Rabu, April 25, 2012

Belajar Agama vs Belajar Sains


Belajar agama vs belajar sains

“ Abah nak hantar kamu ke sekolah pondok.”
“ Tak nak.” Wah ape class mengaji kat pondok. Dulu, anggapanku, belajar agama tidak seseronok belajar sains. Apa yang saya nampak pada pengajian pondok adalah pengajian agama tanpa pengajian sains. Pengajian agama lebih kepada menghafal nota-nota dan kitab-kitab.

Isnin, April 23, 2012

Syukur: Dahulu & Kini


Dahulu, sewaktu kecil-kecil, saya menganggap bahawa bersyukur itu adalah berterima kasih kepada orang yang memberi nikmat. Contohnya, ketika saya kecil, saya menonton televisyen. Ketika itu, seorang pemimpim masyarakat sedang berucap. Katanya,

“ Kita perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan diatas nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hampir 50 tahun ini. Bersyukur dan berterima kasih atas kata lain, terus memberi mandate dan kepercayaan kepada kerajaan sekarang untuk terus mentadbir Malaysia sekarang.”

Maka tertanam dalam kepada saya tentang bersyukur dan berterima kasih untuk kurniaan kemerdekaan perlu memberi sokongan kepada kerajaan sekarang.

Selasa, April 10, 2012

Kasih Cinta Sayang



Sebelum menulis entri ini,  aku sudah berfikir berkali-kali untuk bercerita tentang tajuk ini atau tidak. Tetapi teringat kata-kata Ust Hasrizal, “ Menulis bukan sekadar berkongsi, tetapi untuk membetulkan fikiran dan memandu maklumat supaya bermanfaat untuk orang yang membaca tulisan tersebut” maka saya perlu menulis. Tujuannya adalah menegakkan pendirian dan mengingatkan diri bahawa tidak terpesong daripada pendirian ini.