Rabu, November 04, 2009

Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini


1. Tidak Menundukkan Pandangan
(Gadhdhul
Bashar)

Bukankah ada pepatah yang mengatakan,
"Dari mana datangnya cinta? Dari mata
turun ke hati". Maka jangan kita ikuti
seruan yang mengatakan, "Ah, tidak
perlu
gadhdhul bashar, yang penting kena jaga
hati!".

Namun, bukanlah menunduk pandangan
sehingga terlanggar tiang tetapi cukup
sekadar kita memastikan pandangan kita
terjaga daripada melihat sesuatu yang
tidak syarie. Lelaki memandang wanita
dengan penuh nafsu dan tidak alah juga
wanita yang berkelakuan demikian walau
tampil 'warak berbungkus'.

2. Couple

Duduk berdua di taman-taman, kedai-
kedai
makan, berjaan berdua malah ada yang
lebih licik dengan menggunakan platform
rasmi yang bernama 'meeting' di
tempat-tempat yang mencurigakan bagi
yang terlibat dengan persatuan
mahasiswa. Walaupun kebanyakan
masyarakat sekitar tidak mempedulikan
tindakan sebegini kerana menganggap
mahasiswa/i berpendidikan yang
berdua-duaan ini sedang berdiskusi
tentang pelajaran atau tugas, namun
apapun alasannya, maka menutup pintu
fitnah ini adalah langkah terbaik dan
wajib bagi kita.

Sememangnya masyarakat kian dirosakkan
dengan istilah 'jangan jaga tepi kain
orang'. Inilah suatu racun yang sedang
merosak dan menghancurkan fikrah ummah.
Sudah tida lagi ungkapan amar makruf
nahi mungkar dikalnagn masyarakat
hingga
menyebabkan anak-anak muda denagn
sewenangnya berdua-duaan.

3. "Cop awal-awal" Untuk Berkahwin

"Bagaimana enti? Tapi tiga tahun lagi
baru kita kahwin. Ana takut enti
diambil
orang." Ikhwah belum tamat belajar
sehingga 'cop' seorang akhwat untuk
menikah kerana takut kehilangan,
padahal
belum pasti hasrat itu akan tercapai.
Hal ini sangatlah berisiko dan boleh
mendatangkan permusuhan dan perpecahan
bukan setakat semasa belajar, malah
akan
berlanjutan ke tanah air hingga
melibatkan keluarga.

Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam
sendiri melarang kita daripada 'cop
awal' atau bertunang terlalu lama.
Dengan kata mudah 'kalau rasa diri
sudah
berpunya dan serius dalam hubungan,
eloklah dipercepatkan urusan akad
antara
kedua-duanya takut-takut terjerumus ke
kancah maksiat.

Justeru, mana mungkin hubungan suci
suami-isteri akan terbina kekal di atas
timbunan sampah kemaksiatan.

4. Telefon Tidak 'Urgent'

Menelefon dan berborak tidak tentu
arah,
yang tidak ada nilai significantnya
sama
ada soal pengajian mahupun soal tugas
berpersatuan. Kalau setakat bertanya
khabar, bercakap soal hati dan perasaan
atau apa sahaja yang bersifat tidak
syarie tanpa batas, saya gusar apa akan
kita jawab di hadapan Allah nanti.

Apa yang lebih malang, kita selaku
daie,
ulamak dan taruhan masyarakat di tanah
air sebagai benteng terakhir umat Islam
yang membawa mandat besar selaku agen
pengubah masyarakat, harus menunjukkan
teladan dan nama yang baik dengan
mengenepikan sebarang salah laku.

5. SMS Tidak 'Urgent'

Saling berchatting via SMS mengenai
hal-hal yang tak ada kaitannya dengan
dakwah mahupun urusan penting, sampai
tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba
masanya kita matang dan bermuhasabah
dengan kehadiran teknologi yang sudah
sekian lama kita nikmati. SMS tidak
sepatutnya dijadikan medan melampiaskan
nafsu serakah dengan berabang-sayang
tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk
tujuan yang lebih murni dan berfaedah
untuk menempah tiket ke syurga Allah
Subhanahu Wataala.

6. Berbicara Mendayu-Dayu

Bercakap sambil tertawa kecil dan
terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi
Sallallahu Alaihi Wasallam melarang
perempuan daripada bercakap dengan
suara
yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk
menarik perhatian lelaki.

Jadilah wanita yang bermaruah dengan
sedikit bertegas bila bercakap dengan
lelaki yang bukan mahram. Si lelaki
pula, jadilah mukmin yang 'gentleman'
dengan menghormati perempuan mukminat.
Hormat dalam erti kata menjaga dan
memelihara maruah kaum hawa yang bakal
menjadi tempat letaknya zuriat kita,
penerus generasi beragama masa depan.

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak
'Urgent'

Laman YM adalah termasuk satu
kemudahan.
Tidaklah berdosa bila ingin
menyampaikan
hal-hal penting di sini. Namun menjadi
bermasalah bila topik perbicaraan
melebar entah ke mana dan tidak
menfokuskan kepada dakwah kerana
khalwat
secara maya mudah untuk berlaku.




Get your new Email address!
Grab the Email name you've always wanted before someone else does!

Tiada ulasan: