Sabtu, Januari 21, 2012

Selamat Tinggal Famous Amos

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulilah, sudah habis exam. Boleh lah saya mengupdate blog saya. 3 minggu satu tempoh yang lama untuk sesuatu itu berhabuk jika ditinggalkan. Saya nak teruskan apa yang saya janji untuk nukilkan pada artikel yang lepas. Insya allah.

Kenapa saya berhenti kerja di Famous Amos?
Sebabnya adalah, dah tak best dah. Bila dah tak best, buat kerja yang sama je dan juga duduk dalam tempat yang kecik tetapi kurang pelanggan, menyebabkan hati sudah jadi jemu. Nak buat benda lain (contohnya study atau baca surat khabar pun tak boleh). Cukuplah pengalaman 2 bulan dengan pengurusan di famous Amos.


Ada sebab lain sebenarnya saya sudah tidak tegar untuk berada di Famous Amos disitu. Antara penyebab utama adalah saya sudah tidak mampu mengawal emosi saya di Famous Amos. Mana taknya, berjumpa dengan supervisor dan juga manager yang pelik yang meng’geli’ kan saya menyebabkan saya tidak mampu untuk bertahan lebih daripada 2 bulan.

Manager bagi saya ok sebab mereka tidak sangat mengacau hidup saya. Cukuplah bagi mereka mencari kesalahan saya pada ketika mereka hadir di outlet saya ini. Cukuplah bagi mereka marah disebabkan kesalahan saya sendiri. Memang saya akui memang saya selalu buat silap ketika bekerja. Huhuhu. Tapi kalau satu manager ‘gay’ yang selalu meng’geli’ kan anda dengan kata-kata yang pelik dan tidak sedap didengar, apa yang anda akan buat?

Supervisor adalah penyebab utama saya berhenti. Cukuplah bagi saya untuk bersabar dengan tuduhan liar dan dimarahi oleh manager disebabkan kesalahan-kesalahan yang saya tidak lakukan. Sudah diingat beberapa kali akan hidup saya sebagai pelajar dan sering tidak dapat dielakkan jika terdapat kelas ganti atau overtime class kepada supervisor yang menyebabkan saya tidak dapat ontime ke tempat kerja.

Akhirnya selepas 2 bulan, saya nekad untuk hantar resign letter. Berkebetulan, exam is around the corner, jadi boleh guna alasan untuk tumpu study sebagai alasan untuk berhenti kerja. Soal dimarahi atas kesalahan saya sendiri, saya boleh terima. Tetapi apabila dimarahi disebabkan tuduhan liar oleh rakan sekerja, suatu perkara yang saya tak boleh terima. Cukuplah dengan ugutan untuk tidak dibayar gaji atas sebab saya tidak boleh masuk kerja pada awal pagi. Bukan saya tak nak, tetapi kelas di awal pagi tidak memungkinkan saya untuk bekerja di awal pagi.

Dakwah? Perkataan yang terlalu biasa saya dengar. Tetapi inilah keseronokan jika bekerja ditempat yang pekerja adalah rakyat asing, pelanggannya bukan bangsa saya dan bahasa ucapan pada waktu kerja adalah English. Atleast, saya dapat bercerita kepada rakan sekerja berkenaan dengan islam. Bila dah bertanya, kenalah cari jawapan untuk persoalan. Kadang-kadang, jawapan sudah ada pada mereka, Cuma buatkan mereka berfikir secara logik tentang persoalan mereka tentang islam tersebut. Alhamdulilah.

Tu saje yang saya hendak cerita pada malam ini. Hopefully, pembaca saya boleh gelak-gelak ketika membaca nukilan kali ini. Gelak-gelak sebab anda tahu kenapa saya berhenti di Famous Amos. Terima kasih...

Abanglong.net
“ berfikir untuk mencari kerja lain pulak”
********* IKLAN ******************* ****************************************************

1 ulasan:

MAWAR ( WAWA ) berkata...

huh..saya pun pernah berkerja di famous amos tapi hanya bertahan selama 3 bulan saja..