

Isnin, Ogos 10, 2009

USRAH CHINESE.... AIK ADE JUGAK..........



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Ya, memang chinese pun ade usrah. Malah mereka menjadikan usrah mereka sesuatu yang zahir dimata setiap orang yang lalu lalang dilobi. Mereka tidak hiraukan manusia yang lalu lalang dan orang yang lalu lalang dilobi pun tidak memperdulikan komunuti chinese yang membuat usrah ini.

Cukup menarik untuk mendekati usrah mereka ini. Kebetulan, aku mempunyai kelapangan yang sedikit ketika itu akibat menunggu orang yang memang tidak sharp pada masa meting mereka. Sambil menunggu mereka, aku membuka note book yang sememang nye sentiasa berada didalam seluar panjang ku ni. Sambil meneliti checklist kerja dan perancangan untuk sehari, aku menjeling mereka membuat usrah.

Pada awalnya, mereka berkumpul dahulu dikawasan dataran. Semua mereka adalah junior first year yang setengahnya ku kenali dengan baik. Mereka akan bergelak ketawa dan berceloteh sesama mereka. Senyum ketawa mereka cukup menggambarkan keakraban mereka sendiri. Kadang-kadang, ade daripada mereka mengeluarkan gasing cina dan bermain-main sambil orang lain menyaksikan dan bersorak dengan gembira..

Orang yang bermain cukup hebat untuk maintain kan gasing diatas talinya. Beberapa aksi yang ku kira cukup hebat disebabkan penonton yang tengok kesemua bersorak dengan cukup kuat. Aku yang memerhatikan dari jauh tersenyum sendiri. Dalam hati ‘hebatlah jugak’. Sorakan dan permaianan gasing dorang tidak lama lantaran senior dorang mula turun ke lobi. Yang aku dapat perhatikan, 3 pattern baju sahaja yang dipakai oleh senior dorang, pattern pink, ungu dan biru gelap. Memang assobiah lah kiranya..

Junior berhenti bermain. Mereka berkumpul mengikut group yang telah ditetapkan sambil senior melaung-laung entah ape2 dalam bahasa cina. Tapi yang pastinya, semua mereka berkumpul dalam tujuh group lebih kurang bercampur lelaki dan perempuan. Senior ada dalam 4 orang bagi setiap group.

Senior yang kebanyakan kukenali, mula berucap. Tapi memang aku tak faham apa yang mereka cakap. Aku semakin mengambil perhatian terhadap event yang berlaku didepan mata aku. Buku nota dihadapan tidak ku usik dah. Selepas beberapa ketika, junior mula bising bercakap dan bergurau sesama mereka sambil senior menyampuk cakap2 mereka. Tapi yang ku perhatikan, mereka bercakap seorang demi seorang walaupun kawan2 mereka ada yang menyampuk...

Kemudian, mereka diberikan kertas mahjong dan beberapa marker. Senior memberikan guideline kepada junior walaupun suasana yang ditimbulkan adalah bising. Satu je lah yang aku dpt tengok iaitu mereka sentiasa respond setiap selepas senior mereka bercakap.

Mereka berbincang sesama mereka dalam keadaan yang sdikit senyap berbanding tadi. Kali ini, mereka dalam keadaan sedikit serious. Berbincang, berbincang, berbincang, berbincan..................g.

Tiba-tiba henset kesayang berbunyi menandakan mesej masuk. Alamak, meting diubah tempat ke surau pulak. Kacau betul, lambat nye nak bagitau... tapi satu kesempatan aku akan tanye ape yang dibincang dalam usrah tersebut insyaallah....

KESEMPATAN

Kesempatan untuk bertanya datang juga. Ketika aku berbual dengan beberapa orang chinese ketika mereka merancang untuk promosi projek kolej. Aku bertanya tentang malam tersebut.

“kitaorang aa, bncg2 psl motivasi, kadang-kadang pasal projek dikolej dn dlm chinese komunti dan sebagainya,”jawab mereka...

