Khamis, Disember 03, 2009
KENANGAN YANG DITAKDIRKAN.....
Assalamualaikum....
Alhamdulillah. sekarang sedang bercuti dikampung. sudah lama sebenarnya tidak update blog ini. Ialah, kekangan dari sudut alatan menaip menyebabkan saya tidak berpeluang dengan baik untuk mencorek sedikit sebanyak tulisan dalam blog ini.
sebenarnya banyak sebenarnya perkara yang ingin diceritakan kepada pembaca sekalian. tapi apakah daya idea yang terilham tidak dicetak dalam bentuk tulisan. sekadar berlegar didalam fikiran sahaja.
kali ini, hendak bercerita tentang beberapa peristiwa menarik yang berlaku diatas diri saya. Mana lah tau kalau2 dapat menjadi ilham kepada saudara saudari pembaca sekalian.
Peristiwa menarik untuk dikongsi dengan anda. Satu ketika, saya memimjam motor kawan saya untuk ke suatu tempat. Tempat yang lebih tepat adalah Kem Sri Raudhah dekat dengan UIA Gombak. Bersiaplah saya untuk menaiki motorsikal tersebut. membawa beberapa barang didalam raga motosikal dan menggalas sebuah beg yang padat dipenuhi barang2, saya bertolak kesana.
Dalam perjalanan,beg saya tidak semena terbuka dipertengahan jalan sedangkan saya tidak sedar akan perkara tersebut. Ada beberapa perkara yang menarik disini.
pertama, siapa yang memberitahu beg saya terbuka adalah keluarga india yang menaiki sebuah kereta proton saga aeroback berwarna kelabu.
kedua, mereka mengekori saya dan membunyikan hon sepanjang perjalanan dari selayang sehingga ke Batu Cave sedangkan saya tidak menyedari mereka.
Ketiga,dalam banyak-banyak kereta yang berada di atas jalan raya tersebut, hanya kereta tersebut sahaja yang berusaha untuk memberitahu akan terbukanya beg saya itu.
Barang saya tidak tercicir dan buku dalam beg tersebut selamat. syukur kerana mentakdirkan buku tersebut masih lagi berada dalam tangan saya. Peristiwa yang menarik untuk dikenang.
Tapi apalah nasib tidak dapat berterima kasih kepada mereka. Walaupun kecik pada pandangan sesetengah pihak, tapi mereka berusaha sampai tahap tu untuk menyedarkan saya tentang realiti semasa.
Rasanya hikmah kejadian ini, saya serah kan kepada pembaca sekalian untuk menilai baik dan buruknya kejadian tersebut. Semoga ada panduan yang boleh kita contohi selain Idola terutama kita, Nabi Muhammad saw.
Lateral Maksima.........sedang memikir kejadian tersebut.......senyum.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan