Isnin, Mac 26, 2012

Sebab UK


“ Fahmi, andai kata ko boleh pergi kenegara luar, negara mana yang ko nak pergi?” seorang sahabat bernama “orang berselimut” bertanya.
“ UK!” spontan saya menjawab.
“ Sebab apa UK?” berkerut dahinya.
“ Entahlah. Mungkin sebab Manchester United kot” jawabku berseloroh.
Kami sama-sama ketawa mendengar jawapanku.
“ betul ke sebab tu je?” tersenyumku mendengar.


Soalan tersebut ku biarkan sahaja tanpa jawapan. Tetapi akhirnya ku terfikir sendiri, betul ke  sekadar manchester United sahaja, aku kepingin untuk pergi ke UK. Aku mula memikirkan tentang perkara ini. Kenapa tetiba-tiba sahaja UK meluncur terus daripada mulut ku? Bukan mesir (sebab adik ku berada disana).
 United Kingdom.... ehsan google
Ada banyak kemungkinan yang saya terfikir berkenaan persoalan sahabat saya tersebut. Banyak sekali. Mungkin sebab kecenderunganku sewaktu kecil untuk pergi ke negara eropah, dan kawasan pertama eropah yang dilihatku didalam televisyen adalah UK. Seronok melihat seni bina di sana yang kelihatan ‘old school’. Dan kalau boleh, saya ingin bergambar dihadapan bangunan-bangunan tersebut.

Mungkin juga disebabkan masyarakat UK yang begitu menghormati soalan orang lain begitu menarik minatku untuk pergi kesana. Walaupun dikejauhan berjalan cepat-cepat, tetapi jikalau ada orang menahan dirinya untuk bertanya tempat, dia menunjukkan jalan ke tempat yang ditanyai. Mereka bersabar dengan pertanyaan yang berturut-turut sehingga penanya berpuas hati. Melihat pemandu bas di malaysia yang cepat-cepat bergegas pergi apabila melihat pelancong asing menyebabkan aku terkesima. Tetapi aku berbaik  sangka dengan driver bas tersebut, mungkin memang masanya bertolak J

Saya ingin melihat sendiri ‘keislaman’ masyarakat UK. Ada kata-kata yang masyhur, “ di Eropah, ada islam tetapi tiada muslim, tetapi di timur tengah, ada muslim, tetapi tiada islamnya”. Nak melihat sendiri betul ke?
 Muzeum Malaysia..... ehsan google
Masyarakat Malaysia mungkin terkenal dengan budaya dan adat yang banyak dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ( yang dikomersialkan oleh kerajaan). Begitu juga dengan masyarakat UK, saya melihat mereka dari sudut kemegahan dalam kalangan masyarakat mereka. Mereka menonjol dan mereka suka jika ditonjol. Hasilnya, terbina tugu-tugu kemegahan disekitar UK. Malaysia nak melambangkan hidupnya keseniaan yang pelbagai adat dan budaya, dengan terbina seni bina berasaskan seni seperti khat dan sebagainya. Tetapi masyarakat UK, kemegahan tergambar daripada hasil seni binanya. Macam mana saya tau, anda tak perlu tau. Hehehe... dan saya juga ingin melihat Cambridge dan Oxford University. Hohohoho. University yang paling ingin dilawati.

Saya ingin melihat tempat Harry Potter and Sherlock Holmes terhasil. Gambaran Kota London dan Hogwart. Hohohoho... pengaruh filem memang kuat. Tetapi kartun lagi kuat.

Yang paling penting adalah, saya ingin melihat perkembangan islam disana. Dikatakan, saban hari sedikit demi sedikit masyarakat disana kembali mempercayai tuhan yang esa. Moga saya berkesempatan untuk melihat kegembiraan memeluk islam....

Seperti artikel saya sebelum ini, saya ingin menaiki kapal terbang. Hohohoho. Mungkin best. Mungkin tak. Tetapi saya ingin naik kapal terbang. Dan destinasi yang dituju UK.

3 ulasan:

mardiah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mardiah berkata...

saya pun teringin nak pergi sana...tapi sebab perempuan kan..susah sikit..kalau encik ada sikit information boleh kongsi pada saya...saya ingat nak kerja disana

AHMAD FAHMI berkata...

cik mardhiah. terima kasih kerana berkunjung. Baik bermula dengan belajar di UK. sambung master etc. kemudian kerjalah kat sana. tapi kan, saya tak nak kerja kat sana.....