Menurut kawanku sekolej yang sedikit2 faham bahasa cina, dia bercerita bahawa, chinese selalu mengatur orang tertentu dalam setiap projek yang kolej jalankan. Malah, mereka juga mengatur agar sebahagian daripada mereka menjadi terlibat dengan politik kerajaan. Semua ini mereka aturkan agar bilangan mereka dikolej akan ramai dan sentiasa bertambah.

Aku mengangguk dan tersenyum sendirian.......

Lateral maksima.........seronok jugak usrah mereka kan?????...........

Sabtu, Ogos 08, 2009





Selamat hari lahir adik-adik ku..........
Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu..............

Ahad, Ogos 02, 2009

MAKANG FREE....SUME ADER...........



Assalamualaikum wbt.

Semalam atau maren dalam loghat terengganu, aku menyertai kebanyakan mahasiswa terengganu ke 1T3F iaitu makaan free. Satu terengganu food fruit festival(1T3F) bermula pukul 6 petang smpai 12mlm. Lamenye. Hehehehe.

Selepas bersiap, aku bertolak ke tempat menunggu bas pada pukul 5.30 pm. Berjalan kaki. Biasalah orang yang sentiasa berjalan kaki ke mana2 ni sihat tubuh badan. Hehehehe. Kebiasaannya, orang yang akan menunggu bas dimana2 stesen bas tetapi kali ini, bas yg menunggu orang atau penumpang. Dahsyat betul mahasiswa terengganu ni.

Bertolak lah kami dlm pukul 6.30 petang. Sampai dalam pukul 7 lebih sikit. Berkumpul dan mendaftar sbg ahli PESAT. Ramainya orang terengganu ni. Mungkin tak semua kot orang terengganu yang datang ke festival ini. Bantailah. Objektif utama adalah makaan. Selepas makan, semua orang target untuk melapah makanan dahulu, tapi aku dan syawal tidak. Kami mencari makanan roh dahulu. Solat maghrib.....

Tak puas hati sebenarnya. Ye lah, festival yg dijangka menarik sehingga 10,000 orang tetapi ruang tempat sembahyang adalah hanya untuk 12 orang dlm satu masa. Wah, kan tak betul tu. Melampau sangat. Ntah2 ade yang x solat kot. Astaghfirullah..... aku ni bersangka buruk lah kat orang lain...

Selepas solat, jom makaan free. Pergi ke booth juadah dari setiu dahulu. Banyak juga yang tau mknn tu, asam gumpal dan sebgainya.. air tebu pun ade. Tapi tak dapat minum sbb org ramai sgt. Berpusu-pusu. Mungkin bukan rezeki kot. Jalan depan sikit makan nasi kapit atau nasi himpit dlm bhs standard nye. Kuah kacang dan smbal daging. Best jugaklah. Tibai sikit kuih2 yang ade kat situ. Kemudian berjalan2 nk cari air, tapi jumpe nasi minyak dan nasi dagang.

Bile dah jmpe nasi, makan lah sikit2 sehingga lah sendat perut. Lepas xnk makan dah. Perut kenyang sangat. Cadang lepas makn nasi nk makan buah kat situ, tapi perut dh terlampau kenyang, sume pun tak de mood nk mkn. So, aku pun jalan je lah sekitar tu, try ambik gambar gune camera hp, tapi biasalah, camera xde flash sume gelap je.

Si syawal tu berseloroh ketika kami sedang makan nasi dagang time tu. “mase awal2 tadi makanan akal(solat dan makan sebelum kenyang) sekarang adalah makanan nafsu pulak(makan sehingga se’eh)”. Aku ketawa je lah dengar perkataan tu.

Kemudian, kami pun berpusing2 mcm tenggiling ke semua booth yang ade. Sehingga lah kat pentas utama iaitu ketika saleem dan tg awanis menyanyi. Aku berseloroh balik kepada syawal,”wal, ni makanan nafsu jgk ni.” Jom kita isi nafsu pulak, tengok konsert saleem....

