Jumaat, September 04, 2009

SANDIWARA RAMADHAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“ Enta ni kuat semacam je ana tengok. Pose x ni.”
“Astaghfirullah al ‘azim. Ana confirm lah pose.”

Ya, dialog diatas sering kita jumpe dimana-mana majlis yang memerlukan kudrat seperti iftor TNC semalam.

“ Hari ni kita pergi buat kerja sikit.”
“ Tak boleh lah sheikh. Ana letih sangat. Tambah pose lagi. Ngantuk sangat. Ajaklah sahabat yang lain buat kerja dengan enta.”

Dialog biasa waktu dibulan puasa ni. Letih, mengantuk, tak sahur, tak berbuka, terlalu penat, semua aktiviti dipostpone kerana bulan pose sering menjadi pencuci mulut pada Bulan Ramadhan ni.

BADAR DIBULAN RAMADHAN

Cuba kita renung sirah nabi saw. Apabila di ‘warta’ kan oleh Allah syariat berpuasa, serentak itu juga, diturunkan oleh Allah ayat perang. Kemudian tercetus pula perang Pertama islam, iaitu perang Badar.

Aku melihat adik aku berpuasa. Berumur 7 tahun. Mula belajar berpuasa. Berpeluh dan terketar-ketar dek kelaparan yang amat sangat. Malah berbuka awal lagi. Tidak dapat puasa penuh satu hari. Malah dimalaysia, ramai orang mengucapkan syukur alhamdulillah kerana berpuasa dalam hujan disebabkan tidak tahan jika berpuasa pada panas terik matahari. Itu di Malaysia. Jika di tanah arab pulak macam mane? Dengan teknologi yang tidak seberapa. Bukan naik kereta pergi berperang. Bukan naik motor. Tapi naik kuda yang tidak berbumbung untuk menuju medan perang. Dengan pulak, puasa baru disyariatkan. Andaikatalah umat islam ketika itu seperti adik ku, mungkin mereka tidak akan turun berperang. Tapi mereka bukan adik ku.

Mereka adalah Abu Bakar as-siddiq. Berumur lebih kurang dengan Rasulullah iaitu dalam 50 an pada waktu itu. Cuba bandingkan dengan orang islam sekrang diambang 50 tahun. Jauh sangat bezanya. Dan ramai lagi tokoh seperti Umar al-khatab, saidina hamzah, dan sebagainya.

Jauhnya puasa kita dengan puasa mereka pada masa tersebut. Puasa mereka beroleh kemenangan dimedan jihad, puasa kita bermatlamat makanan.

PUASA = LEMAH

Puasa sering dikaitkan dengan lemahnya badan. Aku tidak mengerti macam mane puasa itu melemahkan badan. Sedangkan pemain bola sepak mesir mampu mengadakan perlawanan persahabatan ketika bulan puasa. Nah. Bukti sudah didepan mata bahawa puasa tidak melemahkan. Malah puasa ni menambahkan lagi energy korang. Percaya atau tidak terpulang kepada orang berpuasa.

TIKET RAMADHAN

Hari ini, kita menjadikan ramadhan sebagai tiket kita. Tiket untuk tidur lebih. Tiket untuk membeli makanan lebih. Malah ramadhan juga adalah tiket untuk membeli secara boros. Tidak hairan jika pada bulan pose ni, perbelanjaan family korang bertambah dengan mendadak. Malah food waste generator semakin bertambah di rumah-rumah kediaman tetapi berkurang dikedai-kedai makanan.

Runsing aku roh ramadhan semakin menghilang. Ramadhan adalah rahmat kepada sekalian umat islam. Pada bulan ramadhan, bazar ramadhan dibina dimana-mana sahaja. Kuasa membeli semakin bertambah pada bulan ramadhan. Ditambah sekali ganda lagi apabila menjelang akhir puasa nanti.

Tiada sape yang runsing, minggu ni xdpt buat qiam, tapi orang runsing berapa juadah berbuka puasa hari ini. tiada sape yang kisah pasal berapa juzuk yang dia baca setakat ni, tapi mereka kisah, mencari masjid untuk berbuka puasa. Mereka tidak peduli untuk bersedekah kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, tapi mereka peduli kepada orang yang semakin mengkayakan mereka.

Ya allah. Jadikanlah ramadhan ini suatu jalan tarbiyah bagimu untuk ku. Tarbiyah yang bukan untuk melemahkan bahkan untuk menguatkan. Jadikanlah ramadhan juga sebagai madrasah bagiku, supaya aku sentiasa konsten dalam mengejar ibadah untuk negeri akhirat yang abadi, menjadi pejuang yang ditarbiyah untuk jalanMU. Jadikanlah juga ramadhan adalah bulan untuk ku mencari keredhaanMU, bukan bulan yang biasa yang ku lalui sebelum ini. Ya allah. Ampunilah segala kemaksiatan ku kepada MU. Sesungguhnya, Engkau dzat yang maha agung lagi mengampuni dosa hambaMU. Amiiiiinnn.

Tiada ulasan: