Rabu, Februari 29, 2012

Posting Terbaru


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru berkesempatan untuk menulis. Tu pun disebabkan tiada line internet. So untuk buat kerja susah sikit lah sebab kerja sekarang lebih banyak menggunakan internet berbanding kerja-kerja yang dahulu yang memerlukan kudrat yang lebih. Baiklah.

Satu hal penting yang saya ingin perkatakan kepada para pembaca sekalian. Ada tak ketika membuka blog abanglong.net, google chrome tidak membenarkan anda untuk masuk membaca artikel best-best yang ada dalam abanglong.net.

Ada tak? Kalau ada, tolong reply dalam ruang komen sebab saya nak track berapa orang yang boleh access blog saya ini. Segala kerjasama anda amat saya hargai. Baru-baru, blog mengalami  beberapa masalah teknikal yang saya sendiri pun tak boleh nak solve problem tersebut. Mungkin ini adalah cabaran yang dikurniakan kepada saya agar saya sentiasa bersyukur.

Walaupun, sila komen dibawah ye. Pleszzz........

Jumaat, Februari 10, 2012

Ibrah Berhenti Kerja


“why you resign?” supervisor bertanya.

“ because i were pity to you.”

Jawapan yang mantap dan pasti. Entah kenapa saya boleh menjawab seperti itu sedangkan sebelumnya saya bak seekor singa yang mengaum akibat daripada das tembakan daripada pemburu, berleter lantaran sakit hati atas tuduhan melulu daripada supervisor.

“ ya lah, saya kesian sama you. Saya tak boleh datang bekerja pada ketika saya sedang masuk ke kelas. So, saya bagi peluang dekat you cari orang yang mampu memberi sepenuh masa bekerja di Famous Amos ini,” saya menambah.

Rabu, Februari 08, 2012

Takut dan Malu


Kucing malu
Assalamualaikum wbt dan salam sejatera.

Pernah saya mengatakan “takut” tatkala ibu menyuruh membuang barang adik-adik.

“ Tak kan takut dengan adik?” Umi memulang buah paku. Terdiam.

Sepuluh tahun kemudian, peristiwa tersebut masih lagi terlekat diingatan. Pelbagai persoalan hinggap dibenak sehingga kadang-kadang menghilangkan fokus kepada kerja-kerja lain. “Adakah aku benar-benar takut kepada adik atau takut itu mempunyai definisi yang lain”.