Aku bergerak mencari tempat duduk. Kebetulan berdekatan speaker. Bunyi yg dihasilkan menyebabkan perut jugak bergegar sehinggakan senak perut aku dibuatnya. Habis dua lagu, kami pun beredar. Sakit kepala, kataku kepada syawal.

Kemudian tepat pukul 10, kami bertolak pulang. Satu pengalaman yg tidak berapa menarik dan membosankan bagi aku. Just mkn2 dan dgr konsert. Same mcm dinner kolej. Tak seronok langsung.

Pendek kata, sume mknn kat makang free memang banyak. Dari makanan rohani kepada makanan nafsu dan badan. Adus. Sume ade........wslm.......

Sabtu, Ogos 01, 2009

DEMAM


Assalamualaikum........

Menjengah sem baru dengan H1N1 ini memang amat sukar dan duka. Seperti penyakit ‘hebohan’ yang lain seperti selsema burung, SARS dan sebgainya, kemunculan penyakit yang dulunya dipanggil selesema babi atau ‘swine flu’ sekarang dinamakan influanza A ini mencerminkan virus pun semkin bijak dan sukar untuk ditangani oleh manusia.

Virus adalah tergolong dalam kumpulan separa hidupan dan separa bukan hidup disebabkan virus mempunyai RNA tetapi memerlukan hos untuk menduplikasi atau dengan kata mudah membiak menjana virus baru. Dan ketika berada dlm hos itulah barulah pencernaan protein brlaku seiring dengan penduaan RNA virus dan Dna sel hos tersebut. Pada ketika itu, dikatakan virus ‘hidup’.

Influanza A sebenarnya memang tidak ada ubat. Malah, mana2 selesema pun memang tiada ubatnya. Percaya tak, ubat yg anda terima ketika demam selesama itu adalah bukan ubat selesema???////. Ya, memang tiada ubat yg khusus untuk melawan selesama.

Fakta ini aku kutip ketika aku belajar bio ketika form 4 dahulu. Cikgu aku menunjukkan mekanisme ubat untuk menyembuhkan penyakit selesema. Adakah kamu perasan, apabila kamu selesema, suhu badan kamu akan meningkat dan berlakunya demam selang berapa jam kemudian? Perasan tak?

Cikgu aku mengungkap bahawa, ketika kita selesema, badan kita akan diserang dengan lebih dari 200 jenis virus. Maka sukar bagi farmasian untuk menciptakan ubat bagi melawan setiap daripada virus tersebut. Maka idea untuk melawan selesema ketika mengkaji mekanisme tubuh melawan virus...

Tubuh manusia adalah unik dan hebat. Betullah firman Allah dalam Al-Quran, manusia diciptakan adalah sebaik2 kejadian. Kita tengok tubuh manusia melawan virus...

Apabila badan manusia dijangkiti oleh patogen, semua lapisan pertahanan akan mula aktive. Beberapa layer iaitu sel darah putih dan sebgainya mula bertindak. Mereka memusnahkan apa sahaja patogen yg memasuki badan.

Tetapi, apbila pertahanan badan tidak mampu untuk melawan virus tersebut, badan akan bertindak balas dengan menciptakan ruang yang melemahkan virus tersebut iaitu ruang yang panas. Itu sebabnya kita akan demam disebabkan usaha badan untuk melawan balik virus tersebut.

So,ubat selesema adalah meningkat suhu badan dan ubat demam adalah mengawal suhu badan supaya tidak menjejaskan sel2 badan yang lain.

Selesema babi?

Boleh cari sendiri dulu. Heheheheeeeee............

Khamis, Julai 23, 2009

AKU BLURRR. TOLONG AKU???!!!!



Assalamualaikum......

Kenapa dan mengapa?? Semakin lama makin malas untuk menulis, walaupun idea skrang mencurah bagai coklat ke ladang gandum sehingga menjadi cococruch yg ranggup dan enak. So, kali ini, saya nak bercerita tentang diri sendiri lah pulak(walaupun dh byk cite pasal diri sendiri).

