Jumaat, Mei 25, 2012

Anda Guru Malaysia



“ Selamat hari guru buat guru-guruku di SKDM1, SMKD’MAS, KOSPINT, PASUM dan UM”  tulisanku didalam FB sempena kedatangan hari guru yang jatuh pada 16 Mei.

Sejurus aku menekan button ‘post’ di FB, otakku memancar wayang memori. Aku sendiri yang menonton wayang ini. Muncul beberapa orang cikgu yang sememangnya kukenali, menabur bakti memandaikan aku ketika bersekolah dan ber ‘pasum’ dahulu. Satu persatu ditunjukkan seperti lagu pembukaan telenovela melayu. Bergilir-gilir watak diperkenalkan beserta nama sebenar. Tersenyum ceria. Kadang-kadang ketawa sendiri apabila kadang-kadang keluar nama jolokan a.k.a nickname menggantikan nama sebenar. Daripada sebaik-baik nama panggilan seperti cikgu zul PEN, cikgu Mat JU sehinggalah nama panggilan yang buruk yang tidak sanggup untukku nukilkan disini.

Khamis, Mei 10, 2012

Beginikah Wanita?


Assalamualaikum wbt…….

Adakah ini kebiasaan wanita? Saya belajar dengan Umi dan adik perempuan yang meningkat dewasa. Kadang-kadang berborak dengan housemate tentang beberapa perkara tentang wanita. Artikel ini bukan mendedahkan sisi keburukan wanita, tetapi lebih kepada respon kepada kefahaman saya terhadap beberapa peristiwa yang berlaku disekeliling saya. Saya juga ingin jadikan artikel ini sebagai medan memahami bakal isteri dan bakal Ibu kepada anak-anak saya kelak. Boleh kata, projek untuk masa hadapan saya lah. Dialog by dialog, saya cuba untuk memahami mereka ini.