“ Fahmi, andai kata ko boleh pergi kenegara luar, negara
mana yang ko nak pergi?” seorang sahabat bernama “orang berselimut” bertanya.
“ UK!” spontan saya menjawab.
“ Sebab apa UK?” berkerut dahinya.
“ Entahlah. Mungkin sebab Manchester United kot” jawabku berseloroh.
Kami sama-sama ketawa mendengar jawapanku.
Soalan tersebut ku biarkan sahaja tanpa jawapan. Tetapi akhirnya
ku terfikir sendiri, betul ke sekadar
manchester United sahaja, aku kepingin untuk pergi ke UK. Aku mula memikirkan
tentang perkara ini. Kenapa tetiba-tiba sahaja UK meluncur terus daripada mulut
ku? Bukan mesir (sebab adik ku berada disana).
Ada banyak kemungkinan yang saya terfikir berkenaan
persoalan sahabat saya tersebut. Banyak sekali. Mungkin sebab kecenderunganku
sewaktu kecil untuk pergi ke negara eropah, dan kawasan pertama eropah yang
dilihatku didalam televisyen adalah UK. Seronok melihat seni bina di sana yang
kelihatan ‘old school’. Dan kalau boleh, saya ingin bergambar dihadapan
bangunan-bangunan tersebut.
Mungkin juga disebabkan masyarakat UK yang begitu
menghormati soalan orang lain begitu menarik minatku untuk pergi kesana. Walaupun
dikejauhan berjalan cepat-cepat, tetapi jikalau ada orang menahan dirinya untuk
bertanya tempat, dia menunjukkan jalan ke tempat yang ditanyai. Mereka bersabar
dengan pertanyaan yang berturut-turut sehingga penanya berpuas hati. Melihat pemandu
bas di malaysia yang cepat-cepat bergegas pergi apabila melihat pelancong asing
menyebabkan aku terkesima. Tetapi aku berbaik
sangka dengan driver bas tersebut, mungkin memang masanya bertolak J
Saya ingin melihat sendiri ‘keislaman’ masyarakat UK. Ada kata-kata
yang masyhur, “ di Eropah, ada islam tetapi tiada muslim, tetapi di timur
tengah, ada muslim, tetapi tiada islamnya”. Nak melihat sendiri betul ke?
Masyarakat Malaysia mungkin terkenal dengan budaya dan adat
yang banyak dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum ( yang dikomersialkan
oleh kerajaan). Begitu juga dengan masyarakat UK, saya melihat mereka dari
sudut kemegahan dalam kalangan masyarakat mereka. Mereka menonjol dan mereka
suka jika ditonjol. Hasilnya, terbina tugu-tugu kemegahan disekitar UK. Malaysia
nak melambangkan hidupnya keseniaan yang pelbagai adat dan budaya, dengan
terbina seni bina berasaskan seni seperti khat dan sebagainya. Tetapi masyarakat
UK, kemegahan tergambar daripada hasil seni binanya. Macam mana saya tau, anda
tak perlu tau. Hehehe... dan saya juga ingin melihat Cambridge dan Oxford
University. Hohohoho. University yang paling ingin dilawati.
Saya ingin melihat tempat Harry Potter and Sherlock Holmes
terhasil. Gambaran Kota London dan Hogwart. Hohohoho... pengaruh filem memang
kuat. Tetapi kartun lagi kuat.
Yang paling penting adalah, saya ingin melihat perkembangan
islam disana. Dikatakan, saban hari sedikit demi sedikit masyarakat disana
kembali mempercayai tuhan yang esa. Moga saya berkesempatan untuk melihat
kegembiraan memeluk islam....
Seperti artikel saya sebelum ini, saya ingin menaiki kapal
terbang. Hohohoho. Mungkin best. Mungkin tak. Tetapi saya ingin naik kapal
terbang. Dan destinasi yang dituju UK.
3 ulasan:
saya pun teringin nak pergi sana...tapi sebab perempuan kan..susah sikit..kalau encik ada sikit information boleh kongsi pada saya...saya ingat nak kerja disana
cik mardhiah. terima kasih kerana berkunjung. Baik bermula dengan belajar di UK. sambung master etc. kemudian kerjalah kat sana. tapi kan, saya tak nak kerja kat sana.....
Catat Ulasan