Sepanjang minggu ini, banyak menerima call daripada akak2, abg2 dan jugak sahabat2 yang seangkatan denganku. Malah ade setengah mereka cuba untuk cuba berbincang dengan aku tentang sesuatu yang aku pun sedang musykil sekarang...

Kisah nya bermula apabila aku pergi kepada mesyuarat unit tarbiyah dan kepimpinan. Sebagai ketua unit (aku sendiri pun tdk perasan bile pulak aku dilantik), semua orang bersedia untuk mendengar apa yang aku nak ucapkan. Ape yang keluar dari mulut aku.......

“tak tahu,” semua orang menepuk dahi masing2...
“masyaallah,” ujar mereka...

Kemudian berlakulah soal jawab yang aku sndiri pun tidak pasti ape yang aku patut jawab sebenarnya. Soal jawab dan nasihat mreka aku sambut dengan anggukan dan gelengan yang ku kira bersahaja. Tanpa perasaan atau orang putih kate, no feeling...

Selepas saje berakhir, mereka mula bergerak mendekati aku . lalu mereka bertanya,

“ape yang ko sibuk sangat ni smpai tak jalan langsung kerja ni,”
“entahlah,”jawabku balik. Cukup brsahaja....

Enta kena buat jgk kerja. Enta tau tak, semua bergantung kepada enta skrang ni. Kalu enta tak gerak, gerak kerja orang lain aku beku tau tak.. nasihat mereka dengan lembut ku kira. “sebenarnya sheikh, ana dah mula risau dengan gerak kerja tarbiyah ni. Semuanya lambat ni”. “ana tengok enta ni mcm blurrr je, tak tau ape2. mcm first time buat kerja.”

Lalu aku pulang dengan sugul walaupun wajah buat cool je.

Kisah kedua, apabila kak wahida menelefon aku.
“fahmi ape khabar?”.
“baik je alhamdulillah”.
“fahmi akak nak cakap sikit ni.”
“ape die, cakaplah.”
“hari tu akak pergi kolej. Akak pun buatlah ziarah menziarahi adik2 akak ni. Dorang cite pasal awak. Tu yang akak runsing tu.”
“dorang cakap ape pasal saya?”
“dorang cakap sebab ape tengok fahmi macam blurrr saje. Tengok mcm tak betul,”
“entah lah kak. X tau lah mcm mane orang kate kite ni blurrr.”

Aku pelik gak. Memang setengah kerja aku memang lambat gileerrr. Kerja menaip projek tu baru siap, x hntar lagi kat miss suraya. Ade pulok, kerja tp1 yg asyik nge plan jah. Lepas tu, ade lagi lah kerja yang xsiap2.

Kepada sahabat2ku yg baca blog ini dan sedang tunggu proggresive dari ana, ana mntk maap byk. Memang ana punya 1=1. Bkn 1=10 atau 1=100. lepas ni kene bace 20/80 principle ko. Belajar mcm mane nak jadi manager diri yang baik, bukan artis je nak manager, tapi diri sendiri pun nak jugak manager. Heheehhee.

Dah lah, sape2 yang nak tolong aku keluar dari kepompong belenggu bluurrrr ni, tolong buz kat ym, ataupun bagi komen yang membina kat kotak komen. Kat laman sembang pun jadi jugak......

Ape2 hal, miss call aku. Tak pun mesej je lah senang. Hehehehe. Salam....

Jumaat, Julai 17, 2009

KONGSI


ASSALAMUALAIKUM..........

Banyak perkara yang berlaku. Sungguh banyak. Denga kejutan sahabatku dipenjarakan, kematian kawanku yang terasa baru semalam aku melihat dia tersenyum sehinngalah bertimbung2 kerja yang terpksa disiapkan dengan kapasiti aku yang begitu lambat sebenarnya........

