Selasa, November 01, 2011

Khas Untuk Yang Bergelar Wanita

Khas untuk wanita diluar sana.

Ketika sedang mencuci pinggan mangkuk diRASAMAS hari tu, saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan abang Man [bukan nama sebenar]. Topic yang dipilih ketika itu soal perhubungan atau couple kata orang putih. Eloklah saya abang Man dengan AM saje dan saya sebagai F saje.


AM: Ko dah ada aweks?
F: aih bang, kuat bunyi ‘sssss’ lepas aweks tu?
AM: mana tau ko ni playboy... Ko dah ade awek belum?
F: hohoho... stil single and available. Hahaha..
AM: tipulah. Aku tahu ko banyak awek nye. Tipu, aku tak caya kat ko.
F: pulak, tadi tanya. Orang jawab betul-betul dia kata tipu lak. Ape kes?
AM: hohoho.. kirenye betul lah ko ni single. Rugi ko fami. Time sekarang ko tak de awek ni. Rugi....

Sambil menekankan perkataan rugi sedalam-dalamnye. AM ni biar betul.

F: ape yang ruginye bang. Untung pe tak de aweks ni. Tak payah nak pikir aku ngajuk ko pujuk. Tak payah nak belanja awek makan. Tak payah nak pegi dating jauh-jauh. Kalu dating dekat kantoi. Kan banyak untung.
AM: Rugilah. Ko dah boleh ‘merasa’ sebelum ko kawen. Kalau dah kawen, dah tak boleh dah.
F: Hahahaha....
AM: Perempuan ni ada dua. Satu jenis ko boleh buat maen, satu lagi ko boleh buat bini.
F: Macam tu pulak. Mane boleh maen-maen dengan perempuan bang.....
AM: Pe lak tak boleh, yang duk menunggeng Nampak alur kat belakang tu lah ko boleh buat maen. Nak kawen ko kena cari yang boleh jaga anak ko nanti.

Sebenarnya panjang lagi sebenarnya perbualan saya dengan brother tu. Tetapi kesemua merapu dan merapu lagi. Borak sambil buat kerja ni memang menjimat masa. Sedar-sedar dah habis basuh pinggan mangkuk periuk belanga. Hahaha...

Perbualan diatas sekadar nak menunjukkan pandangan lelaki terhadap gender berlawanannya iaitu perempuan. Saya tengok, brother tu berkepit je dengan tunang dia. Saya doakan mereka bahagia di hari tua nanti.

Kesemua bergantung kepada perempuan tersebut. Jika dia nak jadi golongan pertama, golongan yang ‘boleh buat maen’, go ahead. Buat perkara yang tidak senonoh yang tidak sanggup untuk saya ceritakan didalam blog saya ni. Bukan apa, saya tak nak blog saya dicemari oleh orang yang tak sepatutnya.

Jawapannya, jadilah golongan kedua. Orang tak maen-maen dengan anda dan andalah calon isteri terbaik pada pandangan lelaki. Betul, lelaki cari bini dari kalangan ustazah-ustazah atau perempuan-perempuan yang baik je. Perempuan yang mereka rasa tak berapa nak baik ni, buat seronok time couple je. Rasa bosan, tinggalkan saja. Bukan ada komitmen pun. Itulah hubungan tanpa komitmen.

Kenapa saya post benda alah kat blog saya? Jawapannya adalah peringatan untuk diri sendiri, adik saya, dan pembaca blog sekalian. Anda tahu apa yang saya mahukan daripada anda. Anda boleh fikirkan dan anda boleh pilih nak jadi no 1 atau no 2.

Pejamkan mata dan fikirkan baik. Tengok diri sendiri bagaimana dan eloklah kita muhasabah diri bersama-sama. Adios........

Abanglong.net.
“ CSL”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

3 ulasan:

Aku Pencerita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aku Pencerita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aku Pencerita berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.