Malah untuk bukak internet pun jarang menyebabkan aku tidak tutup laptop aku sehingga 23 jam. Membiarkan sahaja laptop dan internet terpasang lantaran kesibukan sebenarnya. Kira mudahlah. Nk internet taip je. Xpayah tunggu nk on lagi. Malah kesempatan ku untuk membaca blog orang lain pun terbengkalai. Cuma update sikit2 mahasiswakini, utusan dan berita harian, malaysiakini dan star online. Saifulislam.com pun jarang2 dibuka......

Banyak sebenarnya yang ingin dikongsi. Kepayahan dalam bergerak kerja, itu adalah normal. Seringkali aku terpaksa memilih antara banyak meting yang serentak. Ingin sekali aku menjadi seperti naruto yang boleh mewujudkan klon dgn chakranya. Fiqh keutamaan sering menjadi masalah kepada ku....

Apabila aku checklist perkara yg aku blum settlekan, terkejut aku.. WOW!!! Banyak jugak lah yang aku lum settlekan lagi. Perancangan dalam kekangan masa yang singkat menyebabkan otak dah tepu dgn perancangan. Aku kira, aku celik mata sahaja terus jln je. Mcm mesin lak...

Sume PM dh collapse. Betapa letih mereka dan betapa letihnya aku tidak sama maknya.

Betul. Memang tidak sama. Letih aku dalam kepuasan kerana matlamat aku adalah untuk menjadikan islam itu adalah pertama. “Islam is one”. PM yang lain seolah dipaksa bekerja shingga mereka berputus asa. Malah, mereka sgt mnyesal sbnrnye apabila meminta untuk menjadi JTK dan JKP. Ini yang menjadikan mereka sangat benci dgn sume orang yg seolah memaksa mereka....

Ye. Mereka tidak ada matlamat sebenarnya. Itulah point nye...aku lebih suka buat apa yang aku suka. Malah aku sgt tidak suka jika ade orang lain yang memaksa aku membuat kerja. Aku tidak dapat membuat kerja dengan sempurna dan hati aku akan menyumpah-nyumpah. Tapi aku bukan lah orang berdendam. Bagi aku, apa yang lepas tu biar jelah.


Aku lebih suka jika aku difollow up. Banyak komitmen menyebabkan aku ‘blur’ dan tension. Biasanya aku akan melepaskan ketensionan aku dgn bermain game. Yes. Game menjadi hobi aku jika aku tension. Banyak jugak game yang aku main. Tapi paling aku suka adalah game yugioh. Ala yang main kad tu. Sangat seronok sebnarnya.

Dah lah, dah banyak sebenarnya... walaupun letih, tapi disebalik keletihan tu ada kepuasan berlandaskan matlamat itu adalah yang terbaik bagi aku...

Lateral maksima...baik punya.........wslam.......

Jumaat, Julai 10, 2009

KISAH SEORANG PM(perdana menteri???)


Assalamualaikum........

Kali ini, saya nak bercakap mengenai pengalaman saya yang dirancang oleh Allah swt walaupun tidak dirancang oleh saya iaitu menjadi Pembantu Mahasiswa bagi kolej kediaman kelima.....

Memang tidak dirancang sebenarnya...Mendapat panggilan daripada Dr. Rohana, pengetua kolej kelima, menjadikan bukti perancangan Allah adalah mengatasi perancangan makhluk. Mana tidak nya, sehingga seminggu sebelum minggu haluansiswa(MHS), saya sudah berputus asa sebenarnya untuk menjadi pembantu mahasiswa yang saya kira sudah terlepas daripada genggaman walaupun reputasi sedikit tinggi.

Sehinggalah panggilan telefon daripada pengetua membawa dimensi dunia baru terhadap perancangan hidup saya. Setelah bertanya tentang pointer (yang sbnrnya bukan lepas pun), terus kepada agenda adakah saya mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai pm dan juga diletakkan dalam posisi jtk bagi kolej sem hadapan.

Pada waktu dan ketika itu, saya sebenarnya tidak faham sebenarnya dgn perkataan "agar pelajaran tidak merosot" kerana bagiku waktu itu adalah berada dalam kalangan PM agar memudahkan saya mencapai target yang ditetapkan selain mendapatkan seramai mungkin data madu' dikolej kediaman kelima. Sekurang2 mampu membiasakan lebih awal dengan perangai freshie dahulu sblm msk kolej.

Panggilan itu sebenarnya tidak apa2 shinggalah saya mendapat msj daripada pengetua agar berada dikolej pada hari jumaat dan meting pukul 5:30 petang itu. Barulah saya mengetahui bahawa pelajar yang akan masuk adalah pelajar API.. Ahh, kecewa pun ade, gumbira pun ade.... sume berbaur.

wat ever, dlm mase 2 hari sebelum MHS, saya terpaksa belajar sume perkara termasklah cheers, jadual harian, lagu satu suara dan sebgainya. Pening kepala dgn sume ini sehingga beberapa kali jugak kene denda berlari oleh unit disiplin, lebih kurang dlm 34 round jgklah jumlahnye.

Sebenarnya apabila anda msk lewat kedalam satu program seperti MHS, anda akan menjadi follower completely. Itulah yang berlaku keatas saya. Anda tidak mampu untuk argue tntg tntatif program, perkara yang telah ditetapkan sperti cheers, grup kumpulan, dan juga pelbagai lagi dan termasuklah program2 disurau walaupun program disurau saya dilantik sepenuhnya untuk handle program disurau.

Saya cukup menyedari dgn sume itu tapi ada satu bonus untuk saya mendapatkan hak saya sbg org yg mampu bersuara dlm meting PM iaitu kedatangan pelajar API. Apabila melihat no matriks yg berhuruf 'I' dihadapan, mereka mula dah kecut perut. Minda mereka telah diracuni dgn adegan 'lempar payung' yang bg org yg tdk mengetahui cerita sebenarnya, mereka mula melebelkan API adalah extremis....tak puas hati, lempar payung....

Mereka mula memandang saya dan cuba meminta pendapat mcm mane nak handle API. Saya mula menerangkan satu2 dgn agak spontan tapi agak sedikitlah. Rugilah. Kalau saya letak banyak2 sikit peraturan kan lagi teratur cthnya lrangan cheers yg bantai org..

Mereka menerima cadangan saya. Dan perjalanan MHS berjalan seperti apa yang saya kehendaki dari sudut corenya. Tapi dari sudut program picisan sperti hiburan tidak mampu saya tangani dgn baik. Walaubagaimanpun, ramai orang berpuashati dgn cara kami mengendalikan student API termasuk fellow dan pengetua.

Dalam setiap meting postmortem, kebiasaannya akan habis dlm pukul 3 @ 4 pagi, sentiasa ada desas desus yang tidak senang dgn beberapa perkra yg dilakukan oleh student API dan sebgainya. Maka saya cuba untuk meneutralkan balik apa2 yg terjadi dengan meredakan kemarahan PM dan juga memberi "jawapan" yang rasional terhadap apa yg dipertikaikan oleh student API.

Harapanku mudah. Membina hubungan yg lebih rapat antara PM dan juga student API kerana bagi saya, ukhuwah itulah medan pertama untuk dakwah menyebarkan risalah islam dimuka bumi Allah ini..

Lateral maksima dah tercapai target..........senyum......wasalam.

Isnin, Julai 06, 2009

TAZKIRAH PERTAMA


“Kalau tak kenal maka tak cinta, kalau tak cinta maka tak kritik, kalau tak kritik maka tidak betul seseorang itu” kataku ketika bermula slot pengisian kerohanian minggu haluansiswa (MHS) baru2 ni.

“Hari ini, ramai orang menegur dengan cara yang tidak betul dek kerana tidak mengenali rakan, dan sahabat disekeliling kita,” sambung ku lagi.

“kalau orang itu tidak suka dimarahi, maka perbetulkan dengan hikmat yang betul iaitu dengan kata yang sinis tapi berlembut,” ujarku lagi.

Mengingatkan semua itu, itulah perkara yang paling aku takuti selama ini. Memberi tazkirah. Ramai orang yang memperlekehkan saya yang ketika itu memang blank dalam otak ketika cuba memberi tazkirah. Tapi alhamdulillah, Allah bukakan pintu hati untuk bertutur dengan fasih sekali ketika menyampaikan tazkirah selama seminggu di surau Al-Hidayah. Satu kenangan yang menarik bagi saya. Senyum....

MHS

Slot waktu maghrib dan isyak lah saya bertemu directly dengan freshie kolej kediaman kelima. Mungkin peluang ini tidak ada pada pembantu mahasiswa yang lain, tapi bagi saya, peluang selama sejam lebih itu, digunakan oleh saya dengan sebaiknya dlm menentukan garis panduan yang lebih baik kepada freshie sepanjang MHS berlangsung.

Sebagai permulaan, saya menyampaikan panduan tersirat, bagaimana menegur PM. Saya berkata, anda sbg pelajar API, anda berhak untuk menegur PM kamu, tapi tolong berhikmah dalam menegur. Seringkali kita menegur dengan tidak beretika dan berakhlak. Malah seringkali jugak kita meninggalkan sesuatu yang tidak clear menjalar dalam komunikasi seharian. Walaupun kecil, perkara itu akan menjadi seperti api yang membakar semua. Malah mungkin boleh meledak sperti mana c4 yg bermula dgn pecikan api.

Saya jugak berkata, andaikatalah kamu hendak menegur tapi tidak dilayan, tolong sampaikan kepada saya, saya akan smpai maksud anda kedalam mesyuarat malam ini. dimuka mereka mungkin tergambar cara sebaiknya dalam melawan dengan cara yg agak keras.... tapi saya mau semua orang mengamalkan menegur orang lain dengan cara yang baik tapi berkesan. Yakni memahami mereka dengan baik.

CHEERS DAN API

Diperingkat awal, kebanyakan API tidak memberi respond yang baik. Mungkin mereka menganggap sorak ini tidak berfaedah. Ya, saya sangat bersetuju dengan anggapan tersebut. Cheers adalah perkara yg tidak berfaedah. Tapi disebalik cheers ada perkara yang sangat berfaedah iaitu hubungan yang akrab dengan PM.

Saya menjelaskan, semua perkara mesti ada prinsip yang hendak diperteguhkan. Contohnya, andaikata anda hendak mencuri, tapi prinsip anda jelas iaitu tidak mencederkan orang ketika mencuri, itulah prinsip. Prinsip itulah yang akan digunakan dlm memperteguhkan pertahanan diri terhadap perkara yang tidak berfaedah.

Saya cukup seronok dengan cara dan pendekatan yang digunapakai oleh Erny. Dia penghuluwati yang sgt dikagumi PR nya dengan PM. Dia sangat rapat terhadap PM perempuan, sehinggakan permintaan sentiasa terdengar dlam mesyuarat post mortem MHS.

“kami nak slot yang khas antara kami sahaja tanpa kehadiran muslimin, sebab kami sangat malu dengan muslimin.”
“kami hendak muslimat sentiasa berada dibelakang waktu riadah sebab kami tak nak lelaki tau kami buat dibelakang.”

Itulah beberapa perkara yang dibangkitkan selain cheers yang mereka minta ubah sedikit sebab mereka sangat malu. Ya, inilah pndekatan yang Erny and geng bawa spanjang MHS. Cukup baik dengan approve PM muslimat, dengan pendekatan MHS adalah tempat untuk semua orang happy yang saya bawa sepanjang MHS berlangsung, seolah jalannya cukup clear sbnrnya untuk PM 5th.

Mereka seolah2 susah untuk menolak setiap permintaan yang dikemukan oleh freshie dari API. Malah PM 5th terpaksa menyesuaikan sedikit jadual waktu keesokkannya dengan permintaan tersebut.

Sebenarnya itulah pendekatan yg perlu dibawa oleh kedua pihak. Saling hormat dan sayang antara satu sama lain. Kedua pihak tidak terasa, dan keduanya tidak ada yang pelik berlaku. So, untuk MHS ni saya senyum sajelah......